(EDISI WTF) Majikan disaman kerana sering menyamakan pekerjanya dengan Susan Boyle | Boros Di Aralom

Jumaat, 30 Ogos 2013

(EDISI WTF) Majikan disaman kerana sering menyamakan pekerjanya dengan Susan Boyle

Siapa tak kenal Susan Boyle?? dia ni macam 'tikus jatuh ke beras' selepas mengikuti satu rancangan realiti TV popular, Britain Got Talent, dan menang tempat kedua..
Susan Boyle
Tapi fenomena Susan Boyle ini bukan semuanya memberi inspirasi kepada sesetengah orang. Seorang pekerja eksekutif pengiklanan bernama Laura Ziv telah menyaman majikannya sebanyak £4juta selepas sering memanggilnya sebagai Susan Boyle. Keadaan ini menyebabkannya tertekan dan sering mengalami masalah sakit kepala.

Baginya, Susan Boyle merujuk kepada seseorang yang tua, gemuk, dan hodoh. Selain itu, majikan Laura Ziv dikatakan selalu memalukannya di depan orang semasa membuat presentasi. Majikannya yang bernama Herve Pierini di sebuah syarikat pembuat minyak wangi Firmenich, turut mengasaknya dengan kata-kata berbaur penghinaan seperti 'tidak berguna, overpaid'..dan sebagainya. - Mirror


P/s: What's so wrong about Susan Boyle??? dia menyanyi banyak bagus maa...hohoho..
PPS: Mari sokong usaha REXONA dalam membantu kanak-kanak kurang bernasib baik kat Malaysia...


Tiada ulasan: