(EDISI GEMPAR) Bekas kekasih Kim Jong Un dihukum kerana seks porno?..ditembak di hadapan ahli keluarga | Boros Di Aralom

Sabtu, 31 Ogos 2013

(EDISI GEMPAR) Bekas kekasih Kim Jong Un dihukum kerana seks porno?..ditembak di hadapan ahli keluarga

Kim (left) and Hyon (right)
Gempar beberapa hari lalu mengenai bekas kekasih pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, iaitu Hyon Song Wol yang dikenakan hukuman tembak sampai mati. Yang paling memilukan lagi bila hukuman itu dilakukan sambil disaksikan oleh ahli keluarga Hyon.

Menurut HuffPost, bekas kekasih Kim Jong Un itu ditembak dengan menggunakan 'machine gun' bersama dengan 11 yang lain selepas didapati bersalah menghasilkan dan menjual video seks porno.

Hyon Song Wol merupakan seorang penyanyi dalam kumpulan Unhasu Orchestra di Korea Utara. Hyon juga pernah mencapai populariti mendadak pada tahun 2005 menerusi lagu "Excellent Horse-Like Lady." 

Dia menjalinkan hubungan cinta dengan Kim pada awal tahun 2000 tetapi hubungan mereka berakhir selepas tidak direstui oleh ayah Kim yang juga merupakan pemimpin agung Korea Utara, Kim Jong Il.

Kim bersama isterinya , Ri Sol-Ju
Kini Kim Jong Un telah berkhawin dengan Ri Sol-Ju, yang juga bekas ahli Unhasu Orchestra. Tetapi tidak begitu jelas dilaporkan sama ada Ri mengenali Hyon secara peribadi atau tidak.

Tiada ulasan: