12 Nama Tempat Pelik Yang Benar-Benar Wujud Di Malaysia | Boros Di Aralom

Selasa, 1 April 2014

12 Nama Tempat Pelik Yang Benar-Benar Wujud Di Malaysia

Ini bukan April Fools. Nama tempat dalam senarai ini benar-benar wujud di Malaysia. Memang pelik tapi benar.

1. Kampung Bogel, Terengganu
Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya.

2. Batak Rabit, Perak
Batak Rabit ialah sebuah pekan kecil di daerah Hilir Perak di Perak, Malaysia. Pekan ini terletak berhampiran bandar Teluk Intan. Ia dinamakan sempena tentera upahan Batak yang datang dari Daerah Batak di Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut semasa perang saudara Selangor.

3. Kampung Dada Kering, Pahang
Kampung ini dinamakan Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Semenjak penutupan lombong, tapak-tapak perlombongan telah dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar.

4. Desa Temu Jodoh, Johor
Kampung itu dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri, yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor.

5. Kampung Imam Lapar, Terengganu
Terdapat dua orang pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran. Kemungkinan peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) al-Quran.

6. Kampung Seronok, Pulau Pinang
Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri beberapa majlis keramaian pada setiap tahun. D.W. Grehan sungguh tertarik hati dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dengan nama Kampung Seronok dalam tahun 1946 dan dipersetujui oleh orang kampung.

7. Kampung Baru Jumpa, Sabah
Kampung Baru Jumpa kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom, yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.

Sumber: Says Malaysia

Masih ada banyak lagi nama pelik yang memang benar-benar wujud di Malaysia. Kalau korang nak baca senarai 12 nama pelik yang menjadi pilihan penulis asal artikel ini, boleh layari laman Says Malaysia sekarang.

Tiada ulasan: