(Gambar) Budak PLKN kantoi seludup rokok dalam roti masuk kem latihan | Boros Di Aralom

Khamis, 10 April 2014

(Gambar) Budak PLKN kantoi seludup rokok dalam roti masuk kem latihan

Baru beberapa hari masuk kem PLKN dah buat masalah. Kelicikan seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk menyeludup 15 batang rokok dengan menyembunyinya di dalam tiga biji roti sosej di Sungkai, Perak tidak kesampaian apabila helahnya terlebih dahulu dihidu oleh pihak pengurusan kem.
Rokok diseludup dalam roti
Tindakan remaja berusia 17 tahun itu dikesan ketika jurulatih kem tersebut melakukan pemeriksaan terhadap pelatih Kumpulan 2, Siri 11 yang baru melapor diri pada hari Rabu. 

Ketika melapor diri kepada pihak kem, remaja berkenaan mendakwa roti tersebut merupakan bekalan makanannya jika terasa lapar semasa menjalani latihan. Semasa pemeriksaan dilakukan terhadap remaja itu, dia kelihatan tenang dan enggan menyerahkan roti tersebut. Bagaimanapun, seorang daripada jurulatih yang memeriksa roti tersebut menemui lima batang rokok yang dibungkus kemas dengan plastik di dalam setiap biji roti.
Kem PLKN Sungkai, Perak
Kesemua rokok itu kemudiannya dirampas dan pelatih berkemungkinan akan dikenakan hukuman kerana kesalahan menyeludup rokok. 

Sumber: Says

Tiada ulasan: