Lelaki terima padah selepas cuba letupkan teman wanitanya yang mengandung | Boros Di Aralom

Rabu, 30 April 2014

Lelaki terima padah selepas cuba letupkan teman wanitanya yang mengandung

Seorang lelaki menculik teman wanitanya yang sedang mengandung enam bulan dan cuba untuk meletupkannya dengan menggunakan tong gas di Huizhou City, Wilayah Guandong, China. Namun cubaannya itu bertukar padah apabila dia sendiri cedera parah dan kini tinggal nyawa-nyawa ikan.
Padah bila letupkan tong gas dalam kereta

Wanita bernama Xu Fan, 21 tahun, mendapatinya dirinya mengandung selepas menjalin hubungan asmara dengan Li Moulian, 36, yang dikenalinya dalam tempoh semalaman sahaja. Selepas mendapati dirinya mengandung, wanita itu dan teman lelakinya berhasrat untuk melahirkan anak tersebut dan seterusnya menjalani kehidupan bersama.

Lelaki itu dikatakan menjadi sangat tertekan untuk mencari wang untuk menampung perbelanjaan mereka dengan melakukan pekerjaan tidak tetap. Tekanan yang dihadapinya itu menyebabkan dia tergerak hati untuk membunuh diri dan teman wanitanya. Dia menyerang teman wanitanya ketika sedang tidur dan kemudian mengikatnya dengan sebuah tong gas. Li Moulian kemudiannya mengheret wanita itu menuju masuk ke dalam kereta.
Wanita diheret oleh teman lelaki
Jiran mereka yang terlihat insiden itu berjaya menghubungi pihak berkuasa. Li Moulian menarik Xu Fan masuk ke dalam keretanya dan terus memandu mengelilingi kota sebelum berjaya dihentikan oleh polis. Namun sebaik sahaja polis tiba, Li Moulian dengan serta merta menghidupkan api untuk membakar tong gas tersebut dan ianya terus meletup dan membakar kereta ketika kedua pasangan itu berada dalamnya.
Mangsa terbaring di hospital
Namun polis bertindak pantas dengan memadamkan api dan menarik kedua mangsa keluar dari kereta. Mangsa mengalami luka terbakar dan kini berada dalam keadaan kritikal. Kedua mereka kini ditempatkan di dalam satu bilik rawatan intensif yang sama. Walaubagaimanapun, keadaan bayi dalam kandungan wanita itu masih belum diketahui nasibnya.

Menurut laporan lagi, Li Moulian sebenarnya mempunyai penyakit mental yang serius. Sebelum ini, dia juga pernah cuba membunuh ibu bapanya ketika mereka sedang tidur.

Sumber: Says
Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Tiada ulasan: