Belum pun selesai kes kehilangan MH370, kini Malaysia Airlines dikejutkan lagi dengan satu pendaratan cemas yang dilakukan oleh salah satu lagi pesawat Boeing mereka, MH192 di KLIA. Pesawat yang membawa 159 penumpang dan 5 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Bangalore, India.
Menurut laporan, pesawat tersebut terpaksa membuat pendaratan cemas selepas tayarnya mengalami letupan ketika berlepas dari KLIA pada jam 1.56 pagi Isnin. Suasana cemas tercetus apabila impak dari letupan itu menyebabkan pesawat bergoyang.
Namun demikian, juruterbang pesawat MH192 iaitu Nor Adam Azmi Abdul Razak berjaya mengawal keadaan dengan sangat baik. Walaupun cemas, para penumpang mampu mengawal emosi dan tenang sehinggalah pesawat mendarat dengan selamat.
Terkini, penerbangan MH192 berjaya mendarat di New Delhi, India pada jam 5 petang tadi. Selepas MH192 mendarat di KLIA, penerbangan ditukar kepada pesawat lain sebelum berlepas semula ke Bangalore pada jam 3.30 petang tadi.
Edited by Edisi Blogger
Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini
RM50 Giveaway from Edisi Blogger
Lagi Info Menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan