Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, 74, maut dalam kemalangan ngeri yang berlaku berdekatan Gua Tempurung, awal pag hari ini, 17 April 2014.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor ini sedang menaiki sebuah kereta MPV yang kemudiannya melanggar sebuah lori lima tan di laluan Lebuhraya Utara Selatan. Kemalangan itu turut membunuh pembantunya, Micheal Cornelius, 39 tahun. Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian yang berlaku sekitar jam1 pagi itu. Manakala tiga lagi penumpang lain yang terdiri dari anak lelaki Karpal, Ramkarpal, pemandu C Selvam, dan pembantu dari Indonesia, mengalami kecederaan.
Menurut laporan awal, lori tersebut dipercayai mengubah laluan tanpa memberi isyarat awal. Kereta MPV jenis Toyota Alphard itu sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri kes mahkamah.
Kamatian Karpal disahkan oleh anak sulungnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, melalui akaun Twitternya awal pagi hari ini.
Mayat Karpal dan pembantunya itu kini dihantar di hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan jenazah mereka akan dibawa pulang ke rumah bekas pengerusi DAP itu di Georgetown pada jam3 petang hari ini.
Karpal meninggalkan seorang isteri, Gurmit, dan lima orang anak. Pengkebumian jenazah akan dilangsungkan pada hari Ahad ini.
Sementara itu, ramai yang telah menghantar ucapan takziah kepada keluarga mangsa termasuklah dari Perdana Menteri sendiri. Najib melalui laman Twitternya berkata, "I have just landed at Ankara when I heard the news that YB Karpal Singh died in a road accident . My condolences to the family,".
Sebelum ini, Karpal Singh juga pernah terlibat dengan kemalangan kereta pada tahun 2005 sehingga menyebabkannya lumpuh dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda.
Sumber: Says
Edited by Edisi Blogger

Lagi Info Menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan