Kematian pelajar tahun satu: Ustaz akui gagal kawal emosi | Boros Di Aralom

Selasa, 5 April 2011

Kematian pelajar tahun satu: Ustaz akui gagal kawal emosi

Berita yang dipetik dari akhbar The Malaysian Insider ini merupakan kesinambungan kepada kes pukul pelajar tahun satu oleh guru agama kelmarin. Ustaz yang dikaitkan dengan kes tersebut pun sudah memohon maaf. Walaupun perkataan 'maaf' itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan nyawa kanak-kanak tersebut namun kita harus sedar bahawa insiden tersebut bukan lah sesuatu yang disengajakan dengan niat. Namun demikian berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bukan senang nak berhadapan dengan kematian orang yang tersayang.

KUALA LUMPUR, 5 April — Seorang ustaz yang disyaki terbabit memukul Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, iaitu murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Jejawi, Arau sehingga meninggal dunia kelmarin sempat meminta maaf atas perbuatannya baru-baru ini.

Menurut bapa angkat murid tersebut, Mohd. Zamri Shafie, 40, ustaz berkenaan datang menemuinya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Jumaat lalu bagi menyatakan kekesalan dan meminta maaf kerana memukul Saiful.

Katanya, ustaz berusia 27 tahun itu mengakui gagal mengawal emosi sehingga hilang pertimbangan ketika menyoal siasat Saiful Syazani Saiful yang juga seorang anak yatim berhubung satu kes kecurian di sekolah tersebut.

“Dia (ustaz berkenaan) tidak sedar ketika memukul Saiful sehingga menyebabkan anak angkat saya cedera parah dan lebih malang meninggal dunia.

“Sedih dan terkilan apa yang terjadi, namun saya menerima permohonan maaf ustaz itu kerana menyifatkan dia seorang yang baik,” katanya dipetik KOSMO Online hari ini.

Dalam pada itu, Sinar Harian memetik Zamri berkata dia telah memaafkan perbuatan warden asrama terbabit.

“Saya sudah memaafkan guru terbabit, bagaimanapun kesal dengan tindakan dia yang sanggup memperlakukan anak saya sedemikian.

“Saya sebelum ini sudah beberapa kali bertemu dengan guru tersebut dan dia adalah seorang guru yang sangat baik. Jadi, apa yang berlaku sangat mengecewakan saya,” katanya lagi.

Saiful Syani, seorang anak yatim pada mulanya koma setelah dikatakan dipukul hampir dua jam oleh seorang ustaz yang berumur 26 tahun yang juga penyelia asrama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi.

Kanak-kanak tersebut kemudianya meninggal dunia di hospital pada 8.50 pagi kelmarin. Zamri juga berkata dia melihat kesan lebam di badan Saiful Syazani dan doktor mengesahkan terdapat pendarahan dalam kepalanya. Bapa kandung kanak-kanak itu Saiful Sopfidee Marzuki, 34, telah membuat laporan polis dan penyelia asarama tersebut telah ditahan Sabtu lalu.

Zamri memelihara Saiful Syazani sejak kanak-kanak berkenaan berusia dua tahun setelah ibunya meninggal dunia pada 2006.


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

5 ulasan:

xazryx berkata...

hai ustaz .aku maki japgi kate kurang ajar plak .zzzz .

Hairun Azmi berkata...

Tiada maaf bagi mu untuk kes ini.

Sila bersedia untuk ke tali gantung....

" Say No " Loji Nuklear Di Malaysia

Shafiq berkata...

Bila emosi menguasai diri, kita mudah hilang pertimbangan..

Jaw @ MyGamanBorNeo berkata...

saya pikir ini cikgu ada masalah depression. itu sbb dia gagal kawal emosi.

Nancypoh berkata...

xazryx* agak segan kalau jumpa dengan ustaz

suzan* melampau juga kan pukul sampai 2 jam

Mie* tunggu saja keputusan mahkamah..