Edisi Blogger: Julai 2011

Sabtu, 30 Julai 2011

Memasukkan botol ke dalam dubur untuk melegakan sembelit

Ini lah gambar x-ray yang menunjukkan sebuah botol susu telah dimasukkan ke dalam dubur. Menurut laman web Metro.co.uk, seorang lelaki dari Zhuai, China telah melakukan hal tersebut untuk melegakan sembelit yang sedang dialaminya. Namun, apabila botol susu itu memasuki bahagian pelvis dan tidak dapat dibuka, lelaki itu menjadi panik lalu berkejar ke hospital untuk meminta bantuan.
Doktor sedang menunjukkan kedudukan botol melalui gambar x-ray. (Sumber: Metro.co.uk)
Lelaki ini sanggup melakukan cara unorthodox daripada menggunakan ubat-ubatan untuk melegakan penyakit sembelitnya. Mungkin jika metod yang dilakukan itu betul, mungkin ianya akan membantu. Tapi bila ia dilakukan salah, maka inilah yang terjadi. Botol masuk dubur!

Read more at http://www.nancypoh.com

Jumaat, 29 Julai 2011

Ditembak bakakuk secara tidak sengaja, budak perempuan 10 tahun maut

Bakakuk atau senapang buatan sendiri. (Sumber: kgsilou.blogspot.com)

Sebelum ini kita banyak digemparkan dengan berita-berita yang melibatkan senapang buatan sendiri atau bakakuk' ini. Ada kes yang melibatkan pergaduhan, kes tersalah tembak keliru antara manusia atau binatang, dan yang terbaru ini pula melibatkan kes seorang budak perempuan Orang Asli berumur 10 tahun yang maut kerana tertembak secara tidak sengaja. Kejadian berlaku apabila abangnya yang baru balik dari memburu membersihkan senapang patah yang secara tiba-tiba melepaskan tembakan dengan sendirinya. 

Malang bagi adik perempuannya yang terkena tembakan tersebut. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan maut di tempat kejadian. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital Maran, Pahang. Abang dan bapa kepada mangsa kemudiannya ditahan oleh polis untuk membantu siasatan lanjut mengenai kes ini. (Sumber: Bernama)

Begitu lah satu lagi kisah benar tragis yang berpunca daripada senapang patah buatan sendiri 'bakakuk'. Sungguh 'malang tidak berbau'.

Read more at www.nancypoh.com

Khamis, 28 Julai 2011

Bedah diri sendiri kerana takut

Seorang lelaki berumur 63 tahun dari California yang sedang mengalami penyakit hernia telah mencuba untuk membedah perutnya sendiri dengan pisau enam inci.

Lelaki tersebut merasa kecewa dengan pembedahan yang menyakitkan lalu mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan itu sendiri. Tindakannya itu mengejutkan isterinya yang kemmudiannya menelefon 911.

Ketika menyedari akan kedatangan paramedik, lelaki tersebut pun menarik semula pisau yang digunakannya itu. Dia kemudiannya ditempatkan di bawah jagaan psikiatri untuk menghindari pesakit daripada mencederakan dirinya. Walaubagaimanapun, keadaan lelaki itu sedang stabil.

Tindakan lelaki ini kemungkinan besar hanya akan membahayakan lagi keadaannnya. Menurut doktor yang merawat lelaki itu, dia jelas mengalami psikosis.

Penyakit hernia sebenarnya mudah untuk dirawat melalui pembedahan yang hanya mengambil masa dalam 20 hingga 30 minit. 

Rabu, 27 Julai 2011

Perhimpunan aman guna bobolian tuntut hak tanah Nunuk Ragang di Sabah

Kalau Bersih buat perhimpunan 'haram' untuk menuntut pilihanraya yang bersih, masyarakat Nunuk Ragang pula guna bobolian untuk menuntut hak ke atas tanah adat. Berita yang dipetik dari New Sabah Times ini ada butirannnya.
Tugu peringatan Nunuk Ragang di Ranau, Sabah. (Sumber: Lost Borneo)
RANAU: Keheningan Nunuk Ragang yang merupakan asal-usul suku kaum Dusun, digegarkan dengan perhimpunan adat kira-kira 50 pewaris ketujuh tanah adat Kg. Tubau dan Kg. Kodop, dalam satu upacara mengorbankan seekor kinzir yang disempurnakan oleh seorang bobolian, sebagai bantahan ke atas pencerobohan tanah asal mereka.

Bobolian yang amat disegani Puyun Bin Lingadan, 74, dari Keningau menyempurnakan majlis adat itu. Upacara ritual yang intipatinya memohon keadilan daripada penguasa semesta alam, agar sesiapa yang mengkhianati suku kaum asal mendapat bala serta pelbagai kerosakan hidup, dilakukan sebagai jalan terakhir penduduk itu untuk mendapatkan keadilan kepada mereka.

“Kami lakukan upacara ini untuk tujuan yang telus dan baik,” jelas rata-rata pewaris yang menghadiri perhimpunan itu.

Misi perhimpunan aman itu ialah bagi membantah hak geran seluas 2952.84 ekar yang diberikan kepada sebuah syarikat pembalakan, yang kini sedang rakus menebang, memunggah dan merosakkan lanskap tanah kelahiran nenek moyang pewaris itu.

Perhimpunan adat yang bermula seawal Sabtu dan berakhir Ahad, dipelopori oleh Jerus Saligi yang merupakan Anak Warisan Keturunan ‘Koubau’, dan Gasibin Bin Samungkir. Kedua-dua mereka yang mendakwa sebagai ketua pewaris, mendakwa terhina dan tertindas kerana hak mereka ke atas Tanah Adat (NCR) dinafikan oleh kerajaan.

Kg. Tubau dan Kg. Kodop merupakan di antara perkampungan yang wujud selepas bermulanya percambahan suku kaum Dusun, daripada tanah asal-usul kaum itu di Nunuk Ragang, yang terletak hanya kira-kira 28 Km daripada lokasi kedua-dua kampung itu.

Menurut fakta sejarah; tamadun suku kaum Dusun bermula daripada kedua-dua perkampungan ini, dengan penemuan pelbagai tinggalan sejarah, cerita lisan dan artifak mengenai gelagat hidup kaum itu. Menurut Jerus dan Gosibin, nenek moyang mereka mendiami kedua-dua kampung itu sejak berabad-abad lamanya. “Masih banyak peninggalan nenek moyang kami di sana, yang antara lain kuburan yang berusia berpuluh tahun, tembikar, gong dan tanam-tanaman,” jelas kedua-duanya dan menambah;

“Keturunan kelima mereka juga masih hidup dan mampu mengimbau sejarah ekologi keturunan itu,”.

Menurut fakta tuntutan, Jerus memberitahu penduduk telah memohon kawasan itu bagi tujuan pertanian, melalui Rujukan PT. 950602011, 95060677, 95060680, 95060767, 95060768, 95060776, 95060777, 96062420, 97060831 dan 97064043 bagi Kg. Tubou, sementara bagi Kg. Kodop mereka mengemukakan permohonan yang sama iaitu PT. 82561695, 85060812 dan 86065264. Kesemua permohonan ini dilakukan melalui Jabatan Tanah dan Ukur Daerah Ranau. Jabatan Pertanian Daerah Ranau melalui surat JPTN:600-1/18 KLt.50/(75) yang bertarikh 15 Mac 2006 telah mengeluarkan ulasan yang menyatakan;

“Tanah jenis ini tidak sesuai untuk pembangunan pertanian disebabkan Tanah Curam, Dangkal dan mudah terhakis’.

Jerus dan Gosibin berkata, nenek moyang mereka telah mendiami kawasan itu sebelum dan selepas pra-sejarah dan membangunkan dengan pelbagai jenis tanaman seperti padi huma, buah-buahan dan tanaman kontan.

“Tinggalan sejarah yang masih ada tidak menunjukkan kecuraman sebagai halangan untuk aktiviti pertanian nenek moyang kami,” jelas mereka.

Bagaimanapun Jerus dan Gosibin mempersoalkan, keputusan pihak berkuasa tanah untuk memberikan kelulusan ke atas permohonan Syarikat Kinabalu Pertanian dan Penternakan Sdn. Bhd, yang aktiviti syarikatnya menjurus kepada bidang pertanian dan penternakan.

“Bukankah ini menimbulkan banyak tanggapan,” soal mereka.

Lebih mengecewakan, tanah itu kemudiannya dijual kepada sebuah syarikat lain yang dikenali sebagai Hutan Tropika Sdn. Bhd – aktiviti syarikat ini menjurus kepada pembalakan. Kedua-dua syarikat ini dimiliki oleh kaum bukan bumiputera yang menimbulkan banyak persoalan kepada penduduk asal.

“Adakah kami ini kelas bawah atau bagaimana?,”.

Perhimpunan aman yang dilakukan dengan penuh istiadat oleh pewaris ketujuh penduduk asal pada Sabtu itu, memohon kepada kerajaan supaya menadah status mereka sebagai rakyat yang lebih berhak berbanding bangsa yang berminat ke atas tanah itu hanya kerana perniagaan semata-mata.

“Kami mahu hak kami dikembalikan,” jelas mereka.

Isnin, 25 Julai 2011

Jangan malu dapatkan rawatan awal jika alami kemurungan atau tekanan mental

Masalah kemurungan perlu dibendung dari awal.

PUTRAJAYA: Dapatkan rawatan awal dan hindari perasaan malu jika mengalami masalah kemurungan atau tekanan mental kerana masalah itu mudah diubati jika dikesan lebih awal, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong. Beliau berkata kementerian memandang serius mengenai perkara itu kerana setiap tahun berlaku peningkatan bilangan pesakit yang mengalami masalah tersebut.

“Ramai yang malu untuk berjumpa doktor bagi mengesan mahupun mendapatkan rawatan awal. Mereka lebih rela untuk menyembunyikannya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program 10,000 Langkah Sehari bersama Mysihat dan Berita Harian di sini kelmarin.

Liow berkata ramai yang pernah mengalami masalah tersebut cuma yang membezakan adalah serius atau tidak dengan dengan itu tidak perlu merasa malu, takut mahupun bimbang untuk mendapatkan rawatan.

“Kalau dapat dikesan di peringkat awal adalah lebih mudah untuk diubati berbanding membiarkan masalah itu menjadi serius. Kebanyakan kes yang dapat dikesan awal ialah kemurungan yang dihidapi ibu yang baru melahirkan anak,” katanya. Liow berkata masalah mental dan kemurungan berlaku tanpa mengira latar belakang termasuk golongan profesional seperti guru, jurutera, akauntan, peguam dan juga wartawan.

Setakat ini terdapat 110 doktor pakar, 45 hospital kerajaan termasuk institusi kesihatan mental yang menyediakan perkhidmatan psikiatri sementara 800 klinik untuk rawatan susulan. Tahun lepas sahaja sejumlah 22,000 pesakit telah dimasukkan ke wad untuk masalah berkaitan penyakit mental manakala 400,000 lagi sebagai pesakit luar.

(Sumber: New Sabah Times)

Singa suka makan manusia selepas bulan penuh

Ini bukan omongan kosong tanpa fakta. Ini adalah berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan saintis haiwan di Tanzania. Dalam laman web The Telegraph juga telah melaporkan mengenai fenomena ini. Singa didapati berkemungkinan besar akan menyerang dan memakan manusia selepas sahaja bulan penuh berlalu.
Singa pemangsa paling bahaya. (Sumber: The Telegraph)
Menurut kajian, singa menjadi sangat lapar semasa bulan penuh dan akan mula mencari mangsa selepas ia berlalu. Ini kerana, kekurangan cahaya yang menyebabkan persekitaran gelap gelita akan memudahkan haiwan pemangsa ini mudah untuk menyerang mangsanya. Manusia merupakan salah satu mangsa buruan sang singa ini. Kajian terhadap 500 serangan singa ke atas penduduk di Tanzania antara tahun 1988 dan 2009 menunjukkan sebahagian besar jumlah serangan singa berlaku sekitar jam 10 malam selepas bulan penuh berlalu pada malam sebelumnya.

P/s: Semalam singa menang melawan harimau...huhu

Sabtu, 23 Julai 2011

Ini baru betul bapa borek anak rintik

Istilah bappa borek anak rintik memang betul-betul ngam sama ni urang. Kalau bapa dah namanya taiko mencuri, mimang senang-senang saja dia mendidik anak di tu jadi pencuri juga. Adei..apa la mo jaidi sama diorang ni. Keluar ba sana New Sabah Times diurang punya cerita. Pandai-pandai mencuri kabel elektrik, akhirnya 'busted' juga. Kotoh! Nah, kamu baca la kes diorang.

KOTA KINABALU: Police have arrested a family of four for power cable theft. A 39-year-old man and his three teenage sons, aged between 15 and 18 were caught red-handed while stealing cables in Tuaran a few days ago. State CID Chief SAC Omar Mammah disclosed this to New Sabah Times in an interview at the state police contingent headquarters in Kepayan yesterday. He said with their arrest, police have solved 28 cable theft cases reported in Tuaran, Beaufort, Papar and several other areas in the west coast.

“We have also seized a 4WD vehicle from the suspects,” he said.

Omar said the man and his sons are being remanded to facilitate further investigation. We want to know who they have sold the stolen cables to.

“We will take action against the buyers ,” Omar said.

In April, a cable thief in his 30s was shot dead when he attempted to attack a policeman with a machete while his accomplice, 38, was injured in the right thigh. The incident happened at KM6 of the Ranau-Telupid Road and some 100 metres of stolen cables found near two Proton Wira cars were seized.

“We have now crippled two cable theft gangs and solved 39 cases,” Omar added.

Meanwhile, he urged the public to help police combat power cable theft. To a question, Omar said the state’s crime index as of yesterday has been reduced to 14.7 per cent with a solving rate of 43.54 per cent which surpassed the national target of 20 per cent.

Dengar-dengar, kalau mencuri kabel elektrik ni memang cepat kaya. Tapi buat apa jadi kaya kalau sumber kekayaan itu hasil daripada mencuri. Tidak berkat. Sekejap ja mo kaya tapi sekejap juga tu hidup mo hancur. Kata orang putih bilang, "serve your right" kan..atau yang paling femes kena panggil S.O.B..Lagi satu, kalau kena karan masa mencuri tu, nah! free free ja kena panggang hidup-hidup.

Saudara Alvin the Chipmunk merokok

Cakk! Lihat dan tengok saudara si Alvin the chipmunk ni merokok..
(sumber: The Telegraph)

Jumaat, 22 Julai 2011

Hello! The disabled have sexual needs, too

Cukup tertarik dengan petikan akhbar ini mengenai naluri orang kurang upaya. Ianya membantu kita untuk membuka minda. Berita bahasa Inggeris ini dipetik dari akhbar online Daily Express

Kota Kinabalu: People with Intellectual and Developmental Disabilities (IDD) have the same sexual needs or feelings as normal individuals.
"It is also untrue to say that people with IDD have more sexual feelings or needs compared to normal people," said Associate Professor of Clinical Psychology, Dr Elizabeth Daniel from India.
The Consultant Clinical Psychologist dispelled the myths in a quiz at the Parents Workshop on Sexuality Among Individuals with Intellectual and Developmental Disabilities (IDD) at the ongoing International Conference on Intellectual & Developmental Disabilities 2011 which ends today (Wednesday).
The workshop at UMS was also attended by health professionals and social workers. Dr Elizabeth, who is currently with UMS School of Psychology and Social Work, also asked:
"Is it bad for persons with IDD to express their sexual feelings or needs?
Must we stop it? If those with IDD do indulge in sexual acts, must they be punished?" The answers are "No" because punishing them is not a solution.

The workshop also cleared three other misconceptions :
1. Persons with IDD have poor knowledge and understanding so it does not matter if they watch movies or videos with sexual content. (False)

2. Persons with IDD have poor knowledge and understanding so it does not matter if adults, dress or behave in sexually provocative ways and show sexually inappropriate behaviour in front of them. (False)

3. It is all right for parents of persons with IDD to take care of their physical needs and infantilise them, even when they are teenagers and can be trained to be independent. (False)

Dr Elizabeth, who has 22 years of teaching and clinical experience, advised parents of IDD children to be extremely careful how they behave.

Read More at Daily Express...panjang sangat..hee

Rabu, 20 Julai 2011

Jalan Raya di Sabah memang teruk

Entah mengapa keadaan macam ni terjadi. Mungkin kah penyelewengan? mungkinkah sikap tamak haloba nak untung saja, kualiti tak jaga? mungkinkah kualiti tanah yang memang tak tahan mendap? memang banyak kemungkinan yang boleh dikaitkan dengan keadaaan jalan raya yang memang teruk di Sabah  ini. Recently, dalam akbar New Sabah Times, penduduk di kawasan Bukit Padang (bukan orang gila kat hospital tu ya) sudah complain banyak kali mahu supaya jalan raya kat sana diperbaiki. 

Jangan kata kat Bukit Padang, kat Tuaran ni lagi teruk la jalannya. Kalau nak merempit memang tak menjadi punya. Mungkin ini juga salah satu faktor kenapa kat Sabah ni bilangan Mat Rempit sangat sedikit. Kalau ada pun, yang eksyen je lebih tapi keberanian kurang. Motor bukan main berwarna warni macam lolipop. Ditambah pulak dengan topi keledar macam ultraman. Eee..jangan lah merempit. 

Bukan apa, kita sebagai pengguna ni pun mau juga guna jalan yang baik, tak banyak bonggol, tak banyak lubang, smoooth aje untuk pergi ke tempat kerja kan. Kalau jalan berlubang, driver pun asyik nak mengelak lubang tu sampai makan jalan. Kalau malang tidak berbau, memang kemalangan senang saja berlaku. Macam kat depan rumah kami dulu, kemalangan berlaku sebab si driver van tu nak mengelak lubang kat depan sampai makan jalan sebelah hingga melanggar penunggang motosikal. Mati penunggang tu dengan pemboncengnya sekali digilis. Ngeri..memang ngeri.

Harap-harap lepas ni, pihak berwajib kena pandai-pandai lah pikir apa tindakan yang sepatutnya dibuat. Bukan sekadar pergi turap balik jalanraya tu dengan ashpalt yang tak berkualiti. Tunggu setahun je dah ada lubang besar balik. Kalau kita driving, rasa macam sedang memandu di kawasan kampung yang grable habis.

Nah..ini perlu penyelesaian segera. (Sumber: puisikabur.blogspot)

Geng Palembang geng Indon yang berleluasa di Sabah

Ini lah nasib negeri Sabah yang kini sudah dibanjiri oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Mereka sekarang bukan sahaja dengan senang hati berjalan-jalan di sekitar kota raya malah juga sudah banyak bermastautin di kawasan kampung-kampung. Dah lah datang sini tanpa dokumen sah, kini mereka buat hal jenayah pula. Ada satu geng Indon yang dikenali sebagai Geng Palembang ni memang sedang hot sekarang terutama dalam bidang jenayah. Menurut akbar online Daily Express, beberapa kejadian rompakan yang melibatkan jumlah wang sebanyak RM480,000 telah dikenalpasti sebagai kes jenayah yang didalangi oleh kumpulan tersebut. 
(Sumber: google)
Modus operandi mereka senang sahaja. Mula-mula mereka akan mengenalpasti individu yang ingin berurusan di bank dan kemudian mengekori mereka. Selepas itu, bila sang perompak dah pasti yang si mangsa mengeluarkan wang dari bank maka mereka akan mencucuk dan memancitkan tayar kereta si mangsa  dengan harapan si mangsa akan terpedaya. Semasa si mangsa sedang sibuk melayan tayar kereta, maka sang perompak akan dengan pantas membuka pintu kereta yang tidak berkunci dan kemudiannya merampas wang mangsa tanpa disedari. Kalau si mangsa tidak berhati-hati dalam kejadian seumpama ini, senang-senang saja duit melayang. Bagus kalau duit saja melayang, jangan pula nyawa pun melayang sebab nak jadi hero berlawan dengan sang perompak. Bahaya tu. Duit boleh dicari tapi nyawa tiada dijual di mana-mana tau.

Kebanyakkan ahli-ahli dalam geng Palembang ini sebenarnya mempunyai dokumen perjalanan sah ke dalam negara ini tapi entah lah kenapa mereka memilih jalan sesat macam ni. Kalau ada dokumen sah, memang sangat senang nak cari kerja sebab kebanyakkan bos pun mau cari pekerja yang terima gaji rendah. Aduhai, ini lah sikap tamak manusia. Jangan kata warga asing, warga kita pun banyak yang tamak juga. :(

Oleh yang demikian, di mana pun kita berada kena sentiasa berhati-hati kerana dunia semakin tua, manusia semakin jahat, kiamat makin dekat. Bersyukur apa yang ada, berusaha ke arah memperbaiki diri, dekatkan diri dengan Tuhan. Mudah-mudahan hidup diberkati di dunia dan akhirat.

Ahad, 17 Julai 2011

Angkat baldi berisi air guna mata

Ini bukan ilusi atau magis atau kuasa sihir. Lelaki bernama Feng Hu ini sememangnya melakukan aksi tersebut setelah berlatih menahan sakit selama bertahun-tahun. Menurut laman Metro Online, Feng Hu mula melakukan aksi ngeri di atas pentas sedemikian setelah berpuluh tahun mempelajari teknik mengawal rasa sakit sebagai salah satu daripada rutin latihan dalam seni kung fu.
Feng memasukkan paku besi ke dalam sudut matanya kemudian menghayunkan baldi berisi air dengan mudah.
(Sumber: Metro Online)
Feng yang gemar membuat aksi menghayun baldi berisi air dengan menggunakan matanya ini seraya berkata "orang ramai menyangka bahawa ianya adalah magik tapi sebenarnya ia adalah kemahiran yang memerlukan latihan bertahun-tahun"

P/s: Kalau sy la..baru habuk yang masuk ke mata..dah terhegeh nak cari 'eye-more'..ini kan pula paku...huhu

Jumaat, 15 Julai 2011

Tali leher baru yang boleh dijadikan bantal

TOKYO: ‘Tali leher Nemuri’ yang bermakna ‘Tali Leher Tidur’ dalam bahasa Jepun adalah peralatan unik yang membolehkan pekerja yang keletihan tidur dalam keadaan selesa dan bergaya di meja mereka.
Ia kelihatan seperti tali leher biasa tetapi mempunyai lubang udara kecil yang tersembunyi di belakangnya. Ia akan menggelembung seperti bantal apabila ditiup.

Tali leher itu diperbuat daripada sutera dan mempunyai fiber mikro khas yang akan membantu menyejukkan kulit ketika cuaca panas, menurut akhbar Asahi.
Tali Leher Tidur itu, yang dicipta oleh KTM Co, mensasarkan pekerja pejabat yang suka tidur sekejap di meja mereka dan buat masa ini ia dijual dengan harga 2,500 yen (RM100).

Jepun terkenal dengan budaya korporat yang menyaksikan rakyatnya bekerja untuk tempoh masa yang panjang dan satu daripada segelintir tempat di dunia di mana perkataan ‘mati akibat terlalu kuat bekerja’ dicipta. - Agensi
Sumber: myMetro
Zzzz...
Hmm..siap la kau wahai pekerja yang kuat tidur..lepas ni akan ada kerusi pejabat yang boleh jadi katil seperti transformer.

Ahad, 10 Julai 2011

Kanak-kanak bertubuh 'magnet'

Memang hairan bin ajaib betul la budak seorang ni. Apa tidak, kelebihannya yang mempu menarik benda-benda metal seperti garpu dan sudu untuk melekat di badannya sudah cukup membuatkan orang ramai terpegun. Menurut laman web Metro online, kanak-kanak berumur 11 tahun yang bernama Paolo David ini mempunyai kelebihan tersebut tanpa diduga. 
Paolo David Amorim si 'Magnet Boy'. (Sumber gambar: Metro.co.uk)
Menurut laman web tersebut lagi, kelebihan pelik yang dimiliki oleh Paolo ini tidak dapat dijelaskan secara saintifik oleh para pengamal perubatan. Namun demikian kelebihan ini tidak memberikan sebarang kesan merbahaya kepada kesihatan Paolo.
Berbagai benda logam yang 'dilekatkan' ke bahagian dada Paolo. (Sumber gambar: Metro.co.uk)
Dalam Repley Believe It Or Not dulu pun ada kisah macam ni. Kalau la ada peluang, memang gua pun nak jumpa dengan si Paolo budak magnet tu. Nak juga rasa secara in person bagaimana badannya itu menarik logam. Memang bizzare betul la kelebihan sebegini. 

Monyet yang pandai merakam gambar sendiri

Ini adalah antara pose-pose yang digambar oleh monyet itu sendiri selepas mencuri kamera dari salah seorang jurugambar hidupan liar di Indonesia. Peewit..pandai dia syok sendiri. 
Sesuai sangat gambar ini kalau dijadikan gambar profile facebook. (Sumber gambar: The Telegraph)

Iklan gigi sensitif pun boleh guna gambar ni kot. (Sumber gambar: The Telegraph)
Oh ya..monyet yang agak pelik ini merupakan salah satu spesis monyet yang sangat terdedah kepada bahaya kepupusan. Hmmm...pandai juga dia nak simpan treasure akan kewujudannya di bumi ni ya. Boleh dah dia challence kepandaian chimpanzee. Berita penuh mengenai monyet 'macaque' ini di akhbar online The Telegraph.

Rabu, 6 Julai 2011

Cubaan banduan separuh bogel cuba melarikan diri dalam beg teman wanita gagal

Menurut sumber Metro.co, Seorang banduan separuh bogel yang cuba melarikan diri dengan memasukkan dirinya ke dalam sebuah beg berjaya dikesan oleh pengawal penjara di Chetumal, Mexico. Juan Ramirez Tijerina telah ditangkap oleh pengawal selepas mengesyaki beg besar berwarna hitam yang dibawa oleh teman wanitanya, Maria del Mar Arjona, ketika sesi melawat banduan berlangsung. 
Banduan separuh bogel berjaya dikesan dalam beg. (Sumber: Metro.co)
Jurucakap polis berkata wanita yang kelihatan gugup itu menyebabkan pengawal merasa curiga lalu memutuskan untuk memeriksa beg yang sedang dibawanya. Pengawal mereasa sangat terkejut apabila melihat seorang banduan separuh bogel berada di dalam beg tersebut sejurus sahaja ianya dibuka.

P/s: kan dah kantoi..

Selasa, 5 Julai 2011

Budak 2 tahun selamat selepas jatuh dari bangunan 10 tingkat

Seorang kanak-kanak berumur 2 tahun terselamat daripada menempuh maut selepas jatuh dari bangunan apartmen setinggi 10 tingkat di Hangzhou, China. Kanak-kanak bernama Zhang Fangyu itu telah ditinggalkan tidur bersendirian oleh neneknya telah bertindak memanjat jendela apartment selepas terbangun dari tidur. Beberapa minit kemudian, orang ramai menyedari akan tindakan kanak-kanak itu dan mula menjerit mendapatkan bantuan. Seperti telur di hujung tanduk, kanak-kanak itu terhuyung-hayang sebelum terjatuh
Fangyu sedang dirawat di hospital.
Bagaimanapun, seorang wanita yang secara kebetulannya berjalan melalui lorong apartment itu telah bertindak pantas dengan menyambut kanak-kanak  tersebut. Wanita itu bernama Wu Juping, 31 tahun, hanya mengalami kecederaan tangan manakala kanak-kanak tersebut pula mengalami sedikit kecederaan di bahagaian perut.
Wu Juping kini dianggap sebagai wira.
Fuh..memang berpantang maut sebelum ajal.

(Berita penuh di The Telegraph)

Ahad, 3 Julai 2011

Budak tiga tahun buat vandalisme

Entah apa yang nak jadi dengan budak ni bila dah besar nanti. Umur baru setahun jagung dah memandai buat hal. Berita dipetik dari The Telegraph hari ini mengatakan "A boy of three has been caught vandalising cars in the a street near his home, police have said. The little boy, seven years below the age of criminal responsibility, was too young to be charged with any offence. The incident near Rotherham, South Yorkshire, in May was revealed by police following a Freedom of Information Act request. South Yorkshire Police revealed three other under 10s in the town have been caught damaging cars this year, while three more were involved in a robbery at a snooker club. A South Yorkshire Police spokesman said: ''These figures show the number of incidents in Rotherham involving under-teens is reducing and highlights the positive work carried out by South Yorkshire Police and its Partners to tackle crime and antisocial behaviour among young people.''
(Sekadar gambar hiasan. Pic taken from google)
Adalah penting terutamanya ibu bapa untuk mendidik anak-anak dari kecil dengan baik bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya" supaya mereka menjadi manusia berguna pada masa depan. Jika perangai negatif anak-anak dapat dikesan dari awal, adalah belum terlambat untuk mengubah sikap mereka kepada yang lebih positif melalui pendekatan pendidikan yang bersesuaian. 

Teringat pula gua dengan iklan "biarkan anak anda menangis sekarang, jangan pula anda yang akan menangis kelak"..kira-kira macam tu la bunyinya.

Sabtu, 2 Julai 2011

Kucing lumpuh ini belajar berenang

Kucing yang bernama Mog ini menjadi lumpuh selepas dilanggar lari oleh sebuah kereta sedang belajar untuk berjalan semula dengan mengambil pelajaran renang. 
Kucing lumpuh ini sedang berusaha berenang. (Sumber: The Telegraph)
Mog yang mengalami kecederaan parah pada kaki depannya sedang belajar renang di kolam hidroterapi yang terletak di Hawksland, St Issey, Cornwall. Menurut pemilik Veronica Ashworth, Mog menunjukkan peningkatan yang besar selepas menjalani latihan selama sepuluh minggu dengan bayaran £30 per sesi.

Jumaat, 1 Julai 2011

Padah kerana melawan semut

I'm speechless bila nampak gambar ni..tak tau macam mana nak huraikan gambar yang amazing dan unik serta menarik seumpama ini. 
(sumber. The Telegraph)
Nah..ambik kau lalat ~ lalat ke tu?~ huhu. Semut ni pun nampak macam baik hati juga sebab dia masih tolong si lalat yang hampir nak terjatuh..tapi kan...lalat boleh terbang juga..biar lah dia jatuh..huhu..

England kena Tsunami!

Berita ini dipetik dari The Telegraph, "A massive underwater landslide 200 miles out to sea is believed to be the cause of a series of strange tides and waves off the coast of Devon and Cornwall. Holiday makers, fisherman and conservationists were surprised when the tide suddenly retreated 50 yards.
The sudden drop was followed by a tidal surge, with witnesses reporting waves up to three feet high along the south coast line and estuary rivers. Amateur footage shows the bore-like wave surging up the Yealm estuary near Plymouth. Experts said the phenomenon, which was felt from Penzance in Cornwall to Portsmouth, was likely to have been caused by a landslide on the continental shelf under the sea."
Air surut pasang semula. (Lihat video)

Mini Tsunami ni pun bahaya jugak tau. Apa lagi kalau ada 'tambaig'..eee..