Boros Di Aralom: Mac 2013

Selasa, 26 Mac 2013

Senarai Barang Carian Criminal Case - The Homeless Camp (Case 3)

Nah..bagi yang minat bermain dengan permainan Facebook, Criminal Case. Gambar di bawah merupakan susunan penuh senarai barang carian dalam Criminal Case, Case 3, tempatnya di The Homeless Camp. Kes yang mana si mangsa disangkut kat tempat jual daging babi..huhu..
The Homeless Camp (Case 3) in Criminal Case Facebook game
Kalau nak tengok gambar lebih besar, tengok kat group page Criminal Case Center atau fan page Criminal Case..

p/s: saya suka main benda ni...

Isnin, 25 Mac 2013

[Sponsored Post] 20,000mAh Battery Power Bank - Alat Pengecas mudah alih


Kepada sesiapa yang memiliki barangan elektronik seperti telefon pintar iPhone, Samsung, GPS, PSP, MP3/4/5, Tablet, kamera digital, dan sebagainya yang memerlukan anda untuk mengecas baterinya dengan kerap, nah ini satu berita baik. Sekarang dah tak perlu risau. Kalau nak jalan jauh dan takut kalau-kalau iPhone korang habis cas bateri, tambahan pula kalau terpaksa pergi ke kawasan pedalaman atau tengah-tengah laut yang tiada elektrik atau power supply, boleh lah bawa sekali 20,000mAh Battery Power Bank ini sebagai alat pengecas iPhone korang. Benda ini kecil, selamat dan senang dibawa. 
Pelbagai guna battery power bank
Sebenarnya banyak jenis power bank yang ada di pasaran sekarang dan harganya pun sekitar RM200++ gitu. Tapi kalau nak yang lebih berpatutan, pilih lah 20,000mAh Battery Power Bank ini. Kualiti  dan kapasitinya pun tinggi gitu. Sekarang ini pun benda ini sedang dijual dengan harga promosi RM128 aje. Kira murah dah tu. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk ini, boleh layari laman Facebook SweetLimau. Banyak info kat sana. Ataupun boleh terus email kat sales@sweetlimau.com 
Contoh produk battery power bank


Desak Supaya Bebaskan 4 Mahasiswa UMSKAL


Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mendesak supaya 4 mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Cawangan Labuan (UMSKAL) dibebsakan dari tahanan polis. Akbar Keadilan Daily menulis bahawa keempat-empat mahasiswa tersebut ditahan Polis kerana mengadakan Speaker Corner dan mengedarkan risalah berbentuk kesedaran politik kepada masyarakat sekitar Labuan. Speaker Corner tersebut diadakan sempena pelancaran Gerakan Mahasiswa Pru 13 (GM13) peringkat Labuan.

Nama-nama mahasiswa yang ditahan ialah Al Mughni Shah Jabran: 900105-14-5577 (Pengerusi ProMahasiswa UMSKAL), Mohd Azilah bin Muhamad  (911226-11-5343), Ibnihar Amat (890722-12-6009), Fatima Atila Ali (910103-12-5424) dan Sakinah Yusuf  (910521-12-6104).

Menurut SUARAM tindakan Polis tersebut tidak menghormati hak kebebasan berhimpun dan hak bersuara di kalangan rakyat seperti yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.

Laporan penuh boleh baca di akbar Keadilan Daily

Jumaat, 22 Mac 2013

Ketahuan, Ketua Penceroboh Sulu rupanya bekas Penolong Pegawai Daerah Kudat


Ini dia satu lagi pembongkaran si Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN, mengenai isu Lahad Datu. Rupanya Agbimudin @ Azzimuddie Kiram yang mengaku sebagai Raja Muda Sulu adalah bekas Pegawai Tadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan. Ini bukti dokumen ‘Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah’ yang diperolehi dari Jabatan Arkib Negara Sabah. Laporan ini dipetik dari laman Keadilan Daily.
Senarai Kakitangan 1975 dari Arkib Negeri Sabah
Ketahuan sudah..si Kiram ini ada IC dan pernah menjawat jawatan penting dalam pentadbiran negeri Sabah. Kalau macam ini, kasi hukum gantung sampai mati saja si pengkhianat dan duri dalam daging tu. Ging karas si mamak tua Mahadir.

INI KALI LAH..


Khamis, 21 Mac 2013

Nurul Nuha anak Anwar akan tanding di Permatang Pauh

Sibuk pula bercerita pasal politik. Mentang-mentang lah sekarang ini bayangan PRU13 dah dekat walaupun Parlimen belum lagi bubar bubar..nak jadi bubur agaknya. Sebentar tadi sempat baca blog Media Permatang Pauh (MPP Online) saja nak tau cerita si Anwar yang meletakkan anaknya sorang lagi, Nurul Nuha untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh. Seperti yang kita tahu, Permatang Pauh ini memang kira kubu kuat PKR la. 
Nurul Nuha anak DSAI

Dan memang tidak mengejutkan juga bila Anwar Ibrahim tidak mahu bertanding di kawasan Permatang Pauh. Cuma banyak yang tanya kenapa bukan Nurul Izzah yang diletakkan sebagai calon. Ini jawapan Anwar seperti yang dipetik dalam MPP, "latarbelakang Nurul Nuha yang masih bersih dan dianggap sebagai calon mesti menang PKR di kawasan berkenaan".

Oh..gitu. Kalau pasal Permatang Pauh konfirm si Anwar dah tak pening nak fikir. Confident dah untuk menang. So, si Anwar nak tanding mana pula? cuba kasi lawan dia sama PM Najib..baru 'ngam' orang Sabah bilang..hehe..

Apa pun, saya tetap ABU. Ahli Parlimen di kawasan tempat saya bermastautin ini pun dah masuk Pakatan. Saya secara peribadi menyokong perjuangannya untuk membebaskan Sabah dari belenggu pendatang tanpa izin melalui Royal Commission of Inquiry (RCI). Dulu dia cakap, dia ada bawa hal ini di Parlimen untuk bincang tapi tetiba si Nazri bangkit dan cakap "Ini Tuaran ini tak habis-habis cakap pasal masalah PTI"...memang lah tak selesai masalah PTI kat Sabah ni oooii gaman..tengok la apa mereka dah buat di Lahad Datu. Ini semua kerja si mamak tua tu la..Projek IC konon..

INI KALI LAH...TUKARR..

Inilah produk anti penuaan dari Olay


Kepada mereka-mereka yang takut nak jadi tua..ni dia produk terbaru anti penuaan dari Olay, Olay Total Effects Anti-Ageing + Fairness Cream. Katanya, produk ini memiliki solusi 2 dalam 1. Sambil mencerahkan kulit ia juga membantu menghentikan memperlahankan proses penuaan kulit. 2x Skin Renewal Power boosts gitu. Boleh kunjungi laman web Olay atau Facebook mereka kalau nak tau lebih lanjut. Jadi, nampaknya kalau umur meningkat ke 50 tahun, wajah masih nampak seperti 30an la ye..harganya, sekitar RM70 gitu..saya pun tak berapa pasti sebab belum pernah beli.. :)

Olay Total Effect

Rabu, 20 Mac 2013

Parlimen dah nak Bubar..INI KALI LAH


'Panas' hari bila banyak khabar angin mengatakan yang PM dah nak bubar Parlimen. Bila dah bubar Parlimen tentulah pilihanraya dah 'around the corner'.. yess...INI KALI LAH..TUKARR
Namun demikian, pihak berwajib menyangkal dakwaan khabar angin tersebut dan menyatakan bahawa PM belum lagi mengumumkan pembubaran parlimen. Khabar angin ini membuai laju berikutan PM yang kelihatan di Istana Negara pada pagi tadi.

Tapi kan...dulu masa PM Abdulah Badawi pun ada khabar angin macam ini. Hari ini kena khabar, esoknya sebelum tengah hari dia dah bubar parlimen. Eeeee...tak sabar nak mengundi.

Sumber:
http://nadarakyat.blogspot.com/2013/03/parlimen-bubar-hari-ini.html
http://jalanpulang1978.blogspot.com/2013/03/pecah-berita-najib-altantuya-dah-bubur.html

p/s: ini kali pertama saya mengundi..INI KALI LAH..sebelum ini saya rasa sy ini adalah pengundi atas pagar saja..tapi selepas banyak membaca akhbar dan informasi mengenai kedua pihak BN dan PR..maka saya membuat keputusan untuk mengundi parti ******...undi adalah rahsia..tapi INI KALI LAH TUKARR..ayoh Sabahans n Malaysians..kita kasi tukar..- aik! bukan rahsia lagi pula.

Remaja Perempuan yang ditembak Taliban ini sudah kembali bersekolah


Pada Oktober lalu, Malala Yousufzai selamat dari menjadi mangsa cubaan bunuh Taliban dan menerima pembedahan berjam-jam di Britain selepas sebiji peluru terkena kepalanya.
Malala melangkah gembira kembali ke bersekolah
Malala Yousufzai, 15 tahun, menjadi ikon kepada banyak remaja terutamanya remaja perempuan di Pakistan untuk mendapat hak asas pendidikan.

Kini, Malala telah sembuh dan mula kembali ke sekolah di sebuah sekolah perempuan Birmingham, Edgbaston High School dengan bayaran £10,000 setahun. Bayaran tersebut dibiayai penuh oleh kerajaan Pakistan. Laporan penuh boleh baca kat Metro UK


Dendam sampai bakar rumah jiran


Kalau dah tak boleh kawal perasaan dan tak boleh berfikir secara rasional, seseorang itu memang akan melakukan sesuatu di luar jangkaan. Ini lah yang berlaku di Manjung semalam. Dua jiran ini bergaduh sampai bakar rumah. Mula-mula gaduh kecil-kecil saja. Tapi sebab tak puas hati, si jiran yang satu lagi ini nak tunjuk belang sampai bakar rumah si jirannya itu, walaupun mempunyai tali persaudaraan. Laporan ini saya baca di Harian Metro hari ini.
Keadaan rumah mangsa yang dipercayai dibakar oleh jirannya
p/s: waktu kecil si abang dan si adik gaduh sebab nak berebut mainan...waktu  dah meningkat dewasa, gaduh sebab berebut girlfriend, bila dah tua, gaduh pasal tanah pulak....dunia oh dunia..tak perlu la taksub nak kumpul harta di dunia, nanti anai-anai dan pencuri akan rampas, kumpul lah harta di syurga sebab tiada siapa pun yang boleh mencurinya..


Siapa nak jumpa Lewis Hamilton dan Nico Roberg, driver F1 tu? Mai lah sini..





Selasa, 19 Mac 2013

Padah belasah girlfriend di depan balai polis


Nah..ni la akibat jika bertindak melulu tanpa berfikir waras terlebih dahulu. Bila si lelaki ini ternampak si girlfriendnya keluar bersama lelaki lain, perasaan cemburu pun menguasai diri. Sampai tak tahu nak beza balai polis dengan gelanggang tinju. Berita penuh dalam Harian Metro.

P/s: beberapa hari lalu ada sepasang indon yang tinggal di sebelah rumah jiran ni..bergaduh dengan isteri sebab si isteri syak si suami curang..mereka bergaduh macam dah tak ingat dunia. Si isteri baling batu...si suami pula meng'gusti' si isteri, hempas isteri dekat dinding zink. Nasib baik ada si kawan sorang ini tolong leraikan..aduh..wayang free.

Isnin, 18 Mac 2013

Saman McDonald kerana termakan kondom


Eeeuw..budak termakan kondom..kondom terpakai lagi tuu. Ini berita yang berlaku di Chicago seperti yang dilaporkan oleh Metro UK. Seorang ibu menyaman salah satu restoran McDonald kerana tidak menjaga kebersihan kawasan premis mereka sehingga menyebabkan anaknya berumur 2 tahun 'termakan' kondom terpakai semasa bermain di kawasan premis itu. Nak baca laporan penuh, pergi saja kat Metro UK.

p/s: tak kira apa restoran sekalipun, kena jaga kebersihan. Biarlah restoran itu dapat kategori A..A+ lagi bagus kalau ada. 


Jumaat, 15 Mac 2013

Lagi plot nak bunuh Justin Bieber


Selepas gagal dalam cubaan pertama nak bunuh Justin Bieber, penjenayah gila ini, Dana Martin, kini merancang satu lagi plot nak bunuh penyanyi popular remaja itu. Laporan ini dipetik dari laman Metro UK.
Justin Bieber in action
Menurut laporan ini, Martin kini sedang menjalani hukuman penjara kerana membunuh dan merogol seorang remaja perempuan berumur 15 tahun. Martin merancang untuk mengebom salah satu dari venue konsert Bieber dengan mengupah dua orang penjenayah untuk melaksanakan rancangannya itu.

Sebenarnya, menurut laporan itu lagi, Martin adalah peminat Bieber yang menjadi sangat kecewa dan marah selepas panyanyi itu gagal membalas suratnya. Sebelum ini, Martin adalah peminat Bieber. 

P/s: kecewa betul peminat ni dengan si Bibir Bieber

Spesifikasi Samsung Galaxy S4


Yaii, Samsung dah keluarkan model terbaru telefon pintar S siries mereka iaitu Samsung Galaxy S4. Harga Samasung Galaxy S4 ini mesti meletup kat Malaysia. Berikut adalah spesifikasi Samsung Galaxy S4 ini yang baru dilancarkan di New York.
reka bentuk Samsung Galaxy S4
Dimensi: 69.8 x 136.6 x 7.9mm
Berat: 130g
Skrin: 5” Full HD Super Amoled Display; 441ppi
Bateri: 2,600mAh (v2,100mAh for the S3)
Memory: 2GB RAM
Kamera: 13mp autofocus 1080p/2mp rear camera
Warna: White frost/black mist
Storage: 16/32/64GB + microSD
OS: Android 4.2.2 Jelly Bean

Features:
Dual shot – using both front and rear camera – dual video too
Sound in shot (9s of sound included per photo) 
Drama shot – burst photo in one picture
Eraser shot; removes moving objects
GIF files can be created from cinema photo
New Galaxy camera wheel interface
Story album and integration with Blurb
Translation built in to email and chat
Chat – screen share, 3 way, dual camera and annotations shared
Share music with up to 8 devices
Pair devices directly for gaming without data connectivity
Airview: Information preview, video preview, speed dial, magnifier and flipboard – airview with fingers hovering above the screen
Air browse, Air Jump: gestures, such as waving your hand over device, to browse and scroll
Smart pause and smart scroll: pauses video if you turn away from the screen and scrolls if you tilt the device as you’re looking at it
Automatically recognises business cards and QR codes, including translation
Built-in remote control
Pedometer; walking and running plus temp and humidity
Integrated samsung hub for music video books etc
S band, body scale, heart-rate monitor

p/s: yea..confirm lepas Samsung Galaxy S4 ini keluar kat Malaysia, harga Samsung Galaxy S, SII, dan SIII pun akan merudum jatuh...haha..tunggu..

Khamis, 14 Mac 2013

Arsenal gagal walaupun menang

Ini lah yang dinamakan 'defeat in victory'. Walaupun Arsenal menang 2-0 menantang Bayern Munich di tempat lawan, tetapi jumlah jaringan itu belum cukup untuk membawa mereka ke suku akhir Liga Juara Eropah. Bayern Munich mara dengan agregat 3-3 menang dengan jaringan tempat lawan. Sebelum ini Munich menang di Emirates 3-1 dalam perlawanan pertama.
Giroud cemerlang
Nampaknya, tiada lagi wakil dari Liga Perdana Inggeris pada peringkat suku akhir Liga Juara kali ini.  :(

Selasa, 12 Mac 2013

Cara Semak Keputusan SPM dengan menggunakan SMS


Para calon SPM 2012 pastinya sedang berdebar menunggu keputusan SPM mereka kan. Saya dulu pun macam tu juga. Tapi masa kami dulu kena pergi sekolah kalau nak semak keputusan SPM, sekarang tak perlu dah, semak guna SMS aje. Kalau orang lain tahu nombor ic dan angka giliran anda, nah..senang saja orang len nak semak. Tak boleh selindung lagi dari mak bapak..keputusan SPM 2012 dijangka keluar pada 20 Mac 2013 ini.

Berikut cara nak semak keputusan SPM guna SMS ini:

Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888


Perkhidmatan Semak Keputusan SPM akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 20 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2013. Sumber: Denaihati

P/s: Tahniah kepada yang mendapat keputusan cemerlang, dan kepada yang kurang memberangsangkan, jangan sedih, jangan putus asa, SPM bukan lah ukuran sebenar kepada kejayaan. Success is a journey..

Keselamatan di Lahad Datu kembali Normal, Kampung Tanduo kini 'bersih'


Berita ni saya petik dari facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sedikit lega selepas baca laporan ini. Harap para penceroboh 'kurang cerdik' itu mendapat pengajaran dan menjadi 'lebih cerdik' di masa hadapan dengan mencintai keamanan dan bukannya keganasan.
Penceroboh yang mendakwa diri sebagai askar diraja Sultan Sulu

Kuala Lumpur, 11 Mac - Pada 5 Mac, pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan di Kampung Tanduo, dan seminggu selepas Operasi Daulat, keadaan di Lahad Datu dan Semporna kembali seperti biasa.

Seramai 54 penceroboh militan ditembak mati manakala 97 lagi ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, pasukan keselamatan yakin insiden pencerobohan di Lahad Datu akan berakhir.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Malah, dalam tempoh 24 jam lepas, tiada insiden berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu di tiga kampung yang menjadi tumpuan operasi iaitu Kampung Tanduo, Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

"Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan keadaan dan yakin kami boleh mencapainya," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang akhbar pada 4.30 petang ini.

Terdahulu, pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar pada 10.40 pagi berkaitan perkembangan semasa insiden Lahad Datu, Hamza mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Sementara itu, lima sekolah di Lahad Datu dan 49 di Semporna dibuka semula hari ini. Hanya tiga sekolah di kawasan zon merah masih ditutup.

Bagaimanapun, Hamza mengingatkan masyarakat agar tidak menghampiri kawasan operasi.

Pasukan keselamatan kini dalam usaha mengeluarkan mayat penceroboh dari Kampung Tanjung Batu, dan sehingga petang ini, 22 mayat dikeluarkan dan 18 daripadanya dihantar ke Hospital Lahad Datu manakala empat lagi ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa (ketua kumpulan penceroboh berpangkat jeneral)," kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.

Mengulas dakwaan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu, Hamza menafikannya dan berkata penduduk kampung Tanjung Batu, Labian dan Sungai Bilis telah dipindahkan.

Sejak krisis pencerobohan, lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas, iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac. - BERNAMA

p/s: tempat saya pun banyak pilak a.k.a PTI dari Filipina. Harap dorang tu bukan lah pro kepada penceroboh dari Sulu ini!!

Isnin, 11 Mac 2013

Seni Lukisan yang memang Awesome hebat!

Tadi, sedang belek-belek entry di laman web Oddee, tertarik pulak dengan entri terbarunya mengenai seni lukisan yang hebat. Wow! memang tak terbayang pun slukisan seumpama ini wujud. Tabik hormat pada si pelukis. Jom layan:
Tutup mulut anda! 

Perut berbutang? 

Halimunan ke? 

Cuba teka, dia sedang pengang pen atau tidak? 

Hebat bukan! Kalau nak tengok lebih banyak gambar-gambar seni lukisan yang hebat ini, terjah saja laman Oddee yang memang banyak berkongsi benda-benda pelik.

Geramnya, Manchester United Seri Lagi

Rooney menjaringkan gol ke dua United

Belum pun reda 'kekecewaan' kalah kepada Real Madrid dalam saingan Liga Juara beberapa hari lalu, peminat Manchester United pastinya masih tidak boleh duduk diam selepas United seri 2-2 dengan Chelsea dalam saingan Piala FA Inggeris tadi. Keputusan seri ini sekaligus membawa kedua pasukan ke perlawanan penentuan sekali lagi untuk melayakkan diri ke separuh akhir. Pemenang sama ada Manchester United atau Chelsea ini akan berentap dengan Manchester City di separuh akhir Piala FA pada 13 atau 14 April depan.

Memang geram la dengan Manchester United tadi. Dah mendahului 2-0 seawal minit ke-11 tapi gagal mempertahankan kelebihan. Dah lah bermain di tempat sendiri, Old Toilet Trafford...eh!

Tapi apapun yang terjadi, kalah menang seri, kad merah kad kuning dah jadi adat bola sepak  :)



Sabtu, 9 Mac 2013

Burung Unta Boleh Terbang ke?


comel juga burung unta ni
Tadi masa tengah main facebook, tetiba anak buah saya yang baru darjah tiga sorang ni datang. Dia dengan nada seperti minta belas kasihan bertanya, "burung unta boleh terbang kah?"

Saya pun dengan selamba dan tanpa fikir panjang jawab, "tidak boleh". Kemudian saya berfikir sejenak..betul ke burung unta tak boleh terbang ni? jangan saja saya beri jawapan salah pada anak buah saya tu. Then, pergi bukak laman web Live Science, terjumpa artikel "Why Ostriches Can't Fly". Nah terjawab sudah persoalan.
burung unta kuat berlari
Menurut kajian, dulu masa zaman ada dinosor, saintis kata burung unta boleh terbang. Tapi disebabkan evolusi dan perubahan genetik, haiwan ini dah tak boleh terbang. Ini sedikit petikan dari Live Science;
" The mass extinction that killed off dinosaurs might have been what grounded the ancestors of today's large flightless birds like the ostrich.

As the Age of Dinosaurs came to an end, some flying birds swooped in and took up the newly available niches, foraging on the ground, growing larger over the generations, and eventually losing the ability to fly. So suggests new research into the DNA of the birds.

Scientists had long thought the world's largest flightless birds, the ratites — which include African ostriches, Australasian emus, kiwis and cassowaries, South American rheas and the extinct New Zealand moas — shared a common flightless ancestor."
Baca atikel penuh di Live Science ya.

Tambah lagi ilmu untuk pagi ini.. Ilmu yang diilhamkan oleh budak darjah tiga.

Jumaat, 8 Mac 2013

[18SX] Tunjuk Perasaan Dengan Berbogel Sambil Berbasikal

First of all, ini adalah bukan budaya kita orang Malaysia. Benda ini dipetik dari Huffington Post online. Begini lah cara aktivis di Melbourne Australia menunjukkan tanda protes mereka dengan berbogel sambil mengayuh basikal sejauh 4km. Berikut antara gambar-gambar di sekitar tunjuk perasaan tersebut.



Nak tengok gambar-gambar lain pergi saja kat Huffington Post. Apa yang mereka perjuangkan? Baca petikan di bawag yang diambil dari laman Facebook kumpulan ini. Banyak benda yang mereka 'perjuangkan' rupanya.

"We face automobile traffic with our naked bodies as the best way of defending our dignity and exposing the unique dangers faced by cyclists and pedestrians plus all the negative effects of oil, cars, war, consumerism non-renewable energy as well as promoting positive body image" 

p/s: Odoi yai!!

Khamis, 7 Mac 2013

Manchester United Kalah, Peminat Telefon 999

Pemain Manchester United, Nani (Sumber: Daily Mail)
Berita kekalahan Manchester United dalam Liga Juara oleh Real Madrid ini masih lagi belum reda. Kad merah yang dilayangkan kepada Nani masih lagi dipertikaikan oleh banyak. Bagi peminat tegar Manchester United, kekalahan ini memang memeritkan sampai ada peminat United yang menelefon talian kecemasan 999. Menurut World of Sport, Eurosport, peminat tegar United dari Nottinghamshire ini menganggap pengadil perlawanan, Cuneyt Cakir, yang melayangkan kad merah ke atas Nani itu telah melakukan jenayah.

Waduh..sampai macam tu sekali. Namun demikian, akhirnya peminat tegar United itu memohon maaf kepada pihak polis. Amaran kepada semua ya, jangan main-main dengan panggilan kecemasan 999.

Rabu, 6 Mac 2013

Nutrilite Shape Up hebat tapi...

Nutrilite, produk Amway
Siapa yang pernah guna Nutrilite? Benda ni adalah salah satu produk Amway kalau tak silap saya. Bagus untuk kecantikan kulit, kuku, mengurangkan risiko kanser dan baik untuk mengurangkan berat badan berlebihan. Sekarang ni tengah sibuk dengan promosi peraduan Nutrilite Shape Up yang menawarkan hadiah utama RM6000 beserta voucher produk Amway.

Tadi dah belek-belek dia punya T&C di laman Nutrilite dan memang menarik bagi mereka yang nak cuba 'menyihatkan' lagi tubuh atau 'mencantikkan' lagi penampilan diri. Kalau nak ikut, kena bentuk kumpulan, 3 orang satu kumpulan dan mestilah terdiri daripada golongan-golongan yang ada semangat untuk mengurangkan berat badan. Agaknya peraduan ini macam ala-ala program Biggest Loser tu. Tempoh 10 minggu bertanding dan kena timbang berat sebelum dan selepas. Memang menarik.

Tapi, kalau nak ikut, mesti beli produk Nutrilite Shape Up Pack sebagai syarat kemasukan. Harganya..ermm..RM1490..('__')Oh Mak Kau!! Okay lah, selamat berjaya kepada yang mengikuti peraduan Nutrilite ini ya..

Tak kisah dengan entri copy paste

Si Copy dan Si Paste
Kalau kita lihat dan baca, memang banyak blog yang menyajikan kita dengan entri yang dikopi-pasta "copy paste" dari sumber-sumber tertentu. Bagi saya, tak kisah pun kalau itu adalah entri copy paste atau bukan. Malah dengan cara ini lah kita boleh menyebarkan informasi secepat yang boleh. Apa lagi kalau informasi itu sangat mustahak contohnya yang melibatkan keselamatan kita.

Apa yang sering menjadi masalah dengan entri copy paste ini ialah apabila entri itu tidak dihubungkan semula (backlink) dengan entri asal sehingga digelar sebagai 'pirated content'. Jika sesuatu artikel penulisan atau entri dalam blog itu ditulis seratus peratus dari akal fikiran kita sendiri, sudah pastilah ia menjadi harta intelek kita dan kita ada hak milik (copyright) ke atasnya. Pakcik Google sendiri pun dah revise benda ini baru-baru. Sampai banyak blog dan website yang kena blacklist sebab mempunyai isi yang dicuri dari sumber tertentu.

Bagi yang belum tahu, kalau nak ambil sesuatu content dalam blog orang lain atau dari mana-mana sumber, hendaklah minta izin dari si empunya dulu. Atau pun letakkan semula backlink ke entri asal. Barulah pembaca tahu siapa sebenarnya yang tulis benda yang kita tulis or copy paste tu.

Sekadar perkongsian ya. Kalau nak copy paste, buat dengan cara beretika. Saya pun selalu juga buat kopi pasta ni dulu.

Real Madrid Menang, Ferguson Terkedu

Mourinho menepuk belakang Nani beri semangat
Walaupun sekarang ini sedang hangat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, tapi para peminat bola memang tidak boleh dipisahkan dengan sukan ini. Apa lagi dengan perlawanan penentuan ke suku akhir Liga Juara awal pagi tadi antara gergasi bola sepak dunia, Manchester United vs Real Madrid. Keputusan, Real Madrid menang 3-2 dalam kiraan agregat.

Pastinya keputusan ini sedikit sebanyak membuatkan fans Manchester United agak kecewa. Apa lagi selepas pemain United, Nani, dilayangkan kad merah. Layangan kad merah ini sekaligus mengubah corak permainan di mana Manchester United yang ketika itu sedang mendahului 1-0 ketinggalan terus 2-1 selepas beberapa minit sahaja perlawanan diteruskan.

Dan yang paling kecewa selepas perlawanan itu pastinya pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson. Beliau juga menolak untuk menghadiri sidang media selepas tamat perlawanan.

Namun demikian, pengurus Real Madrid, Jose Mourinho, mengakui bahawa Manchester United layak untuk menang perlawanan tersebut. "They deserve to win", katanya. Apa pun, semua ini adalah perkara biasa dalam bola sepak yang menjadikannya lebih menarik.

p/s: saya ni peminat tegar Real Madrid dan Manchester United. Mana-mana team yang menang pun saya sokong.

Selasa, 5 Mac 2013

Kepentingan Email List dalam Blog

Kepentingan senarai emel
Senarai emel (email list) dalam blog merupakan satu 'senjata' yang sangat penting sekiranya anda mahu membina empayar pembaca blog anda atau mahu menjana duit secara konsisten dengan blog.

Bagaimana ia berfungsi?
Email list ini sebenarnya memberi kebaikan bukan sahaja kepada blogger tetapi juga kepada pembaca blog. Dan sekiranya anda adalah seorang blogger bisnes, maka senarai emal ini sangat-sangatlah penting. Memiliki senarai emel sama lah seperti memiliki senarai alamat rumah atau senarai nombor telefon prospek. Jika ingin memasarkan sesuatu produk terutamanya produk digital seperti ebook, software dan video pemasaran, sudah tentu kita memerlukan prospek. Prospek ialah mereka yang berminat dengan produk kita. Dari mana nak dapatkan prospek? salah satu cara ialah dengan membina senarai email di dalam blog.

Beberapa hari lepas, saya dihubungi oleh seorang konsultan kewangan dari CIMB dan dia menawarkan kepada saya untuk mengambil BIJAK MALAYSIA yang merupakan produk terbaru CIMB berbentuk bankasurance. Disebabkan tawaran tersebut sangat baik maka saya pun bersetuju untuk menyertainya dengan membayar RM100 sebulan. Saya adalah pelanggan CIMB dan semasa saya mengisi borang untuk membuka akaun dengan CIMB, saya masih teringat akan satu kolum yang menyatakan "adakah anda bersetuju untuk dihubungi oleh pegawai kami akan produk baru yang ditawarkan oleh CIMB?", dan saya bersetuju.

Jadi saya melihat senarai emel ini juga berfungsi seperti teknik CIMB ini. Apabila anda mempunyai sebarang produk atau perkhidmatan yang ingin anda pasarkan, senarai email yang anda peroleh dari blog sangat membantu untuk mendapatkan pembeli. Tapi satu perkara yang harus diingat ialah, produk itu haruslah berkaitan dengan apa yang anda katakan dalam blog anda. Ini kerana, pembaca akan melanggan sesebuah blog itu apabila ia menarik perhatiannya atau memenuhi kehendaknya sebagai pembaca. Dan pembaca ini mengharapkan agar anda seringkali mengupdate blog dengan satu informasi yang mampu menyelesaikan persoalan atau masalah mereka. Pendek kata, pembaca yang melanggani blog anda adalah peminat kepada blog anda.

Saya harap dengan perkongsian singkat mengenai kepentingan email list dalam blog ini, boleh membuka minda terutama kepada mereka yang baru mula nak berblog. Saya sarankan agar anda memasang widget subsciption email seawal hari pertama anda berblog seperti yang ditulis dalam entri 10 perkara yang perlu dibuat pada hari pertama berblogging.

Isnin, 4 Mac 2013

Tips Utama Tingkatkan Trafik Blog

Tips tingkatkan trafik blog
Tidak dinafikan, banyak blogger yang mengimpikan supaya blog mempunyai trafik yang mencanak ribu-ribu setiap hari sehingga ada yang digelar sebagai 'gila trafik'. Memang tak salah fikir macam tu, siapa blogger yang tak nak blognya mempunyai trafik yang tiggi? lain lah kalau blog itu dah di'privatekan. Banyak cara sebenarnya untuk tingkatkan trafik ke blog tapi dalam entri kali ini, saya nak kongsi satu tips saja. Apa dia tips utama tingkatkan trafik blog?

Jawapannya ialah kualiti isi blog. Membina blog bertrafik tinggi bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan masa berbulan-bulan. Sama juga dengan menanam sayur atau buah-buahan. Pastinya tiada benih yang ditanam hari ini, esok akan membuahkan hasil. Dan jika benih yang ditanam itu adalah berkualiti tinggi serta dijaga dengan baik, ianya akan mengeluarkan hasil yang banyak dan bermutu tinggi. Demikian juga sama halnya dengan menulis blog. Jika isi blog yang ditulis itu berkualiti di mana ianya mampu memberi informasi padat dan mendalam kepada si pembaca, maka ianya juga akan menjadi pilihan ramai.

Bagaimana trafik dijana dari blog yang berkualiti ini? pertamanya ialah dari si pembaca sendiri. Apabila seorang pembaca merasakan bahawa artikel yang ada dalam blog itu sangat membantu menyelesaikan persoalan yang ada padanya, maka berkemungkinan besar pembaca ini akan mengongsikan atrikel tersebut ke dalam media sosial lain seperti twitter dan facebook. Artikel anda mungkin akan menjadi viral dan seterusnya menjangkau lebih banyak pengunjung ke blog.

Selain itu, isi blog yang berkualiti biasanya menjadi rujukan terutama kepada blogger lain yang menjadi pembaca blog anda. Blogger ini mungkin akan menulis sebuah entri yang berkaitan dengan salah satu entri dalam blog anda dan kemudian memasukkan link blog anda dalam artikelnya. Secara tidak langsung, anda sudah mempunyai backlink percuma. Backlink ini sangat penting untuk menaikkan ranking blog dalam enjin carian.

Kesimpulannya, membina trafik blog yang tinggi adalah satu usaha jangka panjang. Trafik datang secara tidak langsung jika si blogger itu menulis artikel yang berkualiti tinggi bukan sahaja kepada pembaca malah juga kepada enjin carian. Walaupun mungkin sekarang ini trafik blog masih lagi rendah, tumpukan saja kepada kualiti isi blog terlebih dahulu berbanding trafik, page rank dan backlink. Semua itu akan menyusul kemudian. Jangan saja buat entri yang berunsur fitnah. Tak baik sajikan pembaca dengan fitnah yang boleh merosakkan pemikiran terutama kepada mereka yang kurang bijak membuat pertimbangan munasabah.

Sekian untuk perkongsian. Jika anda mempunyai buah fikiran untuk dikongsikan, sila lah komen ya.

Jumaat, 1 Mac 2013

Tips Memilih Niche Blog

Traffik blog yang berfokus
Sebelum ini saya ada membuat entri mengenai Panduan Asas Memilih Niche Blog Yang Boleh Jana Duit. Kali ini, saya nak kongsi beberapa lagi tips bagaimana memilih niche blog.
Berikut merupakan gambaran mudah untuk anda memahami konsep niche ini:-
Sukan>>Berbasikal>>berbasikal marathon (niche) 
Kereta>>Kereta Sport>>Ferrari (niche) 
Fesyen>>baju>>baju pengantin (niche)

Amnya, niche ini merupakan sub-kategori paling khusus dalam sebuah kategori umum. Kita sebenarnya boleh sahaja berblog mengenai sukan, kereta, atau fesyen. Tapi tujuan kenapa kita harus mengecilkan lagi kategori tersebut ialah untuk menghasilkan isi yang berfokus (focused content). Kita anggap pengunjung blog mencari sesuatu yang khusus dan kita mahu mereka mendapatkannya di blog kita.

Kata lah ada seorang pelawat blog ini sedang ghairah mencari 'joran pancing yang terbaik', dan dibawa oleh enjin carian ke blog anda yang bertajuk "Joran Memancing", secara tidak langsung anda sudah memuaskan keinginannya. Itu pun jika anda banyak menulis info mengenai joran pancing. Kemungkinan besar juga pengunjung itu akan menjadi pembeli jika anda turut menjual joran pancing di blog.

Dengan cara ini, sebenarnya kita tidak memerlukan trafik yang banyak untuk menjana pendapatan. Ini kerana trafik yang datang ke blog kita merupakan sasaran blog. Bak kata orang putih, traffik yang datang adalah highly targeted. Apabila pengunjung itu adalah sasaran blog, kemungkinan besar mereka akan membeli produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan melalui blog.

Untuk memfokuskan lagi niche kita, apa kata buat blog bertajuk "Joran Memancing dari Bambu". Nah, ini makin highly targeted. Semakin kecil sub kategori blog, semakin kuat lah niche blog anda.

Harap dengan perkongsian singkat ini dapat memberi sedikit info berguna terutama kepada mereka yang baru mula nak blogging. Sebenarnya anda tidak perlu terikat dengan mana-mana peraturan niche, terpulang kepada anda untuk berblog mengenai apa sahaja. Tapi jika anda mensasarkan sesuatu dari blog anda macam anak panah dalam pertandingan memanah, haruslah tahu siapa sasaran anda dan menulis hanya untuk golongan tersebut. Bagi anda yang mahu berkongsi buah fikiran mengenai niche ini, boleh lah komen ya. Sekian, happy blogging!