Perlu berhati-hati jika terima surat tuntutan cerai | Boros Di Aralom

Selasa, 29 Mac 2011

Perlu berhati-hati jika terima surat tuntutan cerai

Ini peringatan yang penting untuk kita semua ketahui. Menurut The Malaysian Insider, Seorang peniaga mendakwa menerima surat tuntutan cerai palsu daripada jurunikah Siam yang pernah menikahkan dia dengan isterinya pada tahun 2006.

Peniaga berusia 43 tahun itu yang enggan namanya dikenali menerima surat taklik berkenaan dalam tulisan jawi yang beralamat di The Islamic Comittee of Songkhla pada Disember tahun lalu. Tuntutan iu dibuat kerana dia dikatakan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Katanya dia tidak kisah dengan surat tuntutan cerai itu kerana dia memang sedang menghadapi masalah rumah tangga dengan isterinya yang berasal dari Kedah itu. Tetapi apa yang dikesalkan ialah surat tersebut merupakan surat tuntutan cerai palsu yang turut menyenaraikan nama dua saksi iaitu seorang lelaki yang dikenalinya dan seorang wanita yang dia tidak kenali.

Peniaga berkenaan berkata dia telah merujuk surat tersebut kepada ibu pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla selepas dua hari menerimanya dan dimaklumkan bahawa surat itu dibuat oleh jurunikah yang telah pun dipecat oleh pihak berkenaan. Jurunikah itu juga dikatakan mendalangi sindiket yang menjual surat taklik palsu dengan harga RM300 bagi satu surat.

“Saya terpanggil untuk mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu ada orang lain yang tertipu dengan kegiatan mereka ini,” kata peniaga yang berasal dari Arau itu. – Bernama

1 ulasan:

Akunyer berkata...

ishh...dahsyatnya....