Bagaimana mengira tahap kolesterol tubuh? | Boros Di Aralom

Jumaat, 24 Februari 2012

Bagaimana mengira tahap kolesterol tubuh?


Kolesterol membantu tubuh kita dalam memulihkan membran sel dan membina vitamin D. Bagaimanapun, tahap kolesterol yang tinggi adalah tidak baik dan ia seringkali dikaitkan dengan penyakit seperti serangan jantung dan stroke. Menurut pakar di Harvard Health Publications, jumlah atau tahap kolesterol mestilah berada di bawah 200. Jumlah kolesterol dalam tubuh anda boleh dikenalpasti sekiranya anda tahu tahap HDL (high-density lipoprotein level), LDL (low-density lipoprotein) dan tahap triglyceride tubuh anda. Berikut merupakan cara dan saranan kepada anda sekiranya ingin mengira tahap kolesterol dalam tubuh.

1. Dapatkan tahap HDL, LDL dan tahap triglyceride daripada doktor. Tahap-tahap ini boleh dikenalpasti melalui ujian darah.

2. Bahagikan tahap triglyceride dengan 5. Contohnya, sekiranya tahap triglyceride anda ialah 100, maka anada perlu membahagikan 100 kepada 5 dan hasilnya ialah 20.

3. Tambahkan tahap kolesterol LDL anda pada hasil triglyceride tadi. Jika LDL anda ialah 80 maka 80 ditambah dengan 20 bersamaan dengan 100.

4. Tambahkan tahap HDL anda dengan keputusan pada langkah 3 untuk mendapatkan jumlah kolesterol tubuh anda. Sekiranya tahap DHL anda ialah 40, maka 40 ditambah dengan 100 ialah 140. 

Selesai sudah! Tahap kolesterol tubuh anda ialah 140. Jumlah ini adalah kurang daripada 200 dan ini menunjukkan tahap kolesterol tubuh anda adalah rendah. Sekian dan selamat mencuba.



Rahsiah Seks Hebat Untuk Suami Isteri 18SX
Jadilah pasangan romantik dan nikmati seks hebat bersama isteri/suami anda
http://www.sekshebat.com

Tiada ulasan: