Tidak dinafikan bahawa menulis surat jualan merupakan salah satu teknik penting dalam mempromosikan sesuatu produk. Namun dalam kebanyakkan surat jualan yang ditulis oleh kebanyakkan usawahan internet khususnya mempunyai banyak kesilapan. Berikut merupakan antara kesilapan yang sering dilakukan dan langkah mengatasinya.
1. Surat jualan yang menggunakan ayat yang terlalu complicated.
Pembeli tidak suka berfikir, mereka mahukan sesuatu maklumat adalah dalam bentuk straigtforward. Jadi, anda jangan masukkan ayat atau ungkapan yang boleh mengelirukan pembaca.
2. Biarkan pembaca berfikir.
Jangan terlalu penuhkan page ministe anda dengan maklumat sehingga menyusahkan pembaca untuk membaca maklumat yang anda ingin sampaikan. Susun perenggan dengan teliti. Jarakkan ruang yang mencukupi antara perkataan untuk membolehkan pembaca membaca dengan mudah. Gunakan tulisan yang sesuai untuk di baca.
3. Memberitahu apa yang produk mampu lakukan.
Jangan terlalu highlight fungsi produk anda. Cukup sahaja dengan penerangan umum dan lebihkan pada faedah produk anda. Apa yang produk itu mampu lakukan untuk menyenangkan si pembeli tadi.
4. Meletakkan button BUY NOW tanpa arahan susulan.
Kebanyakan surat jualan hanya menyatakan beli produk ini sekarang dan sebagainya tetapi mereka tidak menunjukkan cara untuk membeli. Di butik contohnya, pembeli akan bertanya, berapa ringgit untuk harga sehelai baju. Kemudian, juru jual akan beri arahan pada pembeli tadi untuk membayar di kaunter.
Pendek kata, anda perlu mempersilakan pembaca surat jualan anda untuk melakukan pembayaran bagi mendapatkan produk anda. Tunjukkan pada mereka cara-cara yang sehalus mungkin supaya mereka tenang dan selesa untuk melakukan pembayaran.
5. Tiada konsistensi.
Adakah surat jualan anda mempunyai headline yang mantap? Jika ya, baguslah. Namun, surat jualan anda perlu konsisten. Ini bermakna jika headline anda mantap, ayat-ayat di dalam surat jualan anda juga perlu mantap. Teruskan momentum ayat headline anda dengan menggunakan ayat-ayat yang sentiasa menarik.
Jangan terlalu takut untuk menulis surat jualan. Tiada yang lebih mengetahui mengenai perniagaan anda selain anda sendiri. Tulis apa sahaja yang anda rasa menarik dan perbaikinya di masa hadapan secara berperingkat. Prinsip yang anda perlu pegang adalah surat jualan boleh di perbaiki. Jadi, jangan takut untuk ekspresi idea anda.
Atasi Pasangan Yang Curang!
Selamatkan rumah tangga anda dari pihak ketiga
http://www.pasangancurang.com
Rahsia Menjana Wang Dengan Unit Trust
Teknik dan strategi hebat bagi memaksimmumkan keuntungan
http://www.unitamanah.com/jom/
Rahsiah Seks Hebat Untuk Suami Isteri 18SX
Jadilah pasangan romantik dan nikmati seks hebat bersama isteri/suami anda
http://www.sekshebat.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan