[Guest Post] Ikan Dory bersama Sup Susu | Boros Di Aralom

Selasa, 28 Februari 2012

[Guest Post] Ikan Dory bersama Sup Susu


Guest post by xDer

Ikan Dory bersama Sup Susu

Sunday, January 29, 2012Best Blogger Tips
salam semua.. selamat berhujung minggu ye. esok dah Isnin, cuti sekolah dah abih dah. maka esok pun bermula ler mak/ayah dok membizikan diri bersama anak2 untuk kesekolah. kiranya dapat ler jugak kita sebagai parent ni menumpang 'cuti' anak2 ye dak? sempena dah ujung2 cuti ni, nak ler share resepi dari si isteri.. Milk Soup With Fried Dory Fish. sodap memang sodap. berkhasiat pulak tu..

kisahnya, masa teman bertugas di Selatan tanahair dulu selalu jugak pekena sup susu ni kat negara jiran. naik gian dibuatnya hehe.. tapi sekarang dah balik ke KL ni susah ler kalo nak pekena masakan ni sampai nak ke negara jiran sinun. ni ler nak kongsi2 dengan sahabat handai resepinya yang dibuat oleh isteri tercinta. ranking anak tekak teman, meemang sodap! kena lak bila makan dgn nasi panas2 tu dok sira2 dengan cili padi kicap.. adoi haiii susah ler nak kata mcmne. nak tau macamne, copy resepi bawah ni. cube ler.. memang menghirup dibuatnya.

Bahan bahannya

4 biji bawang putih - cincang kasar
1/2 cm halia - hiris halus
1 biji bawang besar - dadu

1/2 mangkuk kecil ikan bilis
2 keping ikan dory
1/2 mangkuk kecil tepung gandum
Sedikit pewarna kuning
Chinese Lettuce
Tomato
Enoki Mushroom
Carrot
Daun Ketumbar - racik kasar
1/2 tin susu cair
1 kiub ayam/ ikan bilis
Garam & Pepper
Air secukupnya

Caranya

Panaskan minyak goreng ikan bilis hingga ranggup
Angkat dan ketepikan

Satukan tepug gandum, pewarna kuning bersama sedikit garam & pepper
Letakkan air dan buat adunan seperti jemput2
Jangan terlalu pekat atau terlalu cair
Celupkan ikan dory yg telah dipotong
kemudian digoreng garing
Angkat dan ketepikan

Didalam periuk yg lain, panaskan sedikit minyak,
tumis bawang putih, bawang besar, halia sehingga sedikit garing
Masukkan ikan bilis yg telah digoreng tadi dan air utk dijadikan kuah
Biarkan ia reneh selama 40min
Masukkan kiub ayam/ ikan bilis
Selepas 40 min, masukkan carrot, sayur lettuce dan tomato
Masukkan garam, perasa dan enoki mushroom
Biarkan ia reneh sebentar

Akhir sekali masukkan susu cair
Taburkan daun ketumbar dan sedia dihidang
Letak ikan didalam mangkuk kemudian tuangkan kuah diatasnya

**Enak dimakan bersama cilipadi dan kicap cair
Jika anda ingin lebih lemak, anda boleh tambah sukatan susu cair 



Rahsiah Seks Hebat Untuk Suami Isteri 18SX
Jadilah pasangan romantik dan nikmati seks hebat bersama isteri/suami anda
http://www.sekshebat.com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

thnx nancy ;)