Sinopsis dan barisan pelakon Hantu Dalam Botol Kicap | Filem Melayu Terbaru 2012 | Boros Di Aralom

Isnin, 6 Februari 2012

Sinopsis dan barisan pelakon Hantu Dalam Botol Kicap | Filem Melayu Terbaru 2012


Bahasa: BM
Kategori: Cereka
Genre: Komedi, Ngeri
Durasi: 78 minit
Tarikh mula tayang: 9 Februari 2012
Penerbit: Metrowealth Movie Production Sdn Bhd
Sinopsis: 
Filem arahan Azhari Mohd Zain ini mengisahkan tentang Aminah dan suaminya, Hussin yang pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.

Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Barisan Pelakon:
Angah RL (sebagai hantu dalam botol kicap), Mon Ryanti (sebagai Rina), Zalif Sidek (sebagai Epul), Mohd Mikail Andre B Nazul Andre (sebagai Azri), Maimon Mutalib (sebagai Nenek Temah), Wawa Zainal (sebagai Puteri), Ruzaidi Abdul Rahman (sebagai Hussin), Zila Bakarin (sebagai Aminah)

(Sumber: sinemamalaysia.com.my)


Klik iklan ini kalau suka entri :)
Your Ad Here

Tiada ulasan: