Tea Detox Cina | Boros Di Aralom

Khamis, 23 Februari 2012

Tea Detox Cina


Orang Cina memang terkenal dengan perubatan alternatif seperti akupuntur dan tea ubatan. Selama beratus tahun, orang Cina ini telah mengembangkan banyak jenis tea detox yang bertujuan untuk membersihkan tubuh dan mengembalikan keseimbangan. Tea ini juga membantu organ-organ spesifik di dalam badan untuk memastikan keseluruhan sistem dalam badan itu berfungsi secara optimal.

Teh Detox Harian
Berkurun tahun dahulu, ahli perubatan diraja ketika zaman Dinasti Ming telah mencampurkan akar kayu manis, daun spearmint, kayu manis, akar tumbuhan liar, koko, Echinacea, dan sebagainya untuk menghasilkan teh detox yang boleh meningkatkan tahap kesihatan. Bahan-bahan tersebut bertujuan untuk membantu membersihkan darah, buah pinggang, paru-paru, sistem kumbuhan, dan kulit. Selain itu, ia juga membantu regulasi gula dalam darah dan meningkatkan sistem imunisasi. Masyarakat pada zaman tersebut mengamalkan minum teh detox secara harian.

Teh Detox Kulit
Sebuah syarikat yang dikenali sebagai The Yu Da Tealeaves yang berpangkalan di Kunming City di wilayah Yunan, China, telah mengembangkan teh detok kulit yang diperbuat daripada adunan honeysuckle (sejenis tumbuhan menjalar dengan bunga kuning dan mrah jambu yang wangi), benih  bunga teratai, bunga lily, kayu manis, gula batu, buah merah, dan daun teh hitam. Kombinasi bahan-bahan ini memberi kelegaan kepada keradangan pada kulit dan melembutkan kulit. 

Teh Detox Kunyit
Kunyit merupakan salah satu herba yang digunakan dalam teh campuran Cina untuk membantu membersihkan toksin dalam badan. Ianya dipercayai dapat memberikan kulit yang baik, emosi yang menarik, dan tenaga yang positif dapat mengalir ke seluruh tubuh. Kunyit mengandungi curcumin yang dapat melawan perkembangan tumor, keradangan dan boleh mengurangkan arthritis.

Sebenarnya masih banyak lagi jenis-jenis teh detox yang sering digunakan khasnya dalam masyarakat Cina yang mana dapat membantu meningkatkan dan mengekalkan tahan kesihatan tubuh.




Rahsiah Seks Hebat Untuk Suami Isteri 18SX
Jadilah pasangan romantik dan nikmati seks hebat bersama isteri/suami anda
http://www.sekshebat.com

Tiada ulasan: