Nangis sebab Whitney Houston sudah mati! | Boros Di Aralom

Ahad, 12 Februari 2012

Nangis sebab Whitney Houston sudah mati!

Kepada sesiapa peminat tegar Whitney Houston pastinya sangat terkejut dan sedih dengan kematian mengejut penyayi pop lagenda ini kelmarin.

Suatu ketika dulu, lagunya yang bertajuk "I Will Always Love You" memang menjadi kegilaan ramai dan merupakan lagu hit sepanjang zaman. Suaranya yang 'power' dan tersendiri serta tiada galang ganti itu kini tinggal kenangan.
Ada ke yang nangis bila dengar berita ini? Memang ada dan jumlahnya mungkin berjuta. Kenapa pula tidak! Whitney Houston kan penyanyi popular sepanjang zaman bukan sahaja menerusi lagunya malah menerusi kisah hidupnya yang penuh inspirasi ketika dia bergelut dengan masalah dadah dan rumah tangga.

Terus terang, saya sendiri pun minat dengan Whitney Houston sejak saya di sekolah rendah ketika filem The Bodyguard itu menjadi filem pecah panggung suatu ketika dulu. Sampai sekarang lagu baladanya menjadi lagu kegemaran.

Tapi apakan daya kita sebagai manusia. Semua manusia di muka bumi ini pastinya akan mati tanpa mengira siapa, sepopular manakah kita, sekaya manakah kita, dan sekuat manakah kita, pastinya tiada seorangpun yang akan dapat mengelakkan diri daripada ketentuan Dia Yang Maha Kuasa. Yang pasti hanya ada satu kehidupan yang akan kekal di mana tiada kesedihan, tiada kepenatan, dan tiada kerisauan iaitu kehidupan di dalam kerajaan syorga.

Revelation 21:4
He will wipe every tear from their eyes. There will be no more death or mourning or crying or pain, for the old order of things has passed away.


2 Corinthians 5:1
For we know that if the earthly tent we live in is destroyed, we have a building from God, a house not made with hands, eternal in the heavens."

"May her soul rest in peace"



Atasi Pasangan Yang Curang!
Selamatkan rumah tangga anda dari pihak ketiga
http://www.pasangancurang.com

Rahsia Menjana Wang Dengan Unit Trust
Teknik dan strategi hebat bagi memaksimmumkan keuntungan
http://www.unitamanah.com/jom/

Rahsiah Seks Hebat Untuk Suami Isteri 18SX
Jadilah pasangan romantik dan nikmati seks hebat bersama isteri/suami anda
http://www.sekshebat.com

Jutawan Hanya Dengan Domain Name
Jana lebih RM5000 dalam masa 48jam sahaja!
http://www.jutawandomain.com/jom/

1 ulasan:

Cik tikah berkata...

x kenal pun perempuan ni. bila dh mati baru kenal. hahaa