Peningkatan Kes Kematian Denggi Di Malaysia Januari 2012 | Boros Di Aralom

Sabtu, 18 Februari 2012

Peningkatan Kes Kematian Denggi Di Malaysia Januari 2012


Pada tahun 2012, bermula dari 1 hingga 28 Januari, sebanyak 1,868 kes Denggi dilaporkan diseluruh negara berbanding 2,048 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, iaitu penurunan sebanyak 15%. Walau pun kes yang dilaporkan setakat ini bagi tahun 2012 lebih rendah dari tahun lepas namun sejak 4 minggu pertama tahun ini, telah terdapat  tren peningkatan kes denggi yang dilaporkan setiap minggu. Bermula pada minggu akhir tahun 2011, dimana  hanya 350 kes dilaporkan dan telah meningkat kepada 440 kes pada minggu pertama tahun 2012 dan seterusnya kepada 488  pada minggu sebelumnya. 

Peningkatan purata 14% setiap minggu ini amat membimbangkan apa lagi dengan peningkatan kes kematian, dimana dalam tempoh 4 minggu saja telah terdapat 6 kematian denggi dilaporkan, berbanding  dengan hanya 3 kematian dalam tempoh yang sama pada tahun 2011.Setiap tahun 20% daripada jumlah  keseluruhan kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara adalah dari kalangan pelajar sekolah.Misalnya, pada tahun 2011  sebanyak 21% atau 4,222 daripada 19,884 kes yang dilaporkan adalah terdiri dari pelajar sekolah, iaitu 14% (2,899 kes) adalah pelajar sekolah menengah dan 7% (1,323 kes) adalah pelajar sekolah rendah (kebangsaan). Begitu juga  bagi bulan pertamatahun 2012, di mana terdapat 378 daripada 1,868 kes (20%) merupakanpelajar sekolah  iaitu 13% (246 kes) adalah pelajar sekolah menengah dan 7% (132 kes) adalah pelajar sekolah rendah.

Bagi kes kematian Denggi, terdapat peningkatan 50% pada tahun ini berbanding  tahun lepas dan Kementerian Kesihatan memandang serius akan situasi ini. Tiga negeri yang telah menyumbang kepada kes kematian Denggi adalah, Selangor yang telah melaporkan 3 kematian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 2 kematian dan N. Sembilan dengan satu kematian.Kes-kes kematian ini melibatkan pesakit berusia antara 9 tahun hingga 50 tahun, di mana 2 daripada 6 kematian terbaru pada minggu lepas,  merupakan pelajar sekolah rendah  yang  berusia 9 tahun dan seorang pelajar kolej berusia 18 tahun. Pada keseluruhanya 5 daripada 6 kematian ini berlaku di kawasan berisiko Denggi iaitu  samada kawasan wabak, kawasan mempunyai pembiakan Aedes yang tinggi atau kawasan bekas wabak Denggi.

Semua kes kematian ini  mengalami gejala demam dengan 2 simptom yang lain seperti sakit kepala, muntah, sakit otot, sakit sendi, sakit badan, tiada selera makan dan ruam. Oleh itu, masyarakat di minta tidak memandang remeh sekiranya mereka mengalami demam dan dinasihatkan  untuk mendapatkan rawatan awal daripada klinik berhampiran bagi mengelakkan komplikasi akibat Denggi. Apa tah lagi sekiranya mereka tinggal dikawasan wabak Denggi.

Pengamal-pengamal perubatan juga diminta supaya sentiasa peka dengan kawasan wabak Denggi atau hotspots bagi membantu mereka untuk mendiagnosa kes Denggi dengan lebih awal dan mengurangkan risiko kematian akibat Denggi.Kementerian Kesihatan menyeru agar masyarakat dan semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk menjayakan akitiviti pencegahan Denggi secara berterusan. Sumbangan dalam bentuk dana dan tenaga oleh syarikat swasta seperti yang dilakukan oleh Syarikat SC Johnson & Son Sdn Bhd dalam Pertandingan Anti Aedes Renjer Ridsect amat dihargai dan dialu-alukan oleh Kementerian Kesihatan.

DATO’ SRI DR HASAN ABDUL RAHMAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Dapatkan laporan Peningkatan Kes Kematian Denggi Di Malaysia Januari 2012 dalam pdf di infosihat.gov.my



Atasi Pasangan Yang Curang!
Selamatkan rumah tangga anda dari pihak ketiga
http://www.pasangancurang.com

Rahsia Menjana Wang Dengan Unit Trust
Teknik dan strategi hebat bagi memaksimmumkan keuntungan
http://www.unitamanah.com/jom/

Rahsiah Seks Hebat Untuk Suami Isteri 18SX
Jadilah pasangan romantik dan nikmati seks hebat bersama isteri/suami anda
http://www.sekshebat.com

Tiada ulasan: