Kamussabah.com menghimpunkan perkataan dialek/slang dari Sabah | Boros Di Aralom

Khamis, 23 Februari 2012

Kamussabah.com menghimpunkan perkataan dialek/slang dari Sabah

Sabah sememangnya mempunyai dialek atau slang bahasa yang agak berlainan dan unik. Memang mudah untuk mengenalpasti orang-orang Sabah ini sekiranya mereka pergi nun jauh ke semenanjung. Di sini, saya ingin mengongsikan tentang satu laman web iaitu www.kamussabah.com.

Faedah untuk orang Sabah
Jika anda pernah mengunjungi laman web ini, memang banyak kandungan kosa kata atau perkataan yang sering digunakan dalam kehidupan harian orang-orang Sabah. Laman web ini sebenarnya sepertinya bukan menyediakan kamus khas atau software khas yang telah diprogramkan dengan perkataan-perkataan dialek sabah. Tetapi segala kandungan kamus itu adalah perkongsian pengunjung atau 'member' laman web itu sendiri yang rata-ratanya adalah orang Sabah.

Sebab itu, jika anda orang Sabah dan mahu mengongsikan perkataan dari dialek anda tak kira lah anda dari suku mana, anda sangat dialu-alukan untuk berkongsi. Pada saya, laman web ini sangat baik sebagai wadah untuk rakyat Sabah amnya untuk berkongsi dialek masing-masing. Ini kerana jika diperhatikan secara keseluruhannya, dialek atau slang Sabah ini adalah berbeza mengikut kawasan dan suku walaupun mempunyai maksud yang sama. Maka dengan adanya perkongsian bahasa tersebut, ia bukan sahaja dapat membantu sesama rakyat Sabah malah turut membantu orang dari luar Sabah untuk memahami dialek tempatan.

Faedah untuk orang bukan Sabah
Jika anda ingin mempelajari dialek Sabah secara kasual, laman web ini memang sesuai untuk anda. Ramai pengunjung terutamanya dari Semenanjung dan Sarawak yang sering berkunjung ke Sabah. Tidak dinafikan juga bahawa majoriti daripada mereka mengalami masalah untuk memahami dialek dan slang orang Sabah. Mungkin dengan adanya laman web ini, anda boleh menggunakannya dan diharap dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang dialek Sabah secara lebih mendalam.

Limitasi
Apa yang dapat dinilai mengenai laman web ini ialah ianya tidak begitu dipantau atau ditapis secara ilmiah kerana hampir semua istilah dan kosa kata yang dimuatkan adalah dihantar oleh pengunjung laman web itu sendiri. Maka tidak hairanlah jika banyak perkataan yang orang Sabah sendiri pun belum pernah dengar atau tuturkan. Mungkin juga terdapat perkataan baru yang sengaja dihantar oleh pengunjung ikut suka hatinya.

Walaupun demikian, kewujudan laman web www.kamussabah.com ini sememangnya banyak membantu bukan sahaja orang luar Sabah malah orang Sabah sendiri untuk lebih memperbanyakkan lagi penguasaan dialek tempatan. Tempat terbaik juga bagi mereka yang sudah lupa bahasa sendiri untuk mula mempelajarinya semula.


Rahsiah Seks Hebat Untuk Suami Isteri 18SX
Jadilah pasangan romantik dan nikmati seks hebat bersama isteri/suami anda
http://www.sekshebat.com

Tiada ulasan: