Wartawan dimaki hamun ketika buat liputan di Sabah | Boros Di Aralom

Khamis, 16 Februari 2012

Wartawan dimaki hamun ketika buat liputan di Sabah


KOTA KINABALU: Beberapa wartawan yang sedang membuat liputan kejadian kebakaran yang mengorbankan dua nyawa di Kampung Gudon, Menggatal dekat sini kelmarin terkilan berikutan tindakan seorang lelaki yang menghalang mereka daripada menjalankan tugas.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, keadaan di lokasi kejadian tegang seketika apabila lelaki terbabit yang juga dikatakan seorang anggota ‘polis bantuan’ menghalang tugas wartawan terbabit selain mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka. Lelaki berjaket terbabit yang dikenali sebagai ‘Mahathir’ juga dilihat bertindak menunjukkan garinya kepada salah seorang jurugambar wanita yang merakam situasi cemas itu sambil mengugut supaya memadamkan foto kejadian yang telah diambil.

Ekoran itu, seorang wartawan termasuk jurugambar yang berada di tempat kejadian ketika itu difahamkan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya dan untuk tujuan kesemalatan mereka.

Dalam kejadian kebakaran itu, dua beradik yang berumur 7 dan 2 tahun rentung selepas terperangkap di tingkat atas rumah terbabit.




Atasi Pasangan Yang Curang!
Selamatkan rumah tangga anda dari pihak ketiga
http://www.pasangancurang.com

Rahsia Menjana Wang Dengan Unit Trust
Teknik dan strategi hebat bagi memaksimmumkan keuntungan
http://www.unitamanah.com/jom/

Rahsiah Seks Hebat Untuk Suami Isteri 18SX
Jadilah pasangan romantik dan nikmati seks hebat bersama isteri/suami anda
http://www.sekshebat.com

Tiada ulasan: