Nuffnang dan Churp-churp...pastinya kebanyakan pengamal media sosial seperti blogger, facebook dan twitter sudah lama kenal dengan dua benda ini.
Nuffnang, secara amnya merupakan sebuah syarikat pengiklanan yang menjadi pilihan ramai blogger. Blogger akan dibayar jika pengunjung blog mengklik iklan dalam blog. Kunjungilah mana-mana blog, pasti kebanyakkannya menyiarkan iklan dari Nuffnang.
Churp-churp pula merupakan 'adik' kepada Nuffnang yang baru diperkenalkan sekitar tiga tahun yang lalu. Churp-churp juga merupakan satu platform pengiklanan tetapi bezanya ia lebih kepada iklan perkongsian sosial. Maksudnya, iklan mereka dikongsi oleh kita menerusi laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Kita akan dibayar jika ada rakan-rakan kita yang mengklik iklan yang kita kongsikan itu.
Earning Churp-churp VS Nuffnang
|
Contoh earning Nuffnang. Letak lah iklan Nuffnang dalam blog. |
Jadi, mana satu yang bayar lebih? Bagi iklan Nuffnang, setiap klik dalam blog akan dibayar sekitar RM0.25 hingga RM0.50. Malah bagi yang berstatus Glitaretti, bayaran mereka adalah lebih tinggi. Churp-churp pula membayar sekitar RM0.20 dan RM0.40. Memang nampak di sini bahawa Nuffnang lebih masyuk berbanding Churp-churp.
Tapi...semuanya itu bergantung kepada sejauh mana pengaruh kita dalam alam maya. Bagi yang mempunya blog bertrafik tinggi, memang peratus pengunjung yang mengklik iklan juga akan tinggi. Namun, kebanyakkan blog yang bertrafik tinggi ini biasanya memilik platform pengiklanan yang lebih masyuk seperti Innity dan Komli.
Untuk Churp-churp pulak, ianya memberi kelebihan kepada individu-individu yang memang dah terkenal di luar alam maya seperti artis dan pelakon tanah air. Tambahan pula mereka memiliki jumlah pengikut (fans) di laman sosial yang begitu ramai. Pengikut ini pastinya akan sentiasa peka dengan status terkini idola mereka. Bila idola mereka tweet sesuatu, memang akan mendapat perhatian. So, kalau kurang femes, jangan mimpi nak dapat pengikut beribu riban kat Twitter. Lainlah kalau pengikut itu dibeli dari servis menambah follower. Tapi percayalah, servis itu tidak akan memberi folower yang berkualiti untuk anda. Look for quality, not quantity. Beli servis retweet lagi bagus. :P
Saya sudah pernah cashout Nuffnang dan Churp-churp ini walaupun tak banyak. Dulu masa ada sponsored tweet, memang income Churp-churp masyuk. Tapi sekarang entah lah kenapa dah tak der. Mungkin sebab pengiklanan kat Twitter itu kurang memberi kesan kepada para pengiklan kot.. :(
Tapi kalau korang nak pasif income lebih masyuk, letak lah
Nuffnang dan
Churp-churp sekali dalam blog. Churp-churp tidak akan ganggu status Gliteratti korang. Sebab mereka bersaudara. Lain lah kalau letak iklan Advertlets dan 8Share. Status Nuffnang pasti akan tukar kaler dari kuning ke biru. Namun jumlah pendapatan tu sebenarnya bergantung juga kepada usaha. Kalau rajin kongsi, banyak lah dapat klik. Tapi kalau sekadar auto update iklan churp-churp macam yang saya selalu buat, memang lah income tak seberapa. Folower pun berapa ketul jer. Huhu
Satu je nasihat saya, jangan sesekali minta kengkawan hingusan kita untuk mengklik iklan dalam blog. Tak kira lah itu iklan Nuffnang atau Churp-churp. Nanti kena ban. Nak apply balik, terpaksa start dari RM0.00 kan..Nah baru padan muka. Itu pun kalau kena approve. No IC kita dah ada kat rekod mereka tau. Macam mana mereka tahu? senang saja, mereka boleh detect dari IP dan cookies. Cookies bukan yang biskut okay..
Last but not least..happy blogging and happy churping. Enjoy the writing and avoid the cheating. Learn and earn... cheewah. Jom sama sama sertai Nuffnang dan
Churp-churp bagi yang belum menyertai.