1001 Peluang, temuduga untuk jawatan pramugari Malaysia Airlines | Boros Di Aralom

Selasa, 31 Disember 2013

1001 Peluang, temuduga untuk jawatan pramugari Malaysia Airlines

Kepada anda yang berminat untuk menceburi bidang penerbangan sebagai pramugari, ambil lah peluang keemasan ini. Malaysia Airlines sedang mengadakan temuduga terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk membina kerjaya bersama mereka.  Jawatan kosong Malaysia Airlaines (MAS)

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon:
- Berumur antara 18 - 35 tahun
- Kelulusan minimum SPM atau setara dengannya 
- Tinggi minimum: 157 cm dengan berat badan bersesuaian
- Berpersonaliti menarik

Dokumen yang perlu dibawa bersama:
- MyKad
- Sijil SPM dan yang berkaitan
- Resume terkini
- Gambar bersaiz pasport
- Dan Borang lengkap permohonan Jawatan Malaysia Airlines
Anda boleh download borang permohonan secara online di laman web Malaysia Airlines sekarang.

Berikut adalah venue-venue dan tarikh temuduga dijalankan:

11 Jan 2014
Le Meridien
Jalan Tun Fuad Stephens Sinsuran, Kota Kinabalu, Sabah

18 Jan 2014
Hilton Kuching
Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching, Sarawak

REGISTRATION: 8.30AM TO 12.00 NOON
Pemohon haruslah berpakaian formal dan kemas atau berkebaya)

Sekian untuk perkongsian informasi. Kalau anda tidak berminat tapi mempunyai rakan yang mungkin berminat, silakan share peluang ini.

Happy New Year!

Anda memiliki Samsung Galaxy? Menangi hadiah RM10,000 ini