1001 Syirik! Komposer dan Penyanyi dibomoh lelaki pondan | Boros Di Aralom

Selasa, 17 Disember 2013

1001 Syirik! Komposer dan Penyanyi dibomoh lelaki pondan

Syirik!! lelaki lembut ni sanggup pakai bomoh untuk tipu orang..bukan calang-calang yang ditipunya...golongan artis gitu!!

Laporan Harian Metro hari ini menyebut, komposer yang juga merupakan pengasas kumpulan K-Pop Malaysia, Ma 24:7, Aesar Mustafa, serta rakannya, Aaron Zairul Yaacob yang juga model dan pelakon menjadi mangsa seorang lelaki lembut yang sudah mengaut lebih RM20,000.

Aaron atau nama sebenarnya Zairull Yaacob, 31, berkata dia mengenali suspek sebagai peminatnya di laman sosial Facebook (FB) miliknya kira-kira enam bulan lalu.

Aaron juga berkata sejak mengenali suspek, dia berasa ada yang tidak kena pada dirinya kerana sering tidak sedarkan diri dan mudah panas baran.

Malah, Aaron mendakwa turut menemui beberapa gambar lelaki lain yang dicucuk jarum peniti dipercayai mangsa suspek yang dikatakan turut memiliki nafsu songsang iaitu meminati kaum sejenis.

Menurutnya apabila dia menyuarakan rasa tidak puas hati kepada suspek ketika Aidiladha lalu, lelaki itu mengugut untuk menyimbah asid ke mukanya menyebabkan dia terpaksa menyembunyikan diri di sebuah hotel.

"Secara keseluruhan saya kerugiaan hampir RM20,00 manakala kakak saya yang turut melabur kononnya untuk kereta sewa di syarikat milik suspek kerugian RM18,000", katanya.

Aaron berkata selepas menghilangkan diri sejak pertemuan terakhir pada 21 Oktober lalu, dia dan Aesar memeriksa pejabat mereka dan terkejut apabila menemui pelbagai barangan pelik seperti gegelang, mantera wafak dengan tulisan ayat Al-Quran, syiling lama, badik, damar, chopstik, minyak, beras, patung orang dan tiga bilah keris.

Selain Aaron dan Aesar, sepasang suami isteri berusia lingkungan 60-an yang juga ahli perniagaan produk makanan Timur Tengah di Port Dickson, Negeri Sembilan turut menjadi magsa penipuan lelaki tersebut. Laporan menyebut pasangan itu kerugiaan RM140,000.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan pihaknya menerima banyak laporan melibatkan jenayah yang dipercayai dilakukan suspek. - MalaysianDigest


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!