Imej di bawah ini menunjukkan seekor ular sawa yang sedang kekenyangan selepas menelan habis seluruh badan seorang lelaki yang dikatakan mabuk.
Gambar ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Vikraman Nair dan kemudiaannya menjadi viral dengan mendapat lebih 15,000 retweet dan lebih 4000 favorite. Vikraman mengongsikan gambar ini dengan menulis, "Seekor ular sawa memakan seorang lelaki yang mabuk dan terbaring di luar sebuah kedai arak. Berita dari Attapady, Kerala"
Walaubagaimanapun, gambar yang telah mengejutkan banyak orang ini dikatakan gambar palsu dan telah berlegar di internet sejak lebih setahun lalu. Namun kebenaran sebenar belum dapat dipastikan. Tapi bila tengok badan ular itu, memang ada bentuk manusia sedang terbonjol.
Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!