1001 Biadap! Wanita dihalau dan dibelasah oleh penyewa Nigeria | Boros Di Aralom

Khamis, 12 Disember 2013

1001 Biadap! Wanita dihalau dan dibelasah oleh penyewa Nigeria

Ini lah yang dinamakan tak sedar diri bila merantau kat negara orang. Kalau datang dengan membawa dokumen sah, ok lah sikit, senang nak selesai sebarang kes. Tapi kalau datang tanpa dokumen sah then buat hal lagi, memang tersangatlah menyusahkan. Kalau masuk jel, nanti bikin habis beras saja..
Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Malang buat seorang konsultan syarikat yang menyewa di rumah bersama awang hitam apabila dia bukan saja diusir keluar dari rumahnya di Jalan San Peng, di sini malah dibelasah rakan serumahnya itu yang ingin membawa rakan senegaranya tinggal di rumah yang sama.

Difahamkan, mangsa berusia 34 tahun dan mahu dikenali sebagai Suraya itu menyewa tiga tahun di rumah flat berkenaan sebelum tuan rumah menyewakan sebuah lagi bilik dalam unit rumah itu kepada lelaki warga Nigeria sejak lima bulan lalu. 

Menurutnya, pada mulanya lelaki itu tidak pernah mengganggunya, namun dia sering membawa pulang lelaki senegaranya ke rumah malah dia pernah nampak mereka membawa bungkusan hitam disyaki bahan terlarang. 

“Selepas saya menegur lelaki itu kerana membawa rakan pulang ke rumah, lelaki terbabit menjadi marah dan mula memaki hamunnya. Bagaimanapun, lelaki itu menjadi agresif dan menumbuk dada saya dengan tiba-tiba, kelmarin,” katanya. - myMetro


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!