9 Artis lelaki Korea paling hensem | Boros Di Aralom

Khamis, 5 Disember 2013

9 Artis lelaki Korea paling hensem

Lelaki Korea adalah antara lelaki paling hensem di dunia dan rasanya ramai wanita terutama remaja yang menyokong akan hal ini. Demam Korea bukan sahaja dari segi drama malah juga dari segi musik K-pop. Banyak kumpulan boyband Korea yang memang sangat popular seperti Super Junior, Big Bang, 2PM, dan banyak lagi termasuklah boyband terbaru, Boys Republic yang bakal menggegar di Malaysia tidak lama lagi. 

Dalam entri ini, saya nak berkongsi 10 artis lelaki lelaki Korea yang paling hensem. Mungkin anda mempunyai pendapat anda sendiri dan senarai ini hanyalah berdasarkan pemerhatian dari penulis saja. Informasi ini saya petik dari Best Top 10 Tip.

9. Yong Jung Hwa
Mencipta nama ketika membintangi drama hit Korea bertajuk "You're Beautiful" pada tahun 2009. Dia juga adalah leader kepada kumpulan indie Korea popular iaitu CN Blue.


8. Taecyeon
Siapa peminat 2PM memang akan kenal dengan ahli rapper berbakat ini. Dia pernah menetap di Massachusetts, Amerika, dan pernah menjadi model selain berlakon dan bernyanyi.


7. Song Seung Hun
Dia pernah membintangi drama Endless Love and My Princess, When a Man Falls in Love, dan filem The Messenger. Salah satu aktor paling berjaya di Korea.


6. Kim Hyun Joong
Dia adalah rapper utama dan ketua kumpulan boyband SS501. Selain menyanyi dia juga berlakon dalam beberapa drama popular seperti Boys Over Flowers dan Playful Kiss.




5. Choi Siwon
Hello Super Junior fans! Anda pasti kenal dengan Siwon. Kepopularannya memang tidak disangkal lagi apabila menjadi artis Korea pertama yang mendapat jumlah follower lebih dari 3 juta di Twitter.


4. Jang Geun Seuk
Merupakan penyanyi, pelakon, dan model. Popularitinya mencanak naik ketika membintangi drama You're Beautiful. Selain itu dia turut berlakon dalam drama kemedi 'Mary Stayed Out All Night pada tahun 2010.

3. Bi Rain  (Jun Ji-Hoon)
Rain juga adalah antara ikon Korea yang paling berjaya. Selain berlakon, dia juga adalah pengarah, penyanyi, penari, penulis lagu, model, dan designer.



2. LEE Min Hoo
Dia mula menjadi kegilaan para gadis ekoran dari lakonannya dalam drama hit Korea bertajuk Boys Over Flowers.


1. Hyun Bin
Seorang lelaki yang berkarismatik dan mampu mencairkan para gadis luar sana. Dia sangat popular dalam filem tv bertajuk My Name is Kim Sam-soon yang ditayangkan sekitar tahun 2005 dan juga dalam drama Secret Garden yang ditayangkan pada tahun 2010.

Jadi mana satu kah pilihan kalbu? selain mereka di atas, masih banyak artis Korea lain yang memang ada rupa malah lebih hensem. Contohnya, Kim Kibum.....dan Park ji Sung..eh!!

Kalau anda nak tengok artis korea Boys Republic ni menyanyi dan menari depan mata korang sendiri, datanglah ke konsert mereka dekat KL Tower nanti. Lihat info Konsert Boys Republic di Malaysia sekarang.


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!