Sekadar gambar hiasan |
Seorang banduan memotong penisnya sendiri dengan menggunakan pencukur selepas namanya ditolak dari senarai banduan yang mendapat pengampunan sempena Hari Krismas.
Banduan bernama Francis Karuri yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di Kenya mengambil langkah drastik tersebut selepas gagal memasuki senarai banduan yang akan dibebaskan oleh Presiden Uhuru Kenyatta.
Menurut sumber Sunday World, ekoran dari tindakannya tersebut, Karuri menyatakan kepada pengawal penjara bahawa penisnya tidak lagi berguna kerana dia sudah tidak mempunyai peluang lagi untuk memulakan sebuah keluarga.
Sebelum ini, Karuri telah dijatuhi hukuman mati tetapi hukuman tersebut diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan merompak secara ganas.