1001 Bantahan! Tun Mahathir juga mengkritik kenaikan tarif elektrik | Boros Di Aralom

Jumaat, 27 Disember 2013

1001 Bantahan! Tun Mahathir juga mengkritik kenaikan tarif elektrik

Bantahan demi bantahan disuarakan bukan sahaja oleh majoriti rakyat malah juga dari bekas orang kuat kerajaan sendiri. Kalau semua benda naik harga tahun depan, alamatnya merana lah rakyat..especially orang macam saya yang berpendapatan rendah..kerja tak tetap pulak tu.. :(


SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan ekoran kenaikan tarif elektrik pada kadar 15 peratus yang menurutnya, agak tinggi.

Beliau berkata, tarif elektrik tidak seharusnya dinaikkan secara mendadak kerana akan membebankan pengguna.

“Ini akan memberikan bebanan kepada pengguna elektrik domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri,” katanya dalam satu entri blognya, semalam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tarif elektrik jika perlu dinaikkan, boleh dilakukan secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.

“Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar,” katanya. - Sinar Harian