Tak sampai 24jam selepas membuat kenyataan media mengenai kes skandal yang melanda dirinya, kini Adi Putra berkemungkinan besar akan disiasat semula. Dalam kenyataannya sebelum ini, Adi Putra menyatakan bahawa kes tersebut sudah digugurkan penyiasatannya. Namun, nampaknya keputusan itu tidak menyenangkan si suami kepada wanita yang dikaitkan dengan skandal Adi Putra tersebut.
Aminudin menunjukkan gambar bukti |
KUALA LUMPUR - Kecewa dengan keputusan siasatan kes skandal yang melibatkan isterinya dengan pelakon kacak, Adi Putra, ahli perniagaan Aminuddin Othman, bakal membuka kembali kes pendakwaan terhadap bintang KL Gangster itu.
Menerusi sidang media yang diadakan semalam di Hotel Concorde Kuala Lumpur, ahli perniagaan yang berusia 50 tahun itu memberitahu, dia membuat laporan polis terhadap pegawai penyiasat kes tersebut. Dakwa Aminuddin, dia dan isteri tidak berpuas hati dengan keputusan itu yang disyaki berat sebelah.
"Pagi Jumaat (semalam), saya dan isteri membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke atas pegawai penyiasat itu kerana kurang berpuas hati dengan hasil siasatan yang telah dibuat.
"Ada beberapa bukti yang menunjukkan pegawai siasatan ini tidak telus dan lebih berpihak kepada pelakon itu.
"Saya berharap pegawai ini disiasat oleh bahagian tata tertib dan membolehkan polis melantik pegawai penyiasat baru," katanya yang mendakwa berasa kecewa apabila kes itu diklasifikasikan di bawah No Further Action (NFA) atau tiada tindakan lanjut. - Sinar Harian
Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!