Kerana mahu mencari pekerjaan sebenar yang menjadi impiannya, lelaki ini telah melalui 52 jenis pekerjaan yang berbeza selama setahun atau satu kerja untuk satu minggu.
Setiap minggu, Matt Frost menukar pekerjaannya untuk mencari 'dream job' selepas meninggalkan pekerjaan lamanya iaitu sebagai pengurus kedai. Lelaki berusia 30 tahun ini mengerakan semua pekerjaan tersebut dan upah dari pekerjaan itu didermakan kepada badan kebajikan setiap hujung minggu.
Walaupun mengalami masalah kewangan, dia dapat mengatasinya dengan berjimat serta menjual barangan peribadi yang bernilai.
Antara pekerjaan yang dilakukannya ialah sebagai jurufoto di konsert Jesse J dan menjadi pembantu peribadi Philip Schofield. Walaupun mempunyai pengalaman dalam bidang hiburan, akhirnya Frost memilih untuk bekerja dalam industri mainan (game industry).
Katanya, "Kerja yang paling saya suka ialah bidang permainan video. Memang satu pengalaman yang sangat hebat". (Sumber: MetroUK)