6 makanan yang boleh membantu mengurangkan berat badan | Boros Di Aralom

Jumaat, 6 Disember 2013

6 makanan yang boleh membantu mengurangkan berat badan

Nak kurangkan berat badan? maka kurangkan lah pengambilan kalori dan lebihkan pembakaran kalori dalam badan. Atau dalam erti kata lain, lebihkan bersenam dan kurangkan makan. Namun sebenarnya, ada trick lain yang boleh membantu anda mengurangakan berat badan iaitu dari segi apa jenis makanan yang anda makan.

Beberapa jenis makanan ini boleh membantuanda mengurangkan berat badan. Jangan saja diambil secara berlebihan. Makanan-makanan ini akan membantu anda merasa kekenyangan dengan cepat dan dengan itu akan mengelakkan anda daripada mengambil makanan berlebihan.

1. Kekacang
Kekacang adalah sumber makanan yang mudah didapati, murah, dan cepat mengenyangkan serta merupakan sumber protein yang baik. Kekacang juga mengandungi serat yang tinggi dan lambat untuk dihadam. Jadi ianya akan membantu anda merasa kenyang lebih lama.

2. Sup
Mulakan hidangan anda dengan secawan sup. Tak kira lah sama ada ianya sup biasa atau sup puree asalkan saja ia dalam bentuk cecair. Secawan sup mengandungi sekitar 100-150 kalori. Ia juga akan membantu anda merasa cepat kenyang. Selain sup, anda juga boleh mula dengan meminum secawan air. Oh..air mengandungi zero kalori.

3. Coklat gelap
Jika anda mahu menikmati coklat dalam hidangan anda, pilihlah coklat yang gelap 'dark chocolate' berbanding coklat yang bersusu. Menurut satu kajian di Denmark, mereka yang menikmati coklat gelap kebarangaliannya 15% kurang makan pizza beberapa jam kemudian berbanding mereka yang memakan coklat susu.

4. Telur dan sayuran
Sarapan pagi yang kaya dengan protein akan membantu anda mengelakkan diri dari memakan makanan segera sepanjang hari. Satu kajian telah dilakukan terhadap sekumpulan wanita obes. Mereka yang memulakan hari mereka dengan 35gram protein, akan merasa kenyang dengan cepat. Mereka diberi makan sarapan pagi yang mengandungi 350 kalori termasuklah telur dan sosej daging. Kesan sarapan pagi yang berproten tinggi ini kekal sehingga petang hari.

5. Apple
Makan lah apple segar dan bukan jus yang telah diekstrak dari buah apple. Buah-buahan segar ini mempunyai kandungan fiber yang tinggi. Tambahan pula, mengunyah sesuatu akan membawa signal kepada otak bahawa kita telah memakan makanan yang berat.

6. Yogurt
Salah satu kebaikan yogurt untuk badan ialah ia membantu merampingkan pinggang. Satu kajian di Harvard telah membuat penilaian terhadap lebih 120,000 orang selama sedekad dan mendapati daripada banyak-banyak makanan, yogurt adalah yang paling membantu dalam mengurangkan berat badan.

Jadi nanti bila anda pergi shopping, ingatlah untuk memenuhi bakul anda dengan makanan yang berprotein tinggi, sayuran segar, buah-buahan, dan bijirin. Ini bukan nasihat saya, tapi nasihat dari pakar sains makanan, Dr. Joy Dubost. Katanya, "The overall nutritional composition of your total diet remains the most important thing when it comes to lasting weight loss."

Kalau anda ni seorang yang suka makan KFC tapi sedang berdiet, jangan risau. Pergi saja makan KFC dengan memesan set KFC Value Treats yang harganya hanya RM4. Seketul ayam dan sekotak air jer. Jimat dan kurang kalori. Tapi jangan pula order sampai 2 3 set. Lihat promo KFC Value Treats di laman web KFC sekarang.

>> Oh..tak sangka Hulk sekecil ni..berdiet ker??


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!