Lazada Malaysia memang awesome! Jom shopping sambil jana pendapatan sampingan dengan Affiliate Lazada | Boros Di Aralom

Jumaat, 14 Februari 2014

Lazada Malaysia memang awesome! Jom shopping sambil jana pendapatan sampingan dengan Affiliate Lazada

Pernah dengar tentang Lazada? Jika anda ini adalah seorang yang suka bershopping online maka laman web Lazada memang tidak asing lagi bagi anda. 

Lazada Malaysia memang awesome..selain kita dapat beli barang pada harga yang murah dan berkualiti tinggi, kita juga berpeluang menjana duit sampingan dengan menyertai program Affiliate Lazada. 

Ramai yang tahu bahawa sebagai Affiliate, kita akan dibayar dari komisyen setiap jualan yang kita buat. Jangan salah sangka, kita bukan jual barang kita tapi kita mempromosi barang yang ada kat Lazada. Terdapat lebih 30,000 jenis barangan yang ada seperti smartphone, tablet, kamera, jam tangan, aksesori, alatan dapur, produk kesihatan, dan banyak lagi.

Sebagai Affiliate Lazada, kita juga mempunyai banyak kelebihan lain. Bagi yang rajin refer program ini, mereka akan memperoleh percentage dari jualan para affiliate yang direfer oleh mereka. Oh ya, untuk menjadi Affiliate Lazada adalah percuma. Anda boleh register sebagai Affiliate Lazada sekarang kalau berminat.

Dan yang paling awesome lagi ialah Lazada seringkali membuat competition untuk para affiliate. Salah satunya ialah Online Revolution Affiliate Rally yang baru sahaja dilaksanakan pada bulan Disember 2013 lalu. Syukur lah sebab dalam rally tersebut, saya berjaya juga dapat hadiah saguhati yang berupa voucher tunai Lazada bernilai RM150..not bad!! Bagi saya lah kan, jana komisyen dengan Lazada memang sangat mudah sebab mereka menjual barangan fizikal yang mendapat permintaan tinggi di kalangan pengguna. 
Notofikasi voucher tunai dari Lazada

Oh ya, di sini saya nak kongsi tips untuk dapat komisyen mudah sebagai Affiliate Lazada. Kalau korang nak promo sesuatu barang itu melalui blog, pilihlah jenis barangan yang berkaitan dengan niche blog. Contohnya, kalau blog anda jenis blog masakan, promot lah peralatan dapur. Saya ni jarang promote barang Lazada kat blog. Saya lebih banyak guna Facebook. Caranya, saya buat fanpage khas untuk satu barang saja. Kebanyakkan jualan saya datang dari fanpage kat Facebook....senang jer, korang pun boleh buat. Yang penting, kena adaptasikan cara terbaik untuk tingkatkan 'LIKE' fanpage. Setiap 'LIKE' itu adalah prospek anda. Semakin banyak LIKE, semakin tinggi peluang untuk anda membuat jualan. 

Nak tingkatkan 'Like' fanpage Facebook cara mudah? Saya sarankan agar anda miliki ebook Pakar Facebook Likes. Kalau nak diolah satu persatu kat sini, memang payah sikit. Memang tak rugi pun kalau korang ada ebook ini. Ianya sangat membantu. 

Akhir kata dari saya, selamat bershopping dan selamat menjana duit sampingan di Lazada Malaysia. Daftarlah sebagai Affiliate Lazada sekarang.


Tiada ulasan: