1001 Mustahil? Gila nak tukar RM27 kepada RM1.5juta | Boros Di Aralom

Sabtu, 30 November 2013

1001 Mustahil? Gila nak tukar RM27 kepada RM1.5juta


Too good to be true..but it's not impossible. Bolehkah RM27 bertukar menjadi RM1.5 juta? Jawapannya bergantung kepada anda. Jika anda rasa boleh, maka memang boleh. Kalau anda rasa tidak boleh, maka tak boleh lah.  Tony Fernandes pun boleh tukar RM1 kepada RM40juta bang oii...

Ini satu perkongsian yang saya jarang tulis kat blog. Sebab kenapa? sebab saya ni jenis yang kurang yakin dengan benda-benda buat duit online dengan segala macam produk ni. Dan bisnes yang main cari-cari orang pun saya malas nak join juga. Tapi saya tak lah negatif mengenai bisnes macam tu.  Saya tau memang boleh buat duit kalau air liur kita ni jenis berlian..hoho..

Tapi ada satu program bisnes online yang sedang hangat berlegar di internet sekarang. Program ni memang menarik, sampai saya pun tertarik. Kat Malaysia, rasanya masih sikit yang tahu. Mula-mula kawan introduce benda ni, saya tak berapa kesah tapi bila dah baca detailed informations maka baru lah jelas bagaimana sistem dalam program ni berjalan.

Apakah program yang saya maksudkan ni? 
Nama program ini adalah Direct Pay Biz yang menggunakan matawang US Dollar dalam urusniaga. Konsepnya agak konpius sikit kalau sekali imbas jer. Saya pun ambik masa juga untuk faham. DPB ini menggunakan sistem 5x4 Forced Matrix. Maksudnya kita bina downline sedalam 4 level dan setiap level mempunyai maksimum 5 ahli. Jadi kalau anda dapat cari 6 orang ahli baru, sorang lagi tu akan automatik turun bawah menjadi downline kepada downline anda pulak. Satu konsep bantu membantu yang sangat mudah diaplikasikan. Kalau ada ahli yang tak 'buat kerja' pun, gerenti dia boleh dapat ahli bawah dia kalau upline dia tu aktif. 

Pernah korang dengar Danamudah.com dulu-dulu tu? nah, konsep ni pun sama. Cuma Dana Mudah tu agak temberang sikit. Kena ada admin fees konon. Tapi Direct Pay Biz ini tak perlu pun ada admin fees. Semua bayaran akan terus masuk ke akaun anda. Anda boleh gunakan Paypal, STP, Payza, EgoPay, atau Perfect Money sebagai payment processor. Maaf ya, anda tak bisa guna akaun bank tempatan kalau nak masuk program ni. Boleh baca entri Panduan Langkah demi Langkah buat akaun Paypal.

Ok, mari masuk part bagaimana tukar RM27 kepada RM1.5 juta pulak. Oh ya, urusniaga adalah dalam US Dollar. Jadi RM27 ialah USD9 jer. Modal untuk  mula sangat rendah. Tu pasal saya join. Cara earning tu memang menarik. Tapi kalau diolah satu persatu, memang payah. Jadi anda tengok saja lah gambar rajah kat bawah ya. Terdapat DUA fasa pendapatan.


Tak faham? saya pun tak faham mula-mula dulu. Kalau nak lebih faham, pergi lah ke laman web Direct Pay Biz.

Lepas join apa yang perlu dibuat?
Ok, kalau nak join, anda boleh register PERCUMA di Direct Pay Biz. Anda ada masa 3 hari untuk pelajari selok belok sistem ini. Kalau anda rasa sistem ni kurang sesuai dengan anda, maka tak perlu lah susah-susah nak libatkan diri. Ahli yang tidak upgrade ke Level 1 dalam masa 3 hari akan dipadam dari sistem. Kemudian anda carilah sistem yang lebih mudah. Itu pun kalau anda jumpa lah.

Kalau anda mengambil keputusan untuk jadi ahli aktif, kena bayar $9 dulu dengan upline untuk diaktifkan. Lepas aktif, barulah anda akan dapat link dan bantuan promosi. Selain tu, anda juga akan dapat produk digital yang sangat bermanfaat untuk majukan apa-apa bisnes yang anda nak jalankan nanti.

Halangan Utama dan Penyelesaiannya
Salah satu halangan utama yang buatkan banyak orang gagal ialah sikap mudah putus asa. Ya, sistem Direct Pay Biz ini memang menjanjikan pulangan yang lumayan. TAPI semuanya bergantung juga kepada usaha ahli itu. Kalau nak income cepat, maka rajin rajinkan lah diri tu untuk promosi kat Facebook ker, kat Twitter ker, atau kalau malas nak promote, boleh saja iklankan terus di akhbar online yang bertrafik tinggi macam Berita Harian dan Sinar Harian.

Kalau tak buat apa-apa dan hanya tunggu downline tumpah dari upline, maka hasilnya pun lambat lah korang dapat. Apa lagi kalau upline korang tu jenis yang tangkap muat jer. Sistem ini memerlukan ahli supaya saling bantu-membantu. Kat Facebook dah ada group support international boleh join. Boleh try tengok group Direct Pay Biz Team Builders.

Direct Pay Biz adalah SCAM?
Direct Pay Biz scam..erm, Macam mana boleh jadi scam pulak? Setiap ahli akan dibayar terus dari member to member. Terus ke akaun Paypal atau Payza, atau Perfect Money atau EgoPay. Pilih saja mana Payment processor yang anda suka. Tanpa melalui admin. Tugas ahli hanya promosi dan confirmkan ahli baru. Segala panduan dan bantuan promosi sudah disediakan.


Fuh, panjangnya entri ni. Harap ianya berbaloi untuk kebaikan bersama.Kalau anda rasa nak cuba jadi ahli dalam sistem ini, boleh register percuma kat laman web Direct Pay Biz. Rasanya $9 tu tak lah mahal sangat untuk dijadikan modal awal. Dan ketahuilah bahawa sistem ni sangat membantu sekiranya anda ni jenis yang baru nak berjinak dengan bisnes online.