Persepsi anda terhadap petani akan berubah apabila melihat dua petani paling seksi ini | Boros Di Aralom

Selasa, 11 Februari 2014

Persepsi anda terhadap petani akan berubah apabila melihat dua petani paling seksi ini

Ramai beranggapan bahawa petani merupakan satu pekerjaan berat yang kurang staylo dan hanya dimonopoli oleh golongan lelaki. Namun baru-baru, dua petani muda ini telah mengejutkan banyak pihak selepas diundi sebagai petani paling seksi di Britain. Tujuannya adalah untuk membuang sikap 'stereotype' masyarakat terhadap golongan petani.

Graeme Moon, 31, dan Rachel Churches, 18, menewaskan 300 lagi pesaing lain untuk memenangi gelaran tersebut selepas mendapat undi tertinggi orang awam di Britain melalui Facebook.


Pemenang kategori wanita, Rachel Churches tinggal bersama keluarga di sebuah ladang penternakan di Glastonbury dan telah melakukan pelbagai bentuk pekerjaan ladang seperti mengimpal traktor, memerah susu, dan sebagainya. Ketika ini, dia sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat diploma dalam bidang pertanian. Dia menyertai pertandingan ini untuk membuktikan bahawa wanita juga hebat dalam bidang pertanian. Dia turut menyeru golongan wanita untuk menceburi bidang tersebut kerana ruang untuk wanita dalam bidang pertanian adalah masih luas.

Manakala Graeme Moon pula bekerja sebagai penternak khinzir. Dia dicalonkan oleh isterinya sendiri untuk menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh majalah Farmer's Weekly. Tujuan asalnya hanya untuk suka-suka sahaja tetapi mereka berharap bahawa penganjuran ini turut memberi impak positif terhadap imej pertanian di negara tersebut. Majalah ini mahu menyingkirkan mitos dan persepsi orang ramai terhadap pekerjaan petani yang kononnya ketinggalan zaman. Farmer's Weekly berharap agar lebih ramai golongan muda yang menceburi bidang pertanian dengan mengaplikasikan pertanian moden yang lebih berdaya saing.

Sumber: Telegraph

Pertanian adalah perniagaan...kalau ada tanah sendiri yang luas dan sesuai dijadikan tapak pertanian atau penternakan, buatlah projek secara besar-besaran. Kalau tak der modal, buat kertas kerja dan mintak bantuan kewangan dari pihak Jabatan Pertanian atau Agro Bank atau MARA atau mana-mana jabatan yang berkaitan. 

Lagi Info menarik:

Tiada ulasan: