Rumah tangga Nurul Izzah bergolak? Tuntut cerai fasakh | Boros Di Aralom

Khamis, 23 Januari 2014

Rumah tangga Nurul Izzah bergolak? Tuntut cerai fasakh


Begini lah lumrah kehidupan orang ternama..sekali kena angin sepoi bahasa, ribut taufan menyusul...memang sangat cepat tersebar berita mengenai mereka apatah lagi kalau berita itu sesuatu yang bersangkut paut dengan hal peribadi dan keluarga. Hari ini, memang hangat diperkatakan mengenai pergolakan dalam rumah tangga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang dikatakan telah menuntut cerai fasakh dari suaminya Raja Ahmad Sharir Iskandar Raja Salim. 

SHAH ALAM - Gempar desas-desus di laman sosial media mengenai Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar  yang didakwa menuntut cerai daripada suaminya Raja Ahmad Sharir Iskandar Raja Salim, pada hujung tahun lalu. Nurul Izzah adalah anak sulung kepada ketua pembangkang itu dikatakan telah membuat permohonan cerai secara fasakh menerusi satu tuntutan di sebuah mahkamah syariah hujung tahun lepas. Memetik laporan The Star Online, rekod Mahkamah Syariah, Jalan Duta telah menunjukkan bahawa penceraian itu wujud dan tuntutan itu telah dilakukan pada Disember. 
"Raja Ahmad Shahrir telah menerima petisyen itu pada 16 Januari lalu. "Beliau telah minta penangguhan prosiding itu untuk melakukan persediaan itu," lapor The Star Online. 
Dalam pada itu, laporan tersebut juga menyatakan pegawai mahkamah itu telah mengesahkan perkara itu. Nurul Izzah, 33, dan pasangannya telah mendirikan rumah tangga pada Mei 2003 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang berusia tujuh dan empat tahun. 
Bagaimanapun,  Sinar Harian cuba mendapatkan pengesahan  daripada kerani mahkamah tersebut namun kerani terbabit tidak berani mengesahkannya. Selain itu, Sinar Harian Online juga cuba untuk mendapat maklumat lanjut daripada beliau, namun talian tidak dapat dihubungi.
Selain itu, memetik laman Twitternya menjawab soalan daripada seorang pengikutnya, Nurul Izzah menafikan perkara tersebut. 
"Tidak," tulisnya. 
Sebelum ini, perkara yang mengaitkan Nurul Izzah dengan isu penceraian dengan pasangannya itu telah tercetus beberapa tahun lalu yang disebarkan oleh blogger. - SinarHarian

Berita ini pastinya memberi tamparan hebat terutama kepada si empunya badan dan keluarganya. Apa tidaknya, bila timbul saja cerita macam ini, ramai yang akan membuat andaian-andaian mereka sendiri. Tak kurang juga yang jadi 'hakim' tak berauliah. Bila semua orang pun bercakap pasal rumah tangga orang lain, ianya pasti akan mengganggu bukan sahaja dari segi emosi malah juga dari segi perjalanan kes..itupun kalau kes cerai ini betul dan bukan rekaan.

"Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. 
"Keluarga kami menjadi keutamaan," katanya. Terbaru, media melaporkan, desas desus mengenai tuntutan cerai fasakh pada hujung tahun lepas itu telah tersebar di media sosial. Dalam perkembangan sama, media juga melaporkan mempunyai rekod perkara itu di Mahkamah Syariah, Jalan Duta dan turut disahkan pegawai mahkamah tersebut. 
Selain itu,  Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir  juga memohon semua pihak memberi ruangan kepada  mereka untuk membetulkan kembali keadaan perkahwinan itu. 
"Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini," kata pasangan itu lagi. - SinarHarian

Laut mana yang tak berombak? sedangkan lidah sendiri lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Lebih baik mendoakan daripada mengadili sesama manusia. Semoga Nurul Izzah dan suaminya tabah serta dapat menyelesaikan sebarang kemelut dalam rumah tangga mereka dengan penuh kebijaksanaan. Jika terpaksa 'melepaskan', mungkin itulah jalan terbaik. 

>> Ini sebabnya kenapa gua suka tengok iklan Petronas dari dulu..memang kreatif..tengoklah
>> Lihat apa kata Shaheizy Sam pula pasal duit RM100,000 dari Petronas ini

Tiada ulasan: