Beli Satu Kereta Dapat Satu Rifle | Boros Di Aralom

Isnin, 22 November 2010

Beli Satu Kereta Dapat Satu Rifle

Poster free offering AK-47 rifle for buying a truck

Sebuah syarikat menjual kereta terpakai di Floroda, US, telah melancarkan satu kaedah promosi jualan yang luar biasa. Mereka akan memberikan satu senjata api AK-47 untuk satu kereta yang terjual. Dalam keadaan ekonomi Amerika yang kurang stabil, kaedah ini telah membantu syarikat tersebut mencapai jualan yang sangat menggalakkan. Jualan mereka meningkat sebanyak dua kali ganda dalam masa seminggu selepas ia dilancarkan. AK-47 rifle ini merupakan antara senjata api yang mempunyai jualan paling tinggi sepanjang masa semenjak penciptaannya. Sejak kaedah promosi ini tersebar luas, ramai yang menyangka bahawa ianya dilakukan di negara-negara yang dicop sebagai negara pengganas seperti Pakistan dan Afghanistan. Bolehkah anda bayangkan apa yang akan berlaku jika cara ini digunakan di Malaysia? "Beli satu Proton Inspira, dapat percuma satu senapang patah"..huh..memang tak boleh la.

5 ulasan:

~NiZa Maksit~ berkata...

hohoho..
risauuu....:P

Hairun Azmi berkata...

Oh my God....

Tanpa Nama berkata...

ok jgk neh hehehe.. kurang2nya mana x pueh hati tembak je. jem sikit tembak je! traffic light lambat ijo, tembak je! hahahahaha :))

Nancypoh berkata...

Nieza* memang merisaukan kalau ada pengguna jln raya yg pakai rifle nnt

Miecyber* sabar je la..

xDer* haha..nnt main tembak2 kat jalan raya ek..mcm kat game pulak

Izamir Ridzwan berkata...

ish bhya ni... tpi ngra dorang mmg boleh gna senjata api (utuk perlindungan diri)