John Hodgson yang merayakan ulang tahun ke-100 awal tahun ini akan menjadi peserta tertua di dalam British Indoor Rowing Championship. Kejohanan indoor rowing terbesar ini mempunyai sekitar 3000 jumlah peserta dalam kategori berat dan umur yang berbeza-beza. Hanya John seorang yang akan menjadi peserta tunggal dalam kategori peserta berumur 100 tahun. Namun, John bertekad untuk mencatatkan rekod masa terpantasnya iaitu 10 minit 30 saat di mana masa biasa yang dicatakan oleh kesemua kumpulan dan umur dalam kejohanan itu ialah 5 minit 40 saat. John sebenarnya telah menyertai kejohanan ini sejak dari tahun 2001. John sememangnya seorang yang aktif bersukan dan merupakan bekas askar yang pernah bertempur ketika Perang Dunia Kedua. Walaupun dikhuatiri oleh para doktor namun John tetap bersemangat untuk meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam acara tersebut. John berkata "kita perlu bertekad tinggi. Saya selalu memastikan tubuh badan yang fit semenjak berumur 13 tahun dan itu adalah keghairahan saya" ketika ditemubual.
1 ulasan:
dia seorang je peserta dlm kategori tue...so xde kalah menang la nih..hehe
Catat Ulasan