Diari Penoreh yg Jatuh Tergolek | Boros Di Aralom

Isnin, 29 November 2010

Diari Penoreh yg Jatuh Tergolek

Hari ini saya dah mula pergi hutan..opss..pergi kebun getah dekat kampung la..Bila harga getah melonjak tinggi ni, mula lah orang naik gila nak pergi menoreh sampai pokok getah pun takut nampak si penoreh-penoreh terutamanya penoreh amatur macam aku. Sekarang harga getah kat Sabah adalah sekitar RM6 - RM7 sekilo untuk getah kepingan. Kalau kat Semenanjung harganya lagi mahal sehingga RM10 - RM13. Fuh, kayo penoreh getah ni. Kenapa ya harga getah kat Sabah dan Semenanjung tak sama? tak pe la, itu hak kerajaan untuk menentukan. Okay, berbalik pada cerita hari pertama aku pergi menoreh. Hari ni pergi dengan mak jalan jam5pagi lebih. Pulang jam1 ptg. Tak bawa bekal berat cuma bawa dua bijik kuih 'tinapung'. Sedap kuih ni tau. Nanti saya buat post pasal cara tradisional untuk memasak kuih ni ya. Untuk orang-orang Sabah, kuih ni memang tidak asing lagi la.

Saya ni kira rabun sikit. Hari Sabtu yang lalu baru pergi mintak buat kaca mata sebab degree dah terlalu tinggi. Siapa suruh dibiarkan begitu lama kan, padan muka saya. Then hari ni masa sedang syok-syok merosakkan pokok getah, 'gedebub' badan saya tergolek jatuh ke bawah. Celaka punya tanah!! dah lah licin, curam lagi. Ayoo..memekik-mekik saya memaki hamun tanah itu. Tapi salah siapa? itu kan salah saya juga sebab tak tengok jalan betul-betul. Nasib baik tak der orang lain dengar. Lepas jatuh, tengok seluar dah koyak tergores oleh batu. Tangan pun dah ada tanda dicakar tumbuhan berduri. Aduhhh!! memang sakit tau.

Kalau macam ni la gerangannya nasib si penoreh getah, maka memang mencabarlah pekerjaan berat lagi membebankan ini. Walaupun harga getah mahal, namun risiko si penoreh getah untuk mencari rezeki kat kebun getah juga adalah tinggi. Bukan setakat bahaya licin, malah ada lagi bahaya lain seperti ular, penyengat (ni memang saya selalu kena), dahan pokok yang jatuh dari atas, pisau getah, cuka getah, dan mesin 'gilingan'..huhu..ada kawan saya masa budak-budak dulu, jari dia termasuk dalam gilingan..sampai retak tulang jari. 

Anyway, apapun pekerjaan yang kita lakukan, masing-masing ada risikonya yang tersendiri. Untuk mengelakkan daripada bahaya berlaku, mestilah selalu berhati-hati dan bersedia dalam apa saja keadaan. Kepada penoreh-penoreh getah di luar sana, jangan terlalu obses dengan harga getah yang tinggi sehingga sanggup buat dua trip ke kebun getah yang sama setiap hari. Jika begini la, tak sampai setahun pun, susu getah dah habis. Jadi lah penoreh bijak..hehehe.

8 ulasan:

Izamir Ridzwan berkata...

lama nancy tak update, kmna mghilang?

nur berkata...

wah.. nancy pandai menoreh.. lepas ni bleh jadi jutawan getahla ye
ALL IN ONE

whitecappuccino berkata...

penah kutip susu getah masa kecik2 dulu..

Relevan berkata...

Saya baru hendak membuka pelan getah..

StellaClaire-Richard berkata...

Jadi lah penoreh bijak aa..betul tu..penoreh moden bah hehehe

Nancypoh berkata...

Izamir* ya, perasan juga kamu yg saya dah jarang update blog..sekarang kat kampung, cuti semester. Line sini kurang baik.

nur* Aminnn...haha, ada hati nak jadi jutawan pulak.

whitecappuccino* sy pernah kutip and tumpahkan susu getah jugak..haha

relevan* semoga success dengan pelan anda..banyak dah yg buka pelan getah sekarang..hee

stella* betul, kena bijak..penoreh moden jangan tamak nanti rugi..haha..macam cerita anjing dengan bayang2 pulak.

Just berkata...

uncle sia sdh pencen.. skrg ni dia putung gatah.. kaya worr!! jgn mcm2... ;p

wantie berkata...

Pernah jugak noreh getah masa umur 15thn. sebab nak support belanja abang pergi Army. MCm u jugak lah sampai tergolek golek jatuh. Bila jumpa dengan babi hutan kami lari lintang pukang.

hahahaha.. that is the best experience i ever had.