Tepuk dada tanya selera..mungkin ini hanya satu salah faham atau memang dah perangai petugas lebuh raya tu macam tu..
Ada seorang pengguna ni mengadu sebab terkilan dengan sikap peronda dan polis peronda lebuh raya yang menurutnya tidak menghulur bantuan yang wajar ketika dia mengalami kerosakan kereta semasa melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).
Pengadu bernama Mohd Sabri Abd Malek, 55, yang juga Presiden Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia itu mendakwa bahawa para petugas itu tidak menjalankan tugas dengan baik dan tidak mementingkan keselamatan penguna lebuh raya.
Kererta tersadai di tepi jalan LPT |
Ketika dalam perjalanan berhampiran kawasan rehat dan rawat (RnR) Kuantan, kenderaan dipandunya rosak secara tiba-tiba.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang dan ketika itu cuaca panas terik, sekali gus menimbulkan keadaan yang tidak selesa.
“Malah, cucu saya yang berusia lebih setahun mengalami muntah-muntah kerana kepanasan. Katanya, ketika itu dia menahan sebuah kereta peronda lebuh raya untuk meminta bantuan menunda kereta yang rosak ke RnR yang hanya berjarak kira-kira 1 kilometer sahaja.
“Ketika saya sedang berbincang dengan peronda LPT, sebuah kereta peronda polis lebuh raya datang dan mereka berbincang sebelum meninggalkan kami di tepi lebuh raya berkenaan.
“Walaupun telah diletak kon atau tanda amaran, keadaan itu masih berbahaya kerana kebanyakan pengguna lebuh raya memandu dalam keadaan laju,” katanya kepada Sinar Harian. Katanya, memandangkan petugas yang sepatutnya enggan membantu, dia terpaksa meminta bantuan orang ramai.
“Kami bernasib baik kerana ada sebuah kereta yang berhenti dan menolong tunda kereta ke kawasan rehat.
“Sepatutnya pihak pengurusan LPT dan pihak berkuasa dapat memastikan anggota mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih baik,” katanya. - Sinar Harian
Perkara ini kemudiannya dirujuk kepada pengurusan LPT. Menurut mereka, terdapat prosedur dan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh kakitangan mereka ketika bertugas. Pihak LPT juga turut memohon maaf dan kesal dengan apa yang telah berlaku kepada pengguna tadi.
Jika ada pengguna yang mempunyai aduan dan masalah, anda boleh menghubungi LPT-Line di talian 09-5479111 atau Bahagian Komunikasi Korporat di 03-61951111.
Sumber: Sinar Harian
Lagi Info Menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan