Apakah jantina anda di Facebook? Kini ada lebih 50 jenis gender pilihan termasuklah gay dan lesbian | Boros Di Aralom

Jumaat, 14 Februari 2014

Apakah jantina anda di Facebook? Kini ada lebih 50 jenis gender pilihan termasuklah gay dan lesbian


Facebook buat satu perubahan baru lagi..kali ini mereka telah mengubahsuai gender pilihan para penggunanya. Dulu anda hanya boleh pilih gender 'lelaki' atau 'perempuan' tapi kini anda boleh pilih lebih 50 jenis gender termasuklah gay, lesbian, transgender, cisgender, dan sebagainya.
Sabagai tambahan kepada jantina asal lelaki dan perempuan, kini pengguna boleh pilih sehingga 10 jenis jantina tambahan untuk mengklasifikasikan diri mereka sendiri.

Selain itu, pengguna juga boleh memutuskan siapa yang boleh dan tidak boleh lihat jenis jantina pilihannya itu.. 
Mark Zuckberg keitka hadir di San Francisco Gay Pride Parade
Menurut Facebook, mereka melakukan perubahan ini sebagai tanda menyokong komuniti LGBT (Lesbian Gay Bisex Transgender). Kata publicist Facebook, Will Hodges lagi, “We see this as one more way we can make Facebook a place where people can express their authentic identity."

Sumber: Says

Saya baru tahu yang jantina ni ada banyak jenis rupanya selain LGBT ..hmmmm..macam mana lah reaksi anda kalau friend yang korang kenal rapat di Facebook tetiba menukar jantinanya?







Tiada ulasan: