Gambar ini kelihatan seperti pantai biasa tapi apa yang anda lihat bukanlah pasir pantai..what!! | Boros Di Aralom

Khamis, 30 Januari 2014

Gambar ini kelihatan seperti pantai biasa tapi apa yang anda lihat bukanlah pasir pantai..what!!

Gambar pantai ini nampak macam pantai-pantai biasa saja kan..tapi kalau anda melihat secara dekat, anda akan terkejut apa sebenarnya benda seumpama pasir pantai itu.

Pernah tak anda mendengar mengenai Laut Salton? Ia terletak di California, Amerika. Laut ini adalah laut paling masin di dunia sehingga banyak hidupan akuatik yang mati. Bilangan hidupan laut yang mati ini memang tidak terkira banyaknya sehingga pantai dipenuhi dengan tulang-tulang ikan. 




Tulang-tulang ikan ini akhirnya tersadai dan terkumpul di tebing pantai sehingga pasir pantai pun sudah tidak kelihatan lagi.



Jadi, kalau anda nak berjalan di tepi pantai laut Salton, sila pakai kasut agar tapak kaki anda tidak tercedera. Tulang-tulang ikan ini memang tajam.

Laut Salton ini bukan terbentuk secara semulajadi. Ianya terbentuk selepas terusan Sungai Colorado terbelah pada tahun 1905. Sebuah tasik kemudiannya terbentuk hasil dari limpahan air yang banyak. Disebabkan tasik ini kini tidak mempunyai saluran masuk atau keluar, ia terus menerus meresap garam dari pasir di sekitar sehingga terlalu masin. Tasik ini 30% lebih masin dari lautan Pasifik.

Sumber: memoliton.com

Lagi info menarik:

Tiada ulasan: