Boros Di Aralom: Julai 2014

Rabu, 30 Julai 2014

Isu PAS dan MB Selangor: Penjelasan Zuhdi berhubung Whatsapp bocor

KESYAHDUAN hari terakhir Ramadan telah dicemarkan oleh tindakan segelintir pihak dalam Pas, membocorkan maklumat perbincangan yang sangat sulit dan rahsia dalam kumpulan Whatsapp AJK Pas Pusat.

Tindakan tersebut telah membangkitkan 'fitnah yang sedang tidur' pada hari yang sepatutnya ditumpukan kepada ibadah sebagaimana nasihat Mursyidul Am Pas.
Dr. Mohd Zuhdi Marzuki
Tindakan membocorkan maklumat perbincangan itu dipercayai dilakukan oleh salah seorang ahli yang ada dalam kumpulan Whatsapp AJK Pas Pusat, sekaligus menunjukkan sikap yang sangat buruk pada individu tersebut.

Ia dilakukan untuk memalitkan nama saya dengan gerakan untuk membawa Pas keluar dari PR, setelah saya melakukan beberapa kritikan keras ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut isu MB Selangor.

Sebenarnya maklumat perbincangan yang dibocorkan itu adalah respon saya kepada permintaan ahli-ahli perbincangan supaya mengemukakan analisis senario (scenario analysis) tentang cadangan seorang pimpinan kanan Pas yang mengusulkan Pas keluar dari PR.

Usul Pas keluar dari PR itu telah disokong kuat oleh tidak kurang 10 orang anggota dalam kumpulan Whatsapp itu, yang sebahagian besar mereka amat rapat dengan Anwar Ibrahim.

Mereka menyambut usul keluar PR yang dicadangkan itu, dengan ada yang menambah, mesyuarat Pas Pusat pada 10 Ogos akan datang hendaklah mendahulukan perbincangan usul ini daripada membincangkan kemelut isu MB Selangor.

Terdapat juga yang menyarankan, Pas lebih baik bersendirian supaya ahli-ahli Pas lebih bebas mengkritik dan mencegah kemungkaran sebagaimana ketegasan Pas yang dikenali sebelum ini.

Berikutan dengan perbincangan itu, saya mencadangkan supaya dibuat analisis senario apa yang akan berlaku jika Pas keluar PR dari segi kerajaan negeri yang Pas bersama di dalamnya, situasi penerimaan ahli-ahli dan lain-lain.

Cadangan itu dialu-alukan dan mereka meminta saya mengemukakannya.

Disebabkan permintaan tersebut sayapun mula melakukan analisis ringkas tersebut dengan mengimaginasi senario yang akan berlaku jika Pas keluar PR.

Untuk melakukan analisis senario ini, selain daripada memerlukan fakta-fakta semasa, daya imaginasi penganalisis juga harus diambil kira.

Dalam maklumat perbincangan yang dibocorkan itu, saya memaparkan senario yang akan berlaku sekiranya Pas keluar PR, dari segi kedudukan kerajaan negeri Selangor, dan kebebasan Pas untuk berhadapan dengan DAP dan lain-lain pihak seumpamanya yang boleh dikecapi semula selepas keluar PR.

Saya menggunakan bahasa imaginasi untuk menggambarkan senario tersebut.

Berikutan dengan penjelasan ini, saya menegaskan saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu.
Semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam Pas yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur.

Sekian, salam Eidul Mubarak dan Maaf Zahir Batin.

Dipetik dari Facebok  Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi PPP (Sinarharian)

Nedim jawab kenapa bertopeng di jalan TAR bersama Nora Danish

Setiap kali menjelang perayaan, antara tempat yang menjadi tumpuan atau oleh dikata 'syurga' membeli belah sudah semestinya Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Malah ramai selebriti terkenal gemar ke sana untuk membeli belah.

Baru-baru ini, pasangan sensasi Nora Danish dan Nedim Nazri juga turut ke jalan TAR. Namun, apa yang lebih menjadi tumpuan kerana pasangan ini dilihat memakai topeng untuk menutup sebahagian dari wajah mereka.

Nedim menerusi Instagram miliknya telah memuat naik foto dia dan Nora Danish sedang sibuk membeli-belah.

Bagaimanapun, tindakan pasangan ini memakai topeng mengundang rasa tidak senang dikalangan pengikutnya di Instagram. Hinggakan ada yang membuat kesimpulan bahawa Nora dan Nedim sengaja berbuat begitu demi tidak diganggu.

Dek kerana kritikan yang diterima, Nedim tampil menjelaskan bahawa dia dan Nora memakai topeng bertujuan untuk menjaga kesihatan.

Katanya, ketika itu Nora tak berapa sihat dan dia perlu menitikberatkan soal kesihatan terlebih dahulu. Iya tak ya juga kan. Dengan keadaan jerebu sekarang ini, topeng muka antara perlindungan paling berkesan sekali.

sumber : OhBulan.com

Khamis, 24 Julai 2014

Lagi pesawat hilang! #AH5017 milik Air Algerie disahkan hilang dari radar..terkena ribut?

Pesawat Air Algerie AH5017 disahkan hilang dari radar 50 minit selepas berlepas dari Burkina Faso menuju ke Algier.

Sebuah lagi pesawat milik syarikat swasta Sepanyol iaitu Switfair telah mengesahkan bahawa ia telah hilang kontak dengan pesawat Air Algerie itu.

Pesawat AH5017 berlepas dari Ouagadougou di Burkina Faso pada jam 1.17pagi, waktu tempatan, dan sepatutnya mendarat di Algiers pada jam5.10 pagi, namun ia tidak tiba di destinasi.

Pesawat itu dipercayai hilang kontak semasa sedang melalui ruang angkasa negara Mali dan berhampiran dengan sempadan Algeria.


Adakah pesawat AH5017 diserang ribut kuat?
Menteri Pengangkutan Burkina Faso, Jean Bertin Ouedragor mengatakan bahawa penerbangan tersebut telah diminta untuk menukar laluan disebabkan oleh ribut, setengah jam selepas berlepas. Imej satelit dari Eumetsat jelas menunjukkan terdapat satu ribut besar berada dalam laluan pesawat tersebut semasa diminta untuk menukar laluan.

Ribut di laluan AH5017
Cuaca buruk tersebut mungkin telah memaksa pesawat itu untuk menukar laluan ke kawasan pergunungan di Mali yang tidak berpenghuni. 

Terdapat 110 penumpang dan enam anak kapal berada dalam pesawat AH5017. 

(Sumber)

Dalam tempoh seminggu, dunia dikejutkan dengan tiga insiden yang membabitkan dunia penerbangan. Pada 17 Julai lalu, pesawat MH17 milik Malaysia Airlines terhempas di Ukraine mengorbankan semua 298 penumpang. Pada 22 Julai, pesawat GE222 milik TransAir dari Taiwan pula terhempas. Kemudian hari ini 24 Julai, pesawat Air Algerie AH5017 pula hilang dari radar. Tidak lupa, empat bulan lalu, pesawat Malaysia Airlines MH370 juga hilang dari radar dan sehingga kini belum ditemui.

Hanya Tuhan yang maha mengetahui kenapa semua ini berlaku..let's keep praying #PrayForAH5017 #PrayForMH17 #PrayForMH370 #PrayForGE222


Rabu, 23 Julai 2014

Insiden Peugeot #CDM25 : Kiki Didenda RM5,000 Serta 240 Jam Khidmat Masyarakat

Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki Kamaruddin, yang didakwa kerana bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas, minggu lalu (14 Julai) didenda RM5,000, selain melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen, di Kuantan semalam (22 Julai).
Kiki ditahan di IPD Kuantan pada 17 Julai 2014
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu selepas Kiki mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 61, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), di Kuantan. Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan khianat yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, dengan denda atau kedua-duanya.

Sumber: Says


Jumaat, 18 Julai 2014

Tragedi MH17 Ditembak: Rakaman Video di kawasan pesawat terhempas

Kumpulan pemberontak Ukraine pro-Rusia, Donetsk People's Army mengaku kumpulannya menembak sebuah pesawat pengangkut tentera di tempat terhempasnya pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang menjurus kepada andaian bahawa mereka tersalah tembak. Pemimpin kumpulan pemberontak itu, Igor Girkin yang juga dikenali sebagai Strelkov berkata, pesawat itu berjaya dijatuhkan.

"Pesawat itu baru saja dijatuhkan sekitar Torez (Donetsk Oblast). Ia di sana sekarang di belakang Progress Mine.

"Kami memberi amaran kepada kamu – jangan terbang di 'ruang udara kami'," katanya melalui akaun VK, Facebook versi Rusia.

Progress Mine adalah pekan perlombongan yang didiami 80,000 penduduk, lapor media.

"Dan ini adalah bukti, 'seekor lagi burung' jatuh. Burung ini jatuh di belakang slagheap, bukannya kawasan perumahan. Jadi orang ramai tidak tercedera. Ada juga maklumat satu lagi pesawat ditembak," tambahnya. Stelkov dan kumpulannya, Donetsk People's Army, dipercayai tersalah tembak pesawat itu yang disangka mereka milik tentera Ukraine.

Donetsk People's Republic dengan bangganya memaklumkan pada 29 Jun lalu mereka mengambilalih satu kem tentera Ukraine dan mempunyai Buk, iaitu peluru berpandu darat ke udara, tetapi tidak memberitahu jumlahnya, lapor Kyiv Post.

Peluru berpandu Buk boleh pergi sejauh 25 kilometer, tiga kali ganda ketinggian MH17 yang sedang terbang.
Namun sumber lain berkata, pemberontak itu menafikan mereka bertanggungjawab.

"Ia boleh berlaku hanya melalui pesawat tempur atau peluru berpandu darat ke udara (yang menembaknya)," kata seorang pemberontak yang memberi nama Sergei kepada Reuters. Beliau menambah, mereka tidak mempunyai senjata yang mampu menembak pesawat yang terbang setinggi itu.

Namun Anton Gerashenko, penasihat Kementerian Dalam Negeri berkata berjaya merakamkan gambar peluru berpandu Buk seminit selepas ia dilancarkan. - Yahoo News

Rakaman Video di kawasan pesawat MH17 terhempas. Rakaman berdurasi empat minit ini dimuatnaik oleh laman berita milik Rusia lifenews.ru

AMARAN: Video ini memaparkan grafik yang mungkin mengganggu sensitiviti dan emosi sesetengah pihak. Tonton mengikut budi bicara masing-masing.



Khamis, 17 Julai 2014

Isu Lahad Datu: Perintah berkurung di 4 daerah

Kuala Lumpur: Polis bakal mengumumkan perintah berkurung di empat daerah sepanjang 1,400 kilometer (km) di Pantai Timur Sabah dalam tempoh 48 jam kelak bagi mengekang kemasukan penceroboh asing.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, langkah segera akan diambil dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di Pantai Timur Sabah khususnya di kawasan panas seperti di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan, Sabah.

Beliau berkata, pihaknya akan menambah 330 anggota polis dan 350 anggota tentera khususnya di pusat peranginan dan kawasan ternakan sangkar ikan bagi meningkatkan keselamatan dan keamanan di kawasan berkenaan.

Katanya, aset air bagi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), serta aset udara bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan ditambah dan di kawasan strategik.

“Laluan laut juga akan ditetapkan membabitkan perairan antarabangsa ke perairan Sabah bagi memastikan semua pergerakan kapal mengikut laluan ditetapkan. - hmetro

Rabu, 16 Julai 2014

Ini sebabnya kenapa #CDM25 dan Peugeot trending di media sosial

Tadi buka Twitter dan nampak #CDM25 dan Peugeot sedang trending. Apa pasal pulak dua benda serangkai ini menjadi bualan orang ramai especially di media sosial? Kat WhatsApp pun banyak teman yang update..dan gua tertanya kenapa? Akhirnya dapat jawapan selepas terbaca artikel Viral video perempuan mengamuk di FB dan Twitter ini
Wanita pemilik Peugeot CDM25 mengamuk
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menasihatkan pengguna laman sosial supaya jangan menjadi pembuli siber di Facebook dan Twitter. Menurut Khairy di status twitternya, kita boleh mengkritik wanita tersebut namun jangan sampai memalukannya kerana ia menjadikan kita sama seperti wanita tersebut.

Kenyataan Khairy ini berikutan video yang menjadi viral di laman sosial terutamanya di laman Facebook dan Twitter mengenai seorang wanita yang memandu kereta Peugeot dengan nombor pendaftaran CDM25 bersikap biadap apabila dia memarahi seorang lelaki yang lebih tua darinya selepas kereta mereka terlibat dalam kemalangan.

Kejadian ini dirakam oleh salah seorang pengguna Facebook bernama Jessica Qi yang telah memuat naik video tersebut di Facebook. Kejadian ini berlaku pada Selasa lalu dan dirakam di tempat letak kereta di sebuah pasaraya di Kuantan. Jessica juga memuat naik status yang berbunyi ‘Yesterday at the Kuantan miss captured a very red. You help her’.

Tindakan wanita yang seperti berada dalam keadaan histeria memaki hamun seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Cina telah mengundang reaksi negatif daripada pengguna di laman sosial. Antara perkataan yang dilontarkan kepada lelaki yang melanggarnya itu adalah seperti “Ini kereta barulah bodoh”, sambil menghentak kereta lelaki yang melanggarnya itu dengan pengunci stereng.

Kebiadaban wanita tersebut juga tidak berhenti setakat itu apabila dia terus melontar kata-kata kurang enak seperti “you are very stupid” dan meminta lelaki itu membayar ganti rugi sebanyak RM2,000. Perlakuan wanita itu kelihatan seperti samseng dan amat memalukan kerana tidak langsung menunjukkan sikap yang baik kepada orang yang lebih tua apatah lagi bila kemalangan tersebut hanya kemalangan kecil.

Tindakannya juga di anggap tidak wajar oleh pengguna di laman sosial kerana di dalam video tersebut menunjukkan lelaki itu telah memohon maaf dan menyatakan hasratnya akan membayar ganti rugi.

Di dalam video itu juga lelaki yang memandu kereta Proton Wira model lama itu mengatakan ‘Saya akan bayar’, kepada wanita tersebut. - freemalaysiatoday




P/s: Terkini, pak cik itu sudah pun memaafkan wanita tersebut dan tidak membuat laporan polis terhadapnya...bravo pakcik...bravo..
'Uncle dah maafkan' kata Siak Heong (via HMetro)


Pekerja restoran rela makan lipas demi menutup kesilapan

Sichuan (China): Seorang pelanggan yang tidak puas hati terkejut apabila seorang pekerja restoran sanggup memakan lipas untuk membuktikan serangga itu tidak memudaratkan.
Pelayan memakan lipas tersebut
Kejadian berlaku apabila seorang lelaki, Zhang makan di sebuah restoran di sini menemui lipas dalam hidangannya. Ekoran penemuan yang menjijikkan itu, pelanggan itu membuat aduan dan mengharapkan ganti rugi. 

Seorang pekerja wanita sebaliknya memberitahunya: “Di restoran mana juga kamu makan, pasti kamu menemui lipas dan ia perkara biasa.”

Zhang yang berang dengan penjelasan wanita berkenaan menyuruhnya memakan lipas itu. Pelayan menyahut cabaran Zhang dengan memakan serangga berkenaan.  Zhang yang terkejut dengan tindakan wanita itu segera membayar makanan itu. 

Sejurus selepas itu, pemilik restoran memohon maaf kepada Zhang dan menegaskan tindakan akan dikenakan terhadap pekerja itu dengan memotong gajinya. 

Pemilik kedai menjelaskan mungkin lipas itu termasuk ke dalam makanan kerana ditiup udara panas ketika memasak. 

Ini bukan kali pertama pekerja restoran berjaya mengaburi kesilapan yang berlaku dengan melakukan aksi luar biasa. Mei lalu seorang pengurus restoran memakan kondom yang ditemui di dalam ikan yang dihidang kepada seorang pelanggan. - Agensi

Sumber asal: Harian Metro

Selasa, 15 Julai 2014

Datuk Kepada 48 Cucu Ditangkap Berkhalwat Dengan Wanita 31 Tahun

Seorang bekas guru yang mempunyai 25 bekas isteri, 18 anak, 48 cucu dan empat cicit dihukum denda RM2,400 selepas didapati bersalah atas tuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam. Berdasarkan pertuduhan, Alias didapati berkhalwat dengan seorang tukang cuci berstatus isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, kira-kira jam 5 pagi pada 10 Mei lalu.
(Sekadar gambar hiasan - via Calin B Photography)
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah melakukan khalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. Bagaimanapun, dia yang juga seorang bekas guru dan berkahwin sebanyak 25 kali itu memilih menjelaskan denda berkenaan.

“Dengan peringkat umur kamu ini, bukan waktu yang munasabah dan sesuai untuk kamu buat kesalahan seperti ini. Kamu nak balik menghadap ALLAH dah...hukuman yang mahkamah jatuhkan kepada kamu tidak boleh menebus kesalahan yang kamu lakukan ini. Insaf dan bertaubatlah,” katanya.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah berkhalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. Tertuduh, Alias Salleh, 78, dari Taman Perumahan Wakaf Tengah di sini, yang kini mempunyai seorang isteri turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, tertuduh menjelaskan denda berkenaan.

Sumber: Says

Ahad, 13 Julai 2014

Korea Utara masuk final Piala Dunia Brazil? Biar betul

What??? Korea Utara masuk final Piala Dunia Brazil? Biar betul....
Pemberita umumkan Korea Utara masuk final Piala Dunia
Terdapat satu video yang sedang berlegar di internet menunjukkan media Korea Utara mengumumkan kepada rakyat negara itu bahawa pasukan kebangsaan mereka layak ke final Piala Dunia dan bakal bertemu pasukan Portugal..


Seperti yang kita tahu, Korea Utara merupakan sebuah negara komunis yang dikontrol sepenuhnya oleh pemimpin muda Kim Jong-un. Segala apa yang keluar masuk kat media mereka akan ditapis dan hanya akan mengeluarkan berita 'positif' mengenai pemimpin mereka.

Dan kita juga maklum bahawa Korea Utara  gagal melayakkan diri ke temasya sukan bola sepak terbesar di Brazil kali ini. Menurut video tersebut, Korea Utara berjaya menewaskan Jepun 7-0, USA 4-0 dan China 2-0 di peringkat kumpulan sebelum menuju ke peringkat akhir menentang Portugal. Video itu turut menunjukkan sedutan perlawanan yang membabitkan pasukan Korea Utara menjaringkan gol serta peminat yang bersorak untuk mereka.

Tapi dalam realitinya, perlawanan final Piala Dunia akan berlangsung awal pagi esok di antara Argentina dan Jerman..

Sumber asal: Gossip Bola Sepak


Jumaat, 11 Julai 2014

Gambar Messi Pegang Baju Sokong Israel. Asli Atau Palsu? Jawapanya..

Sebelum kongsikan sesuatu, pastikan sumber itu sahih dan boleh dipercayai. 

Walaupun pasukan Argentina sudah melayakkan diri ke final Piala Dunia FIFA edisi 2014 di Brazil, ayam tambatan pasukan itu Lionel Messi telah mendapat kecaman hebat dari jutaan penduduk dunia khususnya orang Islam. Ribuan orang mula mematikan sokongan ke atas pemain itu dan pasukannya Barcelona selepas tersebarnya gambar pasukan dari La Liga itu sebenarnya menyokong Israel dan rejim Zionis.

Gambar itu dipercayai telah diambil ketika FCB berkunjung ke bumi Palestin pada musim lalu. Ketika serangan Yahudi diperhebatkan ke atas Gaza, maka gambar berkenaan timbul kembali dan mengundang marah penyokong.

Persoalannya, Adakah Gambar Itu: (A) Asli Atau (B) Telah Di'photoshop' Oleh Pihak Yang Tidak Bertanggungjawab? 

Jawapannya ialah (B). Untuk makluman, gambar yang sebenar adalah seperti di bawah. Tetapi, jika dilihatkan pada kualiti gambar ini, masih ada keraguan tentang keasliannya. Betulkah gambar ini tidak diedit?

Ya, memang betul! Ini dia gambarnya. Messi sebenarnya memegang baju "Rosario 2019" yang merupakan tempat kelahirannya. Mereka dalam usaha membida untuk menganjurkan "Pan American Games" pada tahun 2019 kelak.

Selain "STAND WITH ISRAEL", baju tersebut turut diedit dengan tulisan "FREE PALESTINE" dan disertakan bersama bendera Palestin. Pasti Messi akan disanjung tinggi jika gambar ini disebarkan orang ramai.

Sebelum ni, Messi juga pernah dilihat memakai baju dalam dengan lambang Israel tertera pada baju tersebut dalam satu perlawanan bola sepak.

Bagaimanapun, kesahihan gambar berkenaan turut tidak dapat dikenal pasti apabila muncul pelbagai versi 'Editing' lain yang telah dilakukan pada gambar yang sama. Anda boleh lihat sendiri di sini:


Dan lagi...


Dan satu lagi...

Nasihat Kami, Pastikan Sesuatu Sumber Itu Sahih Sebelum Membuat Keputusan Untuk Sebarkan Ke Seluruh Dunia. Ternyata, Gambar Messi Dengan Baju Ini Sangat Mudah Untuk Diedit. Kami Pun Boleh Buat. Tak Sampai 10 Minit Kami Edit.

Sangat Menyedihkan Apabila Laman Sosial Kini Dijadikan Medan Untuk Menyebarkan Berita Palsu.

Sumber: Says

Anda mungkin hampir tertipu, gambar-gambar ini bukanlah binatang

Sekali pandang, memang sebiji macam haiwan tapi sebenarnya objek dalam gambar-gambar ini bukanlah binatang..tengoklah..











Ia merupakan hasil karya seni yang dilukis oleh Lowri Thomas pada tubuh seorang model wanita bernama Beth Sykes yang berkobolehan untuk melenturkan tubuhnya.

(Pics via Mirror)

Khamis, 10 Julai 2014

Lawak ker! Bila reaksi David Luiz diterjemahkan ke Bahasa Inggeris

Well..well..well..saya pasti semua peminat Brazil masih lagi berduka atas kekalahan paling memalukan 1-7 di tangan Jerman dalam saingan separuh akhir Piala Dunia malam semalam..dan saya pasti impak perlawanan itu lebih banyak terasa berbanding perlawanan Netherlands vs Argentina yang memang boring pagi tadi.

David Luiz
Dan pastinya antara individu yang paling kecewa ialah kapten Brazil dalam perlawanan itu, David Luiz yang memang tidak dapat menahan air mata selepas tamat sahaja perlawanan.

Amaran, video kat bawah ini mungkin mengguris hati peminat Brazil...tapi mungkin juga ia akan jadi penawar hati korang. Terjemahan kepada temuramah dengan David Luiz ketika dia menangis. Jangan ketawa kalau tak lawak yer!



Hohohohoho

Rabu, 9 Julai 2014

Media Brazil salahkan penyanyi rock ini selepas tewas teruk 7-1 di tangan Jerman

Siapa pulak Mick Jagger? Dia merupakan penyanyi utama dalam kumpulan rockers The Rolling Stones yang memang popular pada zaman 70-80an. Mungkin kerana terlalu kecewa dan terdesak, media Brazil mula menyalahkan penyanyi itu di atas kekalahan paling memalukan Brazil di laman sendiri, tewas 7-1 kepada Jerman dalam saingan separuh akhir piala dunia 2014 awal pagi tadi.
Mick Jagger dikatakan pembawa nasib malang untuk Brazil
Mengapa Mick Jagger dipersalahkan oleh media Brazil? Menurut laman web Mirror, Mick Jagger digelar sebagai 'pe frio', terma yang diberi kepada orang yang membawa nasib malang. Ini kerana setiap kali Mick Jagger mengumumkan sokongannya kepada sesuatu pasukan, pasukan itu pasti kalah.

Contohnya, ketika dia membuat persembahan di Rome, dia mengatakan bahawa Itali bakal mengalahkan Uruguay dan akan maju ke pusingan kalah mati. Namun yang terjadi adalah sebaliknya. 

Jagger sekali lagi memberitahu para peminatnya di Lisbon bahawa Portugal akan menang piala dunia - namun sebaliknya yang berlaku, Portugal tersingkir di peringkat kumpulan. Bukan setakat Portugal dan Italy, tapi England yang turut disokongnya juga tersingkir awal.

Pagi tadi, Jagger kelihatan sedang duduk di bangku penonton di stadium Mineiro bersama anaknya, Lucas yang mempunyai darah Brazil.

Ini bukanlah kali pertama media Brazil mengekspresikan kepercayaan karut ini. Pada Piala Dunia 2010 di South Africa , mereka turut menyalahkan Mick Jagger kerana membawa nasib malang dengan memakai jersi pasukan Brazil. Brazil tewas kepada Netherlands dalam perlawanan suku akhir itu.
We're behind..7-1 - Scolari
Apapun keadaannya, sudah tertulis dalam sejarah, Brazil tewas dengan dasyat pagi tadi. Tahniah Jerman! 

Sumber Asal: Gossip Bola Sepak


Selasa, 8 Julai 2014

Kerana Cemburu Buta, Pengantin Baru dibakar suami

KANGAR - Pada masa mereka sepatutnya menikmati hidup bahagia berbulan madu, sepasang suami isteri yang baharu seminggu berkahwin sebaliknya sering bertengkar.

Puncanya kerana si suami dikatakan cemburu melampau lantaran mengesyaki isterinya main kayu tiga dengan lelaki lain. Pagi semalam, perasaan cemburu itu dipercayai tidak terkawal lagi hingga dia dikatakan bertindak melampaui batas cuba membakar wanita itu. 
  
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kejadian berlaku di rumah keluarga lelaki itu di Kampung Abi, Padang Machang di sini,  kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

“Pada masa kejadian, seorang jiran mendengar pasangan itu bergaduh besar sebelum bertindak masuk ke dalam rumah berkenaan kerana risau berlaku perkara tidak baik. Dia terkejut apabila melihat suami isteri itu terbakar di dalam bilik air rumah berkenaan,” katanya. Abdul Rahman berkata, berdasarkan siasatan awal , suspek yang juga seorang penganggur  berusia 23 tahun itu, dipercayai menyimbah petrol ke badan isterinya sebelum bertindak mencucuh dengan menggunakan pemetik api.

“Namun api turut menyambar kaki dan tangannya  mengakibatkan dia sendiri turut mengalami kesan terbakar kira-kira 20 peratus," katanya.

Menurut Abdul Rahman, mangsa pula mengalami kecederaan akibat terbakar kira-kira 85 peratus berikutan api menyambar bajunya menyebabkan bahagian pinggang dan kakinya terbakar. Katanya, beberapa jiran menolong memadamkan kebakaran sementara menunggu kedatangan bomba dan penyelamat.

“Mangsa dihantar ke Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan rapi sementara suspek masih berada di Hospital Tuanku Fauziah dan akan direman untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, keluarga mangsa sepatutnya mengadakan majlis kenduri kesyukuran semalam bagi menyambut ulang tahun kelahiran wanita tersebut.

Nenek mertua mangsa berusia 70-an berkata, mereka sekeluarga sepatutnya mengadakan kenduri kesyukuran sempena hari lahir mangsa yang ke 23 semalam. Bagaimanapun, mereka sekeluarga dikejutkan dengan kejadian berkenaan.

Menceritakan semula kejadian, ketika itu, dia baru pulang dari pasar sebelum terdengar jeritan orang meminta tolong dari dalam bilik.

“Saya kemudian masuk ke dalam rumah dan melihat badan mangsa sedang terbakar.

“Cucu saya yang cuba memadamkan api itu juga mengalami kecederaan, sebelum membantu mangsa dengan mengambil air dan mencurahkannya ke badan mangsa,” katanya dalam nada sedih. - Sinar Harian

Isnin, 7 Julai 2014

(Gambar) Air Asia terbabas dari landasan ketika mendarat, kru pesawat keruhkan lagi keadaan

Petang tadi kira-kira jam4.00ptg, pesawat Airbus 330 milik AirAsia terbabas dari landasan ketika melakukan pendaratan di lapangan terbang antarabangsa Brunei. Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua 103 penumpang dan tujuh anak kapal dalam pesawat AK287 berjaya keluar dari pesawat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Namun demikian, ramai penumpang yang meluahkan rasa kurang puas hati dengan cara kru pesawat mengawal keadaan. Suasana panik berlaku apabila seorang kru menjerit "lari, lari, lari!" sebelum para penumpang mengelonsor keluar dari pesawat. Akibatnya, mereka terpijak antara satu sama lain.

Sebelum itu, suasana turut menjadi panik seketika apabila pintu pesawat tidak dapat dibuka dan mereka terhidu bau seperti sesuatu telah terbakar.Keadaan ini menyebabkan ramai penumpang yang panik dan menjerit.

Punca sebenar pesawat Air Asia itu tergelincir masih lagi disiasat namun menurut Brunei Times, kejadian tersebut berlaku disebabkan oleh hujan.

Sumber: channelnewsasia, malaysiakini