Boros Di Aralom: Jun 2014

Isnin, 30 Jun 2014

Peminat Brazil maut terkena serangan jantung ketika menonton perlawanan Brazil vs Chile

Bagi korang yang kaki bola dan tak pernah terlepas menonton perlawanan bola sepak world cup yang sedang rancak berlangsung sekarang, saya pasti korang pun berdebar-debar ketika menonton perlawanan Brazil vs Chile malam semalam. Perlawanan yang terpaksa diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti itu memang begitu mendebarkan. 
Sepakan penalti terakhir Brazil dijaringkan oleh Neymar
Ini adalah amaran kepada sesiapa yang ada simptom-simptom penyakit jantung. Seorang lelaki berusia 69 tahun maut ketika menyaksikan penentuan sepakan penalti antara Brazil dan Chile. Mangsa dipercayai mengalami sesak nafas sebelum dihantar ke hospital. Kejadian itu berlaku di sebuah bar yang berdekatan dengan Stadium Meneiro di Belo Horizonte.

Mangsa yang juga penghidap diabetis itu pada mulanya mengadu kurang sihat dan kemudian dibawa ke hospital namun dia meninggal sejurus tiba.

Selain mangsa malang tersebut, pihak hospital juga melaporkan bahawa mereka telah merawat sekitar 98 penyokong ketika perlawanan Brazil vs Chile berlangsung termasuklah seorang wanita 50an yang mempunyai masalah jantung dan seorang remaja lelaki yang patah hidung selepas terlibat dengan pergaduhan.

Perlawanan Brazil vs Chile berakhir 1-1 sehingga masa sebenar dan masa tambahan tamat. Walaubagaimanapun, Brazil menang dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 3-2.


Anak tak kenang budi! Acu Pisau Pada Ibu Minta RM10

KUALA TERENGGANU: Seorang anak sanggup menggunakan cara kekerasan dengan mengacukan sebilah pisau ke arah ibu kandungnya bagi memastikan wanita malang itu menyerahkan wang RM10.

Bagaimanapun, perbuatan melampau Muhamad Azri Mohd Yusof, 22, menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hukuman tersebut diputuskan selepas Muhamad Azri mengaku salah melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan pisau kepada ibunya, Noryati Saleh, 49, dengan niat menyebabkannya berasa takut.

Dia mengaku melakukan kesalahan itu pada 27 Mei lalu, kira-kira jam 6.30 petang di kediaman mereka di Kampung Pengkalan Setar, Gelugor Kedai, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, semasa berehat di rumah, ayah Muhamad Azri ternampak anaknya itu sedang mengugut mangsa dengan pisau dan tindakan itu bukan sahaja menakutkan mangsa, malah ayahnya turut merasa takut.

Bimbang keselamatan mereka sekeluarga pada masa akan datang, ayah Muhamad Azri membuat laporan polis untuk tindakan susulan. - Sinar Harian

Jumaat, 27 Jun 2014

Reaksi bila wanita melihat alat sulit mereka buat pertama kalinya

Okay..just for fun..inilah dia reaksi wanita bila melihat alat sulit mereka buat pertama kalinya..video ini dirakam oleh seorang youtuber yang juga merupakan seorang jurulatih kecergasan bernama Davey Wavey
Booth untuk para wanita ini mencermin alat sulit masing masing.



Sebelum video ini dirakam, dia telah membuat survey di Craiglist dengan bertanyakan berama ramai wanita yang belum pernah melihat alat sulit mereka. Soalannya itu mendapat respon yang agak mengejutkan...ramai wanita yang belum pernah melihat alat sulit mereka sendiri. 





Gempar! Uruguay tarik diri dari Piala Dunia kerana pengharaman Suarez?

Akibat daripada tindakannya menggigit pemain Itali, Chiellini, dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan malam semalam, Fifa telah mengambil tindakan drastik terhadap Suarez dengan mengharamkannya daripada menyertai sebarang perlawanan bola sepak selama empat bulan termasuklah sembilan perlawanan antarabangsa.
Rakan sepasukan Uruguay kurang senang dengan pengharaman Suarez


Ekoran daripada tindakan Fifa tersebut, Uruguay dikatakan bakal memboikot Piala Dunia Brazil. Mereka mungkin akan menarik diri dari saingan peringkat kalah mati 16 pasukan terakhir menentang Colombia. Perkara ini tersebar luas selepas seorang pemberita Colombia telah memuat naik status berikut di laman Twitter.
In English translation, "Delegate of Uruguay said that selection of that country would be even thinking about no show, after sanctions against Suárez.".

Jika benar Uruguay menarik diri, kemungkinan besar pasukan tempat ketiga kumpulan D iaitu Itali akan menggantikan slot tersebut. Atau mungkin juga Fifa akan memberikan kemenangan percuma kepada Colombia sekaligus menempah tiket ke suku akhir.

Anyway, tindakan menggigit ini memang tidak wajar dilakukan oleh Suarez...patutnya dia dapat terus kad merah. Kalau dia gigit ayam goreng, tak pe lah..ini dia gigit bahu orang...nasib baik dia bukan dracula.

Sumber: Gossip Bola Sepak



Rabu, 25 Jun 2014

Najib Umum Rombakan Kabinet...MCA Gerakan akhirnya jadi Menteri

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kabinet di sini hari ini.
Najib 
Berikut ialah senarai Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri berikutan rombakan kecil yang diumumkan Najib sebentar tadi;

Datuk Seri Liow Tiong Lai, diumum sebagai Menteri Pengangkutan manakala Datuk Mah Siew Keong dari Gerakan serta Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong diumum Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Manakala Naib Presiden MCA, Datuk Lee Chee Leong dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Datuk Chua Tee Yong pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Muka baharu yang turut diumum dalam senarai kabinet adalah Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.- mD

P/s: Hebat si Mah Siew Keong ni..menang PRK Teluk Intan...terus jadi Menteri. Lepas ni, kalau tanya pasal isu MH370 pula, Hishammudin dah tak yah pening lagi...Tiong Lai lai le..

Sabtu, 21 Jun 2014

(VIDEO) Saat menyedihkan ketika remaja OKU 15 tahun diselamatkan di Nilai

NILAI - Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menyelamatkan seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dikurung di sebuah rumah pangsa, di sini semasa operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati), kira-kira jam 2 pagi tadi.
Remaja OKU diselamatkan ketika operasi memburu Pati dilakukan di Nilai
Remaja tempatan berusia 15 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak terurus, di mana tubuhnya kurus kering seperti mayat, dipercayai akibat kekurangan zat.

Lebih menyedihkan, remaja malang yang dikurung dalam sebuah bilik tidak bertingkap itu juga dibiarkan bergelumang dalam persekitaran kotor dipenuhi najis dan tanah.

Difahamkan, baju dipakai mangsa didapati telah mereput akibat sudah terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri selama berada di situ.

Menurut Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, pihaknya sama sekali tidak menyangka akan menemui remaja terbabit, kerana tujuan asal pihaknya menyerbu kediaman itu kerana dimaklumkan didiami pendatang tanpa izin.

"Remaja itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Ibu kepada kanak-kanak lelaki berkenaan juga telah dikesan dan kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri bagi tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, di sini, awal pagi tadi. - Sinarharian

Video di bawah pula gua dapat dari Whatsapp yang dikongsikan oleh seorang teman. Video menyedihkan ini dirakam ketika remaja OKU tersebut diselamatkan semasa operasi memburu Pati dilakukan di Nilai, Negeri Sembilan...memang kesian..

Jumaat, 20 Jun 2014

Fesyen baru seluar dalam wanita yang lagi seksi dan hot

Seluar dalam wanita paling simple dan seksi...The C-String..


Macam mana nak pakai? alaa...senang jer..


Loo..yang lelaki pun ada nak pakai jugak ker? Boleh..macam mamat sorang ni.
Lelaki pun boleh pakai (Pic via Metro)

Hohoho..fesyen apakah ini..makin geli aku tengok..apa lagi nak pakai..ada yang nak beli seluar dalam C-String ni ker? tengok video pengenalan kat bawah.. AMARAN: 18 SX

(Sponsored) Trafik Tinggi, Pekej Ruang Iklan Percuma dan Bergambar - SpShops tipu ker?

Anda mempunyai produk atau perkhidmatan? Atau sekadar nak menjual barang terpakai kat rumah? Iklan kan produk anda di SpShops.com sekarang. Biar satu Malaysia tahu akan kewujudan produk dan perkhidmatan anda itu.

Apa itu Spshops?
Secara ringkasnya, SpShops merupakan satu laman web jual beli atau online shopping yang serupa dengan laman web seperti Mudah.my, Lazada, eBay, Lelong, dan sebagainya. Tapi SpShops agak berbeza sedikit dari segi keahlian. Jika anda mendaftar sebagai ahli SpShops, anda juga berpeluang untuk menjana pendapatan pasif melalui bonus-bonus yang ditawarkan. Boleh layari SpShops untuk maklumat lanjut mengenai bonus ini.

Trafik website: >20,000 sehari

Pakej Ruang Iklan Termurah yang ditawarkan:
1. Iklan Baris - PERCUMA
- Hanya satu iklan dibenarkan
- Tanpa Gambar
- Iklan boleh diedit bila-bila masa

2. Iklan Bergambar 
- Pakej RM10 - 1 post iklan 
- Pakej RM50 - 3 post iklan 
- Pakej RM100 - 5 post iklan 
- Setiap iklan boleh sertakan 3 gambar
- Iklan boleh diedit bila-bila masa
- Tempoh Iklan: Sampai habis tahun ini. Pembaharuan pakej hanya bermula pada tahun depan setiap tiga bulan.

* Jika mengambila mana-mana pakej Iklan Bergambar, anda secara automatik LAYAK menerima bonus pasif dan bonus aktif.


Jika anda berminat untuk menjana income pasif bersama SpShops, boleh WhatsApp: 01126885085 (Ncee)

Jawapan kepada soalan "SpShops tipu ker?"
TIDAK. Saya dan ramai lagi dah jadi ahli. Iklan keluar macam biasa. Income pasif dan aktif pun masuk tanpa masalah. Yang penting, kalau nak jana income mudah dengan SpShops, kena bekerja dan bekerja. Memang sesuai bagi mereka yang suka bekerja dari rumah dan mahukan masa bekerja yang fleksible. Mudah dan praktikal. 

Contoh Iklan di SpShops:


Khamis, 19 Jun 2014

Suami Kutip Cebisan Daging Isteri Selepas Berkecai Digilis Lori Pasir

Sungguh tabah dan cekal hati seorang suami ini apabila sanggup mengutip cebisan mayat isterinya selepas maut digilis lori pasir dalam kemalangan.
Hafiz tabah menghadapi situasi ini
Pagi Selasa, berlaku satu kemalangan ngeri melibatkan sepasang suami isteri Muhammad Hafiz Ab Rahman, 28, menghantar isterinya, Noorshah Ahmad, 34, ke tempat kerja dari rumah mereka di Taman Seri Budiman, Mahkota Cheras. Menurut Hafiz, kemalangan yang meragut nyawa isterinya itu berlaku berhampiran pusat beli-belah Cheras Leisure Mall dan keadaan lalu lintas ketika itu sesak menyebabkan dia menunggang motosikal dengan menyelit antara sebuah lori pasir yang melalui jalan itu.

Lori yang terbabit dalam insiden malang itu
Dalam keadaan yang sempit disebabkan oleh pembinaan MRT, motosikal yang dibawanya cuba mengelak sebuah kereta mewah dihadapannya lalu hilang kawalan dan terjatuh ke bawah lori yang berada di belakang mereka. Katanya, sebaik terselamat dia menoleh ke belakang untuk melihat nasib isterinya dan tanpa disangka tubuh isterinya cedera teruk kerana digilis salah satu tayar lori tersebut.

Dalam keadaan terkejut, tergamam, dia mendapatkan isterinya yang terbaring di atas jalan tidak bernyawa lagi dan keadaan fizikal yang sangat menyayat hati. Melihat keadaan isterinya dalam kedaan begitu lantas beliau membuka baju bagi menutup mayat isterinya. Orang ramai kemudiannya memberikan sehelai lagi baju untuk menutup mayat tersebut. Si suami kemudiannya turut sama mengumpul cebisan mayat isterinya bersama anggota trafik yang tiba.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa selain berlari ke jalan dan mengutip organ dalaman isteri saya seperti jantung, hati dan paru-paru yang berselerakan di atas jalan,” kata Hafiz dengan nada sedih. Dia juga berhempas pulas membersihkan darah yang memenuhi jalan raya, sesuatu yang pasti tidak mampu dilakukan kecuali bagi mereka yang berhati cekal dan tabah.
Hafiz turut membersihkan darah di kawasan kemalangan
Mereka yang sudah beberapa tahun mendirikan rumah tangga dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd. Adam Mishary berusia enam bulan.

Salam Takziah Diucapkan Kepada Saudara Hafiz. Semoga Hafiz Tabah Menghadapi Ujian Dari Tuhan. Sesungguhnya, Setiap Kejadian Itu Pasti Ada Hikmahnya.

Sumber: Says

Selasa, 17 Jun 2014

Kelebihan bila tangan kanan lebih besar dari tangan kiri

Matthias Schlitte dari Jerman mempunyai tangan depan dengan ukur keliling sehingga 46cm. Schlitte memang dilahirkan dalam keadaan tangan kanannya yang lebih besar berbanding tangan kirinya.

Mathias Schlitte mempunyai tangan kanan yang besar
Walaupun kelihatan seperti kurang normal namun tangan itulah yang telah membawanya menjadi seorang yang sangat disegani dan terkenal di seluruh dunia. Dia kini merupakan seorang ahli gusti tangan termasyur. Pernah memenangi kejuaraan Jerman sebanyak lapan kali, dan 14 kejuaraan dunia...wow!!
Schlitte manfaatkan tangannya untuk menjadi jaguh gusti tangan (Pic via Mirror)
Bila kekurangan itu dilihat sebagai kelebihan, it will lead someone into something...and in this case, it was really really good.

Isnin, 16 Jun 2014

Lelaki ini pasti buatkan anda nak jadi 'mayat'

Kerjaya sebagai pekerja teknologi maklumat ternyata tidak cukup untuk membawa kepuasan kepada seorang lelaki sehinggalah dia menukar kerjaya menjadi ‘mayat'.

Chuck Lamb, 56, memperoleh sehingga AS$1,500 (RM4,828) sehari kerana melakonkan watak mayat dalam beberapa rancangan televisyen dan filem. Sebelum ini Lamb pernah muncul dalam siri televisyen seperti Jury dan filem Horrorween dan Kentucky Fried Horror. Lamb mendapat idea kerjaya unik itu selepas menonton satu episod siri Law & Order: Special Victims Unit bersama isterinya Tonya.

Lamb berkata, dia mengimpikan watak yang membolehkan dia muncul di televisyen seperti siri penyiasatan itu. “Ia semua bermula sebagai gurauan. Saya kemudian menyedari anda tidak perlukan sebarang bakat untuk menjadi mayat!” katanya. "Saya tidak akan dipanggil untuk menjadi watak utama kerana rupa saya yang sebegini. Jadi saya fikir, lebih baik saya gunakan sehabis baik apa yang Tuhan telah kurniakan kepada saya." 

"Apabila saya mula melakukan kerja ini, saya fikir, 'Saya benar-benar kelihatan seperti orang mati.' Saya pucat, saya botak, saya ada lebam di bawah mata dan saya sangat sesuai melakonkan watak zombi atau seorang lelaki yang mati," kata Chuck Lamb.

Sumber: Says

Daripada jadi 'mayat hidup'...elok jadi 'mayat' macam Chuck Lamb..jom tengok gambar-gambar dia jadi mayat.





Jurugambar curi-curi ambik gambar bogel pemain Croatia

Pemain pasukan Croatia enggan melayani pihak media di Piala Dunia Brazil selepas gambar mereka berenang bogel diambil secara curi-curi.

Dua orang jurugambar telah bersembunyi di belakang semak berdekatan dan mengambil gambar tersebut yang kini tersebar luas di laman web.
Team Croatia
Bercakap lewat pada hari Ahad dengan pihak media, jurulatih pasukan Niko Kovac berkata beliau tidak akan memaksa pemainnya bercakap semula dengan pihak media, dan tidak tahu bila mereka akan kembali selesa.

Bercakap dari kem latihan mereka di Praia do Forte, Kovac berkata: "Saya tidak boleh memaksa mereka ditemubual selepas mereka dan keluarga mereka dimalukan begitu.

"Kalau berlaku pada anda, adakah anda suka? Gambar bogel anda disebarkan tanpa sebab? Mereka berkeras tidak mahu ditemubual dan saya tidak tahu sehingga bila mereka akan terus senyapkan diri, mungkin esok, mungkin selepas kempen kami di Piala Dunia kali ini berakhir," Kovac bertegas.

"Saya hormati pendapat pemain saya dan walaupun anda semua telah bersikap profesional setakat ini, anda memang bersalah mengambil dan menerbitkan gambar itu."

Croatia tewas pada perlawanan pembukaan Piala Dunia kali ini pada Brazil dan akan beraksi seterusnya bertemu Camerron di Manaus pada hari Rabu. - stadiumastro

Lagi Info Menarik:

Ahad, 15 Jun 2014

Saya suka - Sinopis telemovie Carekarama "Beruk Tok Ayah"

Semalam ketika menunggu perlawanan piala dunia, sempat juga tengok telemovie bertajuk "Beruk Tok Ayah" di TV3. Saya ni bukan lah jenis yang layan sangat dengan movie movie Melayu ni..entah berapa saja filem yang saya ingat..tapi secara jujur lah, telemovie Beruk Tok Ayah ni memang best..jalan ceritanya best...dan part last tu ada pula unsur suspennya...walaupun si beruk tu tak banyak cakap dan berperangai macam beruk jer sepanjang cerita tu..tapi cerita ni memang menjadi..mungkin sebab para pelakonnya tu kot..terbaek punya..

Sinopsis telemovie Melayu bertajuk "Beruk Tok Ayah":
Mengisahkan Tok Ayah (Wan Hanafi Su) yang hidup keseorangan selepas kematian isterinya. Beliau hanya ditemani beruk kesayangannya yang digelar Comel. Comel dijadikan sebagai punca pendapatan mengambil upah memetik kelapa.

Tok Ayah mempunyai seorang anak, Hisham (Zamarul Hisham), namun anaknya jarang menziarahinya.

Hisham yang sudah beristeri dengan Junaidah (Intan Ladyana) leka berjudi laga ayam. Dia cukup memusuhi beruk ayahnya yang dianggap membawa sial kepada dirinya. Hisham menganggap kerana Beruk kesayangan ayahnya itulah, menyebabkan ayahnya enggan menjual tanah pusaka untuk membantunya membayar hutang. Beruk itu juga dianggap penyebab kematian ibunya yang dilanggar keretapi.

Tok Ayah disamping mengambil upah memetik kelapa dia juga adalah tokoh dikir barat. Dalam dunia Dikir, Tok Ayah dimusuhi Jusoh (Azhan Rani), seorang pengusaha persembahan dikir barat yang membawa imej moden dalam persembahan dikir. Jusoh juga memusuhi Hisham yang telah merampas Junaidah, bekas kekasihnya yang telah berkahwin dengan Hisham.

Tok Ayah mempunyai seorang anak angkat, Syukor (Shafie Naswip), seorang pelajar university dan dia bersama kekasihnya Lia, penggiat Mak Yong (Keena Mentor) merancang membuka Sekolah Beruk untuk ayahnya.

Tok Ayah yang terpaksa mengajar dikir barat di Bandar menyuruh Syukor, menjaga beruk sepanjang ketiadaannya. Namun beruk itu telah dijual oleh Hisham untuk mendapatkan duit bagi membayar hutang. Tok Ayah cukup terkesan dengan perangai Hisham yang sanggup menjual beruk yang telah banyak berbudi kepada mereka sekeluarga. Namun, beruk itu telah ditebus balik oleh Syukor.

Jusoh menggunakan tipu helah untuk melaga-lagakan Hisham dan ayahnya apabila berpakat dengan bomoh agar Hisham membunuh beruk kesayangan ayahnya bagi mengubati penyakit ‘badi beruk’ anak Hisham yang baru dilahirkan .

Hasrat Hisham untuk membunuh beruk itu dibantah keras ayahnya dengan membuka kembali kisah jasa-jasa beruk itu kepada keluarganya dan kisah disebalik kematian ibunya. Tok Ayah akhirnya merelakan beruk itu dibunuh jika itu kehendak anaknya, tetapi belum sempat Hisham membunuh Comel, Comel telah diracun oleh Jusoh.

Tok Ayah yang cukup terkesan dengan peristiwa itu mengambil masa yang lama untuk melupakan Comel. Dihari pembukaan, Sekolah Beruk yang diusahakan Syukor dan Lia, Hisham membuat kejutan dengan membawakan Comel kembali kepada ayahnya. Rupa-rupanya, Comel berjaya diselamatkan oleh Tok Anjang  dari mati diracun dan Hisham merahsiakan perkara itu dari ayahnya.

Akhirnya, Hisham sedar tentang pengorbanan ayahnya dan Beruk Comel kepada dirinya dan keluarganya. Beruk Comel merenggangkan hubungan ayah dan anak pada mulanya, namun Beruk Comel jugalah yang menyatukan kembali kasih sayang seorang anak kepada ayahnya.

Kredit kepada moviesinfobsyokv2 atas sinopsis Betuk Tok Ayah ini.

Lagi Info Menarik:

Isnin, 9 Jun 2014

Blogger Blog Serius - 1Obefiend didakwa hina Agong

CYBERJAYA: Seorang pengguna Twitter bernama Effi Nazrel Saharudin, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur atas dua tuduhan menghantar komen-komen jelik yang menghina Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Pendakwaan tersebut dilakukan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan secara sedar dan komen-komen yang dihantarnya mengundang reaksi yang negatif orang awam.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan.

Pihak mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 untuk kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan sebutan semula kes tersebut bagi penyerahan dokumen di bawah Sesyen 51A Kanun Tatacara Jenayah pada 2 Julai 2014.

Tertuduh didakwa menghantar komen jelik berikut: “@IzranSalleh @norfaiz they have a point.

Agong is just a puppet.

Down with monarchy.

A waste of rakyats money” dan “Soalan serius.

Rakyat bayar elaun dan istana agong.

Technically speaking he works for us.

So why do we put him on a tandu?” di laman https://twitter.com/1Obefiend/status/340669427567697921 dan https://twitter.com/1Obefiend/status/340669878656700418 pada 1 Jun 2013 lalu.

Effi Nazrel didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali. - hmetro
Blog Serius (Pic via faizalfredly)
P/s: Obefiend juga merupakan pemilik blog popular Blog Serius


Lagi Info menarik:

Ahad, 8 Jun 2014

Profile semua ahli EXO #26MonthswithEXO

EXO merupakan boyband K-Pop dari Korea Selatan dan berada di bawah naungan syarikat hiburan S.M. Entertainment. Boyband dengan jumlah anggota sebanyak 12 orang ini ditubuhkan pada tahun 2011 dan terbahagi kepada dua sub kumpulan iaitu Exo-K dan Exo-M yang mempersembahkan music dalam bahasa Korea dan Mandarin.
Kumpulan EXO

Berikut merupakan profil semua ahli EXO (Exo-K):

BaekHyun
Full Name: Byun Baek Hyun
Position: Main Vocalist
Birthday: May 6, 1992
Height: 174 cm
Languages: Korean


D.O
Full Name: Do Kyung Soo
Position: Lead Vocalist
Birthday: January 12, 1993
Height: 173 cm
Blood Type: A
Languages: Korean, English


SuHo
Full Name: Kim Joon Myun
Position: Lead Vocalist, Leader (of EXO-K)
Birthday: May 22. 1991
Height: 176 cm
Blood Type: AB
Languages: Korean


Kai
Full Name: Kim Jong In
Position: Main Dancer, Vocalist, Lead Rapper, Visual
Birthday: January 14, 1994
Height: 182 cm
Blood Type: A
Languages: Korean


ChanYeol
Full Name: Park Chan Yeol
Position: Main Rapper, Vocalist
Birthday: November 27, 1992
Height: 185 cm
Blood Type: A
Languages: Korean


SeHun
Full Name: Oh Se Hoon
Position: Lead Dancer, Rapper, Maknae (of EXO-K)
Birthday: April 12, 1994
Height: 181 cm
Blood Type: O
Languages: Korean



Berikut merupakan profil semua ahli EXO (Exo-M):

Chen
Full Name: Kim Jong Dae
Position: Main Vocalist
Birthday: September 21, 1992
Height: 178 cm


LuHan
Position: Lead Vocalist, Lead Dancer, Visual
Birthday: April 20, 1990
Height: 178 cm
Blood Type: O
Hometown: Beijing Haidian, China
Education: Beijing Haidian Foreign Language Experimental School 


Kris
Full Name: Wu Yi Fan
Nickname: Kevin Li (English Name), Cowbody, Male God
Position: Lead Rapper, Vocalist, Leader (of EXO-M)
Birthday: November 6, 1990
Height: 187 cm
Blood Type: B
Hometown: Vancouver, Canada
Languages: Cantonese, Mandarin, Korean, English
Education: Beijing Haidian Foreign Language Experimental School


Lay
Full Name: Zhang Yi Xing
Position: Main Dancer, Vocalist
Birthday: October 7, 1991
Height: 179 cm
Weight: 60 kg
Blood Type: A
Home Town: Changsha, Hunan, China
Languages: Chinese, Korean
Educations: Hunan Normal University High School


Tao
Full Name: Huang Zi Tao
Nickname: Edison Huang (English name)
Position: Main Rapper, Vocalist, Maknae (of EXO M)
Birthday: May 2, 1993
Height: 183 cm
Weight: 64 kg
Birth Place: QingDao, China
Languages: Cantonese, Mandarin, English
Education: University of Hong Kong


XiuMin
Full Name: Kim Min Seok
Nickname: Lil’ Fattie, Bao Zi (Little Bun)
Position: Lead Vocalist
Birthday: March 26, 1990
Height: 176 cm
Languages: Korean, Chinese


Sumber: 
http://en.wikipedia.org/wiki/Exo_(band)
http://kpopcolorcodedlyrics.wordpress.com/exo-members-and-profiles/


Lagi Info Menartik: