Awal-awal lagi, Jose Mourinho memberi amaran “Saya adalah
100% Manchester United!” kepada bekas kelab bimbingannya, Chelsea, sebelum
bermulanya pertemuan paling ditunggu-tunggu antara Chelsea dan Manchester
United awal pagi nanti.
Jose Mourinho menjadi pengurus kesayangan peminat dan pemain di Chelsea |
Mourinho yang digelar “the special one” oleh para peminat
Chelsea itu berhasrat besar untuk menewaskan Chelsea di Stamford Bridge
sekaligus mahu mengembalikan semula United di landasan yang betul dalam usaha
untuk merampas semula trofi EPL.
Mourinho telah dipecat oleh Chelsea pada Disember lalu,
tujuh bulan selepas mereka memenangi gelaran liga perdana Inggeris yang ketiga
di bawah kendalian Mourinho. Bagaimanapun, Mourinho dikatakan telah berjanji
untuk tidak meraikan sebarang gol sekiranya United berjaya menjaringkan gol
dalam pertembungan itu. Manchester United yang hanya memenangi satu dari lima
perlawanan liga sememangnya terdesak untuk mencari kemenangan.
Adakah Mourinho mampu membantu United untuk menewaskan
Chelsea, kelab yang mengangkatnya menjadi seorang pengurus bola sepak ternama
di dunia suatu ketika dulu? Jika melihat kepada prestasi semasa, Chelsea
sememangnya lebih konsisten dan dikatakan telah mendapat rentak permainan di
bawah kendalian pengurus baru, Antonio Conte. (via GBS)
Lagi Info Menarik: