Stacy sudah ada anak tapi belum kahwin?? | Boros Di Aralom

Khamis, 22 Mac 2012

Stacy sudah ada anak tapi belum kahwin??


Comel juga anak si Stacy ni kan. Tapi...macam mana dia ada anak sedangkan dia belum kahwin? anak luar nikah Stacy ke?
Mak aiii, kamurang ni. Kalau nak tau jawapannya, baca dulu laporan dari malaysiandigest ni. 

Dalam diam-diam, rupa-rupanya penyanyi ligat lagi lincah Stacy, 21, mempunyai seorang anak perempuan. Menguatkan lagi kenyataan, apabila baru-baru ini gambarnya bersama seorang bayi tersebar di ruang blog hiburan tempatan. Apa cerita nie bah...? Belum kahwin dah ada anak ni?
Okay! Sebelum ada menyangka buruk terhadap penyanyi yang cukup popular dengan lagu Pakai Buang ni, sebetulnya bayi comel yang diberi nama Bella Valentina, adalah anak angkatnya.

Menurut sumber, anak angkat Stacy ni sebenarnya daripada keluarga yang susah dan tidak mampu untuk menjaga ramai anak.

Jadi, kerana itu Stacy mengambil keputusan dengan rela hati mahu memelihara bayi tersebut. Lagipun juara Akademi Fantasia (AF6) ni memang menyukai budak-budak. Harap-harap Stacy dapat menjaga anaknya itu dengan baik dan penuh kasih sayang. Mudah-mudahan kebajikan dan kehidupan masa depan Bella nanti akan lebih terjamin.
Nah..dah dapat jawapannya kan. Itu adalah anak angkat Stacy. Saja bagi tajuk kontroversi. Comel kan si Bella.



Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Tiada ulasan: