Betul lah paribahasa ini, 'Ada ubi ada batas, lain kali boleh balas'. Seorang remaja lelaki yang mengalami tekanan emosi selepas dibuli dan diejek sebagai 'Harry Potter', hilang sabar dan kemudiannya menikam dan membelasah para pembulinya.
Ryan Walker, 19, memiliki imej seperti berambut hitam pendek dan memakai kaca mata yang hampir sama dengan watak Harry Potter yang dilakonkan oleh Daniel Radcliffe. Tapi nampaknya, Ryan tidak berapa gemar apabila disamakan dengan watak tersebut.
Ryan Walker diejek sebagai 'Harry Potter' |
Menurut laporan Mirror UK, Ryan telah mengalami tekanan emosi selepas dibuli sejak empat tahun lalu. Apabila dua orang gadis bernama Emma Keeble, 15, dan Leah Pearce, 16, mula mengejeknya, Ryan hilang sabar lalu membelasah mereka.
Ryan telah menikam dan menumbuk muka Leah dengan menggunakan pisau dapur manakala gadis yang seorang lagi disepak sebelum kepalanya dihumbannya ke pagar sambil menjerit "mati, mati"
Leah yang mengalami luka teruk di muka |
Serangan ini menyebabkan kedua-dua gadis itu mengalami luka teruk. Mereka memerlukan masa yang lama untuk sembuh dan pastinya serangan itu akan menampakkan kesan luka calar yang berpanjangan.
Emma Keeble dengan kecederaannya |
Tindakan Ryan ini memang tidak patut dan membahayakan namun tindakan para pembulinya juga tidak tidak patut dan perlu dibendung dari awal lagi. Padah yang mereka terima hasil daripada membuli memang akan memberi mereka pengajaran.
Kini Ryan dihukum penjara selama empat tahun setengah selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan orang awam.
Sumber: Mirror
Rasa kasihan pula pada Ryan Walker. Dia melakukannya sebagai tindak balas terhadap penderaan emosi yang dilaluinya sejak empat tahun lalu. Harap agar Ryan mendapat bantuan yang sepatutnya untuk memulihkan emosinya. Dua gadis itu pula cukup bertuah sebab masih hidup...perkara ini menjadi pengajaran untuk kita juga bahawa buli memberi kesan negatif kepada seseorang. Bukan sahaja kepada individu yang dibuli malah juga kepada si pembuli.. Say NO to Bullying
Tiada ulasan:
Catat Ulasan