Mampukah anda lakukan hal sebesar ini kepada ibu bapa anda? | Boros Di Aralom

Selasa, 28 Januari 2014

Mampukah anda lakukan hal sebesar ini kepada ibu bapa anda?


Gua Shijun merupakan seorang lelaki muda teguh yang telah banyak menghadapi pelbagai dugaan berat dalam kehidupan. Kemalangan di tempat kerja menyebabkan ayahnya lumpuh dan tidak dapat berjalan. Shijun menguatkan diri untuk menjaga ayahnya dengan sepenuh jiwa dan tenaga. Ibunya pula mengalami masalah gangguan mental sejak Shijun masih kecil lagi. Walaupun Shijun menghabiskan banyak masa dengan menjaga ayahnya, dia juga tidak mengalah dalam pelajaran sehingga berjaya memasuki sebuah universiti terkemuka.

Semasa berada di kolej, Shijun turut membawa bersama ayahnya yang lumpuh. Dia turut menyediakan sebuah katil istimewa untuk ayahnya di bilik asrama.

Datuk dan nenek Shijun pula menjaga ibunya sementara dia menjaga ayahnya. Shijun turut mendapat sokongan padu dari rakan-rakan di kolej.

Shijun membayar yuran kolej serta perbelanjaan lain dengan bantuan keluarga terdekat serta rakan-rakan. Dia juga berjaya mendapatkan biasiswa untuk meringankan beban kewangannya. Namun demikian, bantuan yang diterima hampir-hampir tidak mencukupi. Dia juga melakukan kerja-kerja lain untuk menambah sumber kewangan. Dia tahu bahawa hidup ini bukan mudah namun di kala kita bergelut dengan masalah, masih terdapat harapan. Shijun optimis untuk memperbaiki keadaan kehidupan keluarganya dan yakin segalanya akan menjadi lebih baik selepas dia tamat pengajian.

Sumber: DailyMail UK

Kisah Shijun ini memang satu kisah yang memberi inspirasi kepada kita semua. Kongsikan kisah ini dengan rakan-rakan anda juga.

Lagi info berkaitan:

Tiada ulasan: