Memang benar pepatah ini, kawan ketawa memang senang didapati..tapi kawan untuk menangis memang sukar ditemui. Umpama sebutir mutiara dalam sejuta pasir di tepi pantai. Kekadang, kita sebagai orang dewasa ini perlu belajar dari cara kanak-kanak bersahabat. Kisah benar persahabatan antara Zac dan Vincent ini pasti akan buatkan anda terharu.
Zac Gossage merupakan seorang kanak-kanak malang yang menghidap penyakit lymphoblastic leukemia, satu penyakit kanser yang melanda sel darah putih.
Walaupun menderita penyakit ini, Zac masih mampu bergelak tawa kerana dia mempunyai seorang sahabat yang sangat mengambil berat tentang dirinya, Vincent.
Ketika Zac mula sakit, Vincent sering berfikir mengenai keadaan sahabatnya itu. Dia sedar bahawa kos untuk merawat Zac adalah sangat tinggi.
Jadi Vincent mendapat beberapa idea untuk membantu rakannya itu. Dia mula berusaha untuk mengumpul dana kewangan untuk membantu meringankan kos rawatan Zac dengan menjual scarf. Vincent berjaya mengumpul sehingga $200.
Bukan setakat itu saja, Vincent turut membotakkan kepalanya sendiri. Katanya, dia tidak mahu Zac merasa pelik atau aneh kerana mempunyai kepala yang tidak berambut.
Apa yang dilakukan oleh Vincent ini sememangnya memberi mesej kepada kita bahawa sahabat sejati merupakan salah satu penyembuh paling mujarab di dalam dunia ini tak kira apa pun penyakit yang kita alami.
Di kala manusia semakin meningkat dewasa, tidak dinafikan memang semakin ramai yang mula mementingkan diri malah ramai yang sanggup 'tikam belakang' kawan baik sendiri.
Semoga kisah Zac dan Vincent ini memberi kesedaran kepada kita untuk menjadi lebih menghargai dan lebih banyak berbuat baik sesama manusia.
(sumber: ksdk.com)
Anda nak tengok bagaimana senario cara masyarakat Malaysia bersahabat? lihat lah video penuh dramatik ini..memang best!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan