Moses Lanham Jr., 49, atau lebih dikenali sebagai "Backward Feet Man", mempunyai kelebihan unik untuk memutarkan kedua belah kakinya ke belakang. Beliau yang bekerja sebagai seorang akauntan cukai sedang menuju ke kota Rome untuk membuat dua rekod baru dalam Guinness World Records pada minggu ini.
Moses Lanham yang mempunyai kaki elastik. (pic from AOL News) |
Lanham berkata kepada AOL News, "saya tahu saya boleh meletakan kedua tapak kaki bersama ke belakang. Tetapi untuk rekod tersebut, saya akan melakukan pusingan sehingga 120 darjah".
Untuk cubaan rekod yang kedua, dia akan berjalan sejauh 20 meter dengan kedudukan kaki kebelakang secepat yang boleh. Menurut AOL News, kedua-dua rekod tersebut akan menjadi rekod yang baru dicipta.
Walaupun kelihatan menyakitkan namun Lanham menegaskan bahawa ia langsung tidak merasai sebarang kesakitan dan aktiviti ini tidak memerlukan rutiin pemanasan badan untuk melakukannya. Tambahnya lagi, "pada kebanyakan masa semasa saya duduk, saya akan memusingkan kaki kebelakang kerana itu lebih menyelesakan saya".
(pic from AOL News) |
Menurut doktor yang telah membuat pemeriksaan ke atas Lanham, dia telah dilahirkan dengan tisu dan cartilage tambahan pada sendi yang menyebabkan pinggul, lutut dan pergelangan kakinya menjadi elastik.
Kelebihan yang ada pada Lanham ini juga telah diwarisi oleh anaknya Trey yang berummur 17 tahun. Namun anaknya itu mengatakan bahawa dia tidak lah sehebat anyahnya yang boleh berjalan dengan kedudukan kaki kebelakang.
Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Hadiah-hadiah Percuma dari DiGi Install Opera Mini-FY dalam smartphone
6 ulasan:
wow hebatnya dia...impress!
btol ke nie? menakutkan jer...
yew...seriously...
kalau dah terlambat utk join confrence takpe, kite still 1 group jugak dr segmen abg ben ;)
just copy entry d'sini & bg pndpt tentang leader & 1TUBE okeh.. yg lain just copy & paste :)
POWERPUFF KENTAL!!!
ok beliau sgt pelik...hu3
Takutlah nak buat macam dia tu...
RAM & ROM
Catat Ulasan