Azizulhasni dan Nicol David atlit Malaysia terbaik! | Boros Di Aralom

Rabu, 16 Mac 2011

Azizulhasni dan Nicol David atlit Malaysia terbaik!

Tahniah kapada Mohd. Azizulhasni Awang dan Datuk Nicol Ann David !
(sumber: Kosmo Online)
JAGUH berbasikal trek, Mohd. Azizulhasni Awang dan ratu skuasy, Datuk Nicol Ann David dinobatkan selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2010 malam tadi.

Kejayaan itu sekali gus menyaksi- kan Azizulhasni dan Nicol mempertahankan gelaran yang turut dimenangi mereka sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2009.

Kedua-dua anugerah tertinggi itu telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada majlis Anugerah Sukan Negara 2010 yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

(sumber: google)
Azizulhasni menewaskan pencabar terdekatnya yang juga jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei serta lima calon lain yang turut berada dalam senarai akhir iaitu Sazali Samad (bina badan), Alex Liew (boling), S. Kumar (hoki), R. Puvaneswaran (karate) dan Mohd. Azlan Iskandar (skuasy).
(sumber: google)
Nicol pula melakar sejarah tersendiri apabila meraih gelaran Olahragawati Kebangsaan buat kali kelapan dengan menewaskan lima calon lain iaitu Pandalela Rinong (terjun), Elaine Khoon (gimrama), Lim Lee Lee (karate), Chai Fong Ying (wusyu) dan Nur Sur- yani Taibi (menembak).

2 ulasan:

Relevan berkata...

Tahniah ! untuk mereka..

whitecappuccino berkata...

Tahniah buat mereka yg mengharumkan negara